24

524 53 5
                                    

Medusa menumbuk pipi Emilia bertalu talu. Selagi tak puas selagi itulah tangannya tidak lepas dari wajah Emilia. Tangannya mencekak kuat rambut Emilia dan menghempuk wajah perempuan itu ke lantai berkali kali.  Hampir lunyai wajah Emilia apabila dilihat. Tak puas dengan itu ditendang perut Emilia sehingga mengerekot tubuh perempuan itu menahan senak. Medusa saat ini seperti hilang waras. Matanya jelas menunjukkan rasa benci dan marah yang membuak. Medusa menyeringai lantas dia memijak dada Emilia sekuat hati dengan kasut tumit tinggi sebanyak 3 inci kemudian dia beralih ke leher Emilia.  Terbatuk batuk Emilia mencari nafas. Wajah Emilia kian membiru. Perit sangat apa yang dia rasakan saat ini. Tidak menyangka perempuan yang dia sangka lemah itu sekejam ini.

"Sakit? macam tulah aku rasa dulu" berombak dada Medusa. Marah didada belum reda. Direnung Emilia yang terbaring lemah di lantai simen.

"K-kau m-memang tak g-guna per-empuan si-al" tersekat sekat ujaran Emilia. Dalam keaadan nyawa nyawa ikan pun masih ingin memaki. Medusa menunduk sedikit sambil menayang wajah psiko. Dia lebar senyum melihat keadaan Emilia yang tidak serupa seperti orang. Wajahnya hancur dikejarkan oleh Medusa.

"Betul. Aku memang tak guna. Cakaplah apa yang kau mahu selagi kau masih bernyawa sebab selepas ni aku tak pasti kau boleh bernyawa lagi" Medusa ketawa gila seiring dengan ujarannya. Emilia susah payah ingin menelan air liur terasa mulutnya penuh dengan darah sahaja. 

Kayu baseball yang terletak di sudut bilik itu diambil. Diseret kayu itu dengan senyuman seram. Wajah Emilia berubah kelat terngadah takut dengan karakter Medusa saat ini. Menyeramkan! Medusa berhenti didepan Emilia sambil menongkat dagu di kepala kayu baseball. Dia menatap penuh teruja wajah Emilia yang sudah buruk hasil ukirannya sendiri. Pipi Emilia yang penuh kesan luka itu diusap perlahan namun seketika dicengkam pipi Emilia kuat.

"Aku tak ada minyak tapi aku pasti permainan ini mengeluarkan minyak peluh kau" bisik Medusa di telinga perempuan itu. Mencanak naik bulu roma dan seluruh badan Emilia mengigil. Medusa berundur sebanyak tiga meter sebelum kayu baseball itu diangkat tinggi kemudian dihayun pada wajah Emilia. Cukup tiga kali membuatkan rahang perempuan itu patah. Ada kesan darah beku dimatanya serta koyak besar pada mulutnya. Pipinya tak usah cakaplah penuh lebam serta darah mengalir. Ini bukan keluar minyak peluh tetapi darah peluh. Emilia menyumpah seranah wanita dihadapanya didalam hati. Rosak teruk wajahnya. Hingga malu dia magu melihat wajahnya saat ini.

Medusa ketawa besar. "Ini baru permulaan kau dah tumbang" Emilia mendesis. Saat ini bukan Ershal mahupun Sophia tetapi Medusa yang mengawal tubuh itu. Nafsu membunuhnya membuak buak.

Medusa melempar jauh kayu baseball itu kemudian dia berjalan kearah peralatan tajam. Beberapa jenis perlatan diambil. Antaranya playar, pisau rambo dan tidak lupa paku mati. Sesuai untuk mematikan segalanya pada Emilia. Medusa mengukir senyum sinis dalam otaknya bermain apa yang hendak dia buat pada perempuan jalang seperti Emilia. Medusa perlahan lahan mendekati Emilia yang kelihatan takut sedaya upaya mengesot ke belakang walaupun tiada daya. Medusa menunduk melihat wajah Emilia yang rabak itu. Kesian? tidak sekalipun.

"Kau dengan anak kau boleh mampus. Dua dua malang!" pekik Emilia. Bergetar seluruh tubuhnya. Medusa senyum. Masih diam tidak berbuat apa.

"K-kau perempuan jalang! patutlah Emir tinggalkan kau sebab jalang sangat. Perempuan macam kau ni tak layak berdamping dengan keturunan aku. Anak kau dan kau sama sama sial! bawak bala! Kesian betul Hilal dapat bekas saja. Aku jamin dia pun akan buang kau sama macam Emir buat" Ternaik kening kanan Medusa. Dia senyum langsung tidak terkesan dengan ucapan sinis gadis itu. Entah apa yang gadis gila mengarut pun tidak tahulah. Emilia mula geram melihat reaksi yang ditunjukkan Medusa. Tujuan dia mengatakan hal itu mahu melihat Medusa hilang arah tetapi yang terjadi sebaliknya.

Puih! Emilia meludah di wajah Medusa. Medusa pejam mata sambil mengesat kasar air liur kotor dipipi. Naik berang wanita itu dibuatnya. Dia memandang Emilia tajam. 

"Fuck!" maki Medusa. Serta merta tubuh Emilia menjadi sasarannya. Ditendang perut Emilia berkali kali sehingga tersembur darah dari mulut gadis itu. Mengerekot Emilia menahan sakit pada perutnya. Turun naik dadanya.  Darahnya mendidih melihat kelakuan sial Emilia kepadanya. Selotep hitam dicapai diatas meja kemudian diselotep mulut gadis itu. Puas hati dia apabila mulut gadis itu diam tidak boleh bercakap apa.

"Mulut kau busuk terpaksa aku selotep tapi kalau nak ikutkan hati aku nak saja kau gam mulut kau guna hot glue gun. Baru tak mencemarkan udara" kata Medusa sarkastik. Emilia menangis menyesali ucapannya yang diucapkan tadi. Tambahan pula seluruh tubuhnya rasa ngilu, sengal, sakit semualah yang dia rasa.

Medusa berpaling mengambil paku mati diatas meja lalu dimainkan di pipi Emilia. Kondisi dia waktu ini sungguh psiko. Pejam mata Emilia apabila mata paku itu ditekan tekan pada pipinya. Sekali sekala Medusa gelak dengan perbuatannya. Tergeleng geleng Emilia meminta dijauhkan benda tajam itu dari wajahnya. Namun apa dia kisah?

"Silap kau kacau hak milik aku. Salah kau bukan salah aku" Emilia menangis apabila paku mati itu mula menusuk masuk ke dalam pipinya. Medusa seronok melihat air mata Emilia turun dengan deras sekali. Baginya itu seperti  air hujan yang deras turun untuk menyejukkan hatinya. Tak puas lagi melihat paku itu terbenam ke dalam pipi kanan Emilia diambil satu lagi kemudian ditekan ke dalam pipi kiri gadis itu. Menjerit Emilia walaupun tiada satu suara yang keluar. Air matanya semakin deras turun. Bagaikan mahu pecah kepalanya apabila paku mati itu ditekan kuat masuk ke dalam isi pipinya.

Medusa puas melihat Emilia yang meraung raung tanpa suara. Namun dirinya berasa bosan mata dilirik pada playar dan juga pisau rambo. Dia perlu gunakan alatan itu. Apa gunanya kalau dia ambil tetapi tidak digunakan?

Tangannya mengambil playar sambil memusingkan alat itu. Sengaja ingin menakutkan Emilia. Medusa menendang tubuh Emilia hingga terbaring. Kaki kerusi kayu itu patah hanya tinggal badan sahaja. Memaksa Emilia terlentang membuatkan tulang ingin patah sepuluh akibat terhentak dengan badan kerusi itu. Medusa meringgis melihat kerusi itu menghalang kedudukan Emilia pantas kerusi itu disepak kuat menyebabkan badan kerusi itu terbelah dua. Puas dia melihat Emilia meraung akibat badannya sakit terkena belahan kerusi itu.

"Sakit?" soal Mesusa lembut. Emilia mengangguk sambil air matanya deras turun. Medusa mengusap rambut Emilia  seketika rambut gadis itu dicengkam kuat sehingga mahu tercabut kulit kepala gadis itu.

"Lagi sakit hati aku bila kau sentuh milik aku" tengking Medusa kuat. Bergema bilik bawah tanah itu. Emilia menunduk meratapi nasib dia. Salah dia menyentuh hak milik orang hanya kerana umpan dadah. Playar dipegang erat. Tangan Emilia dicengkam kuat.

"Harini aku baik sikit jadi aku nak kau rasa sakit sikit je tak banyak pun. Kejap eh sayang" terketar ketar jari Emilia apabila playar itu mengepit kukunya.

Zapp!

Tercabut kuku gadis itu. Darah mengalir kuat membasahi lantai. Emilia tak sanggup melihat memalingkan kepalanya. Sakit tak terkata saat ini. Ingin menjerit suara pun tidak terkeluar tiada guna pun. Melihat darah tidak henti memancut keluar membuatkan dirinya rasa ingin muntah walaupun darahnya sendiri.

Medusa tayang wajah kering. Air mata Emilia itu tiada makna baginya nak dibandingkan dengan apa yang Emilia sudah lakukan terhadapnya. Memori itu menghantui dirinya hampir setiap hari. Manakan dia mahu melupakan begitu sahaja. Dia mencebik memandang Emilia yang dari tadi tidak henti henti menangis. Menyampah dia melihat wajah hipokrit itu.

"Kau diamlah jalang!" marah Medusa yang kehilangan sabar. Tanpa rasa bersalah langsung dipijak wajah Emilia yang tertusuk paku itu dengan kuat. Apalagi meraung kuatlah perempuan tu serak serak mendengar suaranya yang hampir mati itu. Kesepuluh kukunya dicabut menggunakan playar dengan wajah psiko. Tidak ada rasa takut pun dalam dirinya saat ini.

Tidak sia sia dia mengupah orang untuk meletakkan pil pelali dalam minuman Emilia. Dalam kesempatan itu orang upahannya mengheret gadis itu ke ruang penyeksaan khas dibuat olehnya untuk membalas dendam terhadap Emir Uwais dan Emilia Rose. Namun sayangnya Emir tidak merasa bilik penyeksaan dia. Tapi tak mengapa dia sudah merosakkan jiwa lelaki itu. Itupun sudah memadai baginya.

Any comment before last chapter?


Ershal Sophia|17.18

𝐑𝐞𝐯𝐞𝐧𝐠𝐞Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang