25

661 50 6
                                    

Pagi ini seluruh rakyat Malaysia, digempar dengan berita seorang anak usahawan mati. Mayat ditemui di kawasan perumahannya sendiri. Lebih mengerikan lagi tubuh mayat itu separuh hancur kesannya seperti didera sebelum dibunuh mati dan pihak forensik cuba mencari bukti. Apa yang lebih membingunkan pihak polis langsung tiada bukti yang ditinggalkan walapun cap jari. Sungguh teliti pembunuh ini. Tetapi polis tidak boleh buat spekulasi sendiri kerana seluruh cctv menunjukkan mayat ini sendiri jalan dengan tubuh separuh hancur sebelum rebah mati. Kes ini menjadi tanda tanya kepada masyarakat lebih lagi penduduk taman itu sendiri.

Medusa carik senyuman sinis. Air kopi dicicip perlahan. Televisyen itu dibiar terpasang berita tentang kes kematian Emilia. Hal itu seperti membangkit semangat pagi yang berkobar untuknya. Tak sangka cepat betul polis jumpa mayat perempuan tu. Dia ingatkan biar berkulat baru jumpa. Sememangnya dia tahu Emilia cuba cuba keluar dari tempat penderitaan itu tetapi perempuan itu bodoh. Dia sempat menyuntik cecair asid ke dalam tubuh Emilia. Cecair asid itu mampu membuatkan tubuh seseorang hancur seperti dibom. Lagipula dia tidak mahu mengotorkan tangannya sebab itu dibiarkan sahaja Emilia keluar kononnya mahu menyelamatkan diri tetapi malang tak berbaur perempuan itu mati di pertengahan jalan. Sempat dia melihat gadis itu rebah namun dia tidak berlama di situ lantas berlalu pergi tidak mahu orang mengesyaki. Senang hatinya melihat Tuan Emri dan isterinya meraung meratapi tubuh anaknya yang hancur itu terpapar di kaca televisyen. Berpusu pusu wartawan berada di tempat kejadian. Merakamkan kejadian ngeri yang menimpa anak usahawan itu. Pihak polis terpaksa menutup kawasan itu untuk tujuan siasatan. Bibirnya tidak lekang dari senyuman. Manakan dia tidak gembira apabila melihat musuhnya mati ditangannya. Rasa dendam yang dipendam itu akhirnya terbalas jua.

Hilal Arshen yang baru masuk rumah tertacap pada susuk tubuh Medusa yang sedang duduk di luar halaman. Kemudian matanya terpandang televisyen yang menyala terpapar berita tentang kematian Emilia Rose. Bukan dia tak tahu malah inspektor Riyaz merangkap rakan karibnya sendiri terlebih dahulu beritahu berita ini. Agak terpempan dirinya pada mulanya tetapi cepat cepat fikiran melayang tentang Medusa yang sendirian di rumah. Terbit rasa risau akan wanita itu sudahlah dari semalam asyik berdiam sahaja.

Alat kawalan diambil lantas punat off ditekan. Makanan yang dibeli tadi diletak diatas meja makan.

Sebaliknya Medusa melangut melihat langit yang cerah. Langit itu seperti memahami perasaannya disaat ini.  Sekarang ini hatinya puas sangat. Puas melihat keluarga malang itu satu persatu musnah. Bibirnya menguntum senyuman senget. Dendamnya tujuh tahun lalu akhirnya terlunas juga. Rasa senang hati melihat adik beradik bertopengkan syaitan itu perlahan lahan lenyap dari dunia. Seorang dipenjarakan seorang lagi mati. Isk isk isk... pengakhiran yang sangat sadis.

Hilal Arshen perlahan berjalan mendekati Medusa. Di pegang bahu Medusa perlahan. Terangkat sedikit bahu Medusa lantas kepala dipaling kearah Hilal. Tak dengar pulak enjin kereta Hilal. Tup tup ada belakang dia.

"Are you okay?" soal Hilal. Medusa mengawal riaknya sambil menguis kakinya. Raut wajah sengaja buat muram supaya Hilal tidak mengesyaki apa apa.

"Okay..." balas Medusa perlahan. Hilal menghela nafas berat. Entahlah berita ini gembira atau sedih bagi Medusa. Dia malas mahu bersoal banyak. Tak mahu menambah kesan dihati wanita ini.

"Jom ikut aku pergi ladang" semena mena dahi Medusa mengerut. Cawan teh diletak diatas meja kopi itu. Ribut tak dak angin tak dak tiba tiba ajak pergi ladang. Demam ke lelaki ni?

"Ladang apa?"

"Anggur" Medusa masih menayang wajah blur. Tiba tiba sahaja mahu tak blur dia.

𝐑𝐞𝐯𝐞𝐧𝐠𝐞Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang