19

513 68 5
                                    

Medusa mengusutkan rambut perang keperangannya. Mental dia layan jantan tak guna seperti Emir. Tidak habis habis mengejarnya dari dia pergi kerja sampai ke tadika Raess hinggalah ke rumah. Tidak penatkah jantan ni?

Kadang dia risau juga akan keselamatan Raess terganggu. Bukan dia tak tahu perangai gila Emir itu bukan boleh bawak bincang. Sudah masuk kali ke-4 Emir asyik mengejarnya semata mata mahu mengajak kahwin atas alasan anak. Huh! alasan tidak masuk akal selama ni tidak pulak dia ambil kisah tiba tiba sahaja. Kata hatinya berkata ada udang di sebalik batu apabila Emir tiba tiba berkelakuan begini.

Medusa membuka pintu pejabatnya. Meja setiausahanya kosong. Baru sahaja pagi ni Eshan memberitahu katanya tidak dapat datang ke kerja atas sebab hal mustahak yang perlu dia buat. Medusa malas mahu bertanya banyak terus diluluskan sahaja. Lagipun sekali sekala bagi cuti apa salahnya Eshan sudah banyak berkorban dalam syarikat ini.

Baru sahaja kakinya ingin melangkah masuk ke dalam pejabat. Terkejut bukan kepalang melihat Emir Uwais dengan selambanya duduk di sofa sambil kaki disilangkan. Dia memandang Medusa lantas bibirnya mengukir senyuman tipis. Wajahnya saat ini kelihatan sangat suci seperti malaikat. Baru jumpa jalan taubat agakanya. Selama ni syaitan sahaja asyik berkurung didalam badannya. Lepas satu satu kerja jahat mahu dibuatnya.

Medusa cuba berlagak biasa berjalan melintasi Emir. Punggung dilabuhkan di sofa single berhadapan dengan Emir. Medusa menayang muka serius menghiraukan Emir yang sedari tadi asyi mengukir senyuman untuknya. Senyuman hipokrit!

"Apa kau nak?" soal Medusa kasar. Tidak boleh berlembit dengan manusia degil seperti Emir Uwais nanti naik kepala orang tu. Emir berdehem seketika dan memandang tepat pada Medusa. Wajah dinaturalkan hilang habis senyumannya.

"Hajat aku sama seperti sebelum ini
Aku nak berkahwin dengan kau. Aku tulus ingin mengahwini kau" kata Emir ikhlas. Entahlah ikhlas ke ada agenda disebaliknya. Medusa menggosok telinganya hampir bengang telinganya mendengar kata kata dusta Emir ini.

"Baiklah aku setuju. Tetapi hanya untuk kebaikan anak aku sahaja bukan kau" ujar Medusa memberi kata keputusannya. Serta merta wajah Emir menayang riak kegembiraan. Emir meraup wajah sambil senyum.

"Terima kasih medusa. Terima kasih kerana beri peluang untuk aku betulkan kesalahan yang aku buat pada kau. Terima kasih sangat sangat" ucap Emir. Medusa memberi reaksi malas. Dia sebenarnya mahu menghentikan kelakuan Emir yang asyik menganggunya siang malam tak kira dimana dia berada. Naik rimas dia rasa nak je hempuk tong gas pada kepala jantan tak guna ni biar sedar sikit yang diri tu langsung tidak berguna hanya tahu mengambil kesempatan sahaja.

Setelah Emir keluar. Medusa menghela nafas lega. Tak semena mena telefon pintar miliknya bersering menjerit minta untuk diangkat. Medusa mengeluh lantas mengagau mencari telefon didalam beg tangannya. Tertera nama Hilal di panggilan itu. Langsung butang hijau dileretkan.

"Hello"

"Kau dah lihat fail yang aku hantar?" soal Hilal. Medusa mengerut dahi sesaat baru dia ingat akan fail yang Hilal hantar. Dia sudah tengok tetapi hanya sekilas sahaja.

"Sudah" balas Medusa sambil memejam mata.

"Okey nanti apa apa aku bagitahu terus pada kau" Medusa mengangguk sendirian.

"Are you okay, Medusa?" tanya Hilal lembut. Dia hanya lembut bila habis perbualan tentang kerja. Biasalah orang ada hati kan. Itulah sikap Hilal terhadap Medusa.

"Bad..." Hilal mengerut dahi.

"Why? mind to share with me" Medusa menyandar kepala pada bahu sofa.

"Aku terima lamaran Emir tak guna tu" tersentak Hilal hampir terlepas telefon di tangannya. Tangan disilangkan ke dada. Dia bangun membawa langkah menghadap cermin yang menjadi dinding pejabatnya. Pandangan dicampak ke pemandangan dari atas bangunan gah itu. Terlihat kesibukan kota itu dipenuhi dengan kenderaan serta manusia yang berkejaran ke destinasi mereka.

"But... why?" soal Hilal bingung. Mahu tersedak kerongkong mendegar ujaran Medusa. Medusa bermain jari dia pun keliru kenapa dia senang senang terima lamaran itu.

"Aku rimas dia selalu sangat kacau asyik mengulang kata lata dusta dia mahu berkahwin dengan aku. Aku risau dengan keselematan Raess. Bukan kau tak tahu perangai sewel dia tu" Medusa mendenggus teringat perangai tak semegah yang ditunjukkan oleh Emir.

"Alasan. Sebenarnya kau ada rancangan lain bukan? Aku kenal kau sudah lama Sophia. Tidak perlu kau menipu aku" kata Hilal sarkastik. Bukan dia tak tahu perangai Medusa. Wanita itu tak akan senang senang dipengaruhi orang lain. Lagipula jantan tak guna itu memang sesuatu tidak kena apabila wanita itu menerima dengan senangnya.

Medusa kematian kata apabila Hilal Arshen mula menggunakan nama Sophia itu ternyatalah dia sedang serius. Hanya dia sahaja yang berani memanggil nama sebenar Medusa bahkan Maria pun tidak berani atas alasan yang berlaku dahulu. Medusa meringgis. Dia lupa dia tak akan boleh tipu Hilal kerana lelaki ini sudah masak dengan segala galanya tentang dia.

"Sepertinya aku langsung tak boleh menipu kau" desis Medusa. Hilal yang mendengar itu terburai ketawanya.

"Apa pun perancangan kau jangan sampai melukai diri kau. Ingat diri kau sangat berharga untuk dimiliki oleh lelaki durjana seperti dia" pesan Hilal Arshen. Medusa menguntum senyuman.

"I know. Dont you worry about me" kata Medusa. Lantas panggilan ditamatkan. Medusa melepas nafas lega. Dia megukir senyuman menakutkan. Emir... Emir kenapa kau begitu bodoh? Melihat Emir yang terdesak ingin berkahwin dengannya membuatkan permainan dia semakin menarik. Dia akan buat satu persatu keluarga Emir Uwais musnah tidak kira apa pun caranya. Seperti apa yang mereka telah lakukan kepadanya dahulu seperti itukah dia akan membalasnya.






Comment? Cukup 40 vote unlock chapter 20 hehe thank you dear. Dont forget to vote too!








Ershal Sophia|23.09

𝐑𝐞𝐯𝐞𝐧𝐠𝐞Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang