18

523 58 3
                                    

Tidur Emir terganggu dek terdengar suara wanita sedang menangis. Emir Uwais mendenggus kasar rimas dengan tangisan wanita ini yang semakin meraung kuat. Terus tubuhnya bangkit dari pembaringan. Atalia membalut tubuhnya tanpa sehelai benang itu dengan duvet. Berasa jijik dengan dirinya sendiri saat ini. Emir ketawa sinis melihat Atalia yang sedaya upaya menyelimut tubuhnya dari terdedah. Padahal malam tadi bukan main menjerit. Pelacur selamanya pelacur.

"Hei kau tak payahlah tutup tutup bagai aku dah tengok semualah malam tadi. Kau tutup pun tak ada makna" ujar Emir sarkastik. Wajah Atalia memerah akibat menangis. Dia memandang tajam Emir. Lelaki syaitan!

"Kau memang syaitan!" jerit Atalia sambil menumbuk badan Emir berkali kali bagi melepaskan geramnya. Dia benci! benci! benci!. Terasa jijik dirinya saat syaitan ini menyentuh mahkota yang dijaga elok. Segala rayuannya malam tadi langsung tidak dilayan oleh Emir yang rakus menjamah setiap inci tubuhnya. Atalia mengogoi menangis mengenang dirinya saat ini.

Emir merenggus. Menyampah pulak dia melihat perempuan pelacur ini tidak habis meroyan dari tadi. Rambut dikusut bingit telinganya mendengar tangisan berjela jela dari pelacur ini. Langsung rambut Atalia dicengkam kuat. Tersentak Atalia sambil meringgis sakit.

"Kau diamlah sial! bingit sahaja dari tadi. Kau tu pelacur buat cara pelacur la sial! acah suci" jerkah Emir membuatkan tangisan Atalia menjadi jadi. Emir melepas kasar rambut Atalia. Dia turun dari katil mengutip baju yang berselerak akibat keganasan malam tadi. Emir senyum mengingatkan kejadian malam tadi. Dia puas. Baju disarungkan pada tubuh sambil memandang sinis kearah Atalia yang masih menangis meratapi apa yang terjadi pada dirinya. Selesai menyarung seluar Emir mendekati Atalia.

"Sedap juga kau layan aku. Thanks your service" bisik Emir di telinga Atalia. Setelah itu dia lantas keluar dari bilik itu. Atalia merenung tajam pintu bilik itu. Dia mengerang kegeraman habis bantal di baling ke pintu. Tidak cukup dengan tu lampu tidur juga di baling sehingga pecah berderai. Tubuhnya bergetar kuat menahan marah. Kedua dua belah tangannya mengeletar. Sakit, sakit diperlakukan seperti pelacur walhal dia bukan seperti itu.

Atalia membiarkan air membasah dirinya. Dipicit gel badan sehingga separuh botol lantas menggosok kasar pada tubuhnya. Masih terlayar sentuhan jijik Emir pada tubuhnya membuatkan tangannya bergerak kasar menggosok di kulit badannya sehingga merah. Air mata wanita itu tidak berhenti membasahi wajah cantik itu. Sungguh dia jijik dengan dirinya. Masa depannya musnah. Siapalah mahu menerima dirinya yang sudah tiada dara ini. Terduduk wanita itu sambil menangis tangisannya berselang seli jeritan. Menjerit sehingga dirinya berasa puas.

Emir senyum puas. Dia melangkah masuk ke dalam rumah. Selepas ini apa dia perlu buat dengan Medusa. Dania Atalia sudah dia musnah langkah seterusnya apa perlu dia buat untuk membuat perempuan sial itu melutut di hadapannya. Emir menuang air kosong didalam gelas kaca sambil berfikir untuj menjatuhkan Medusa. Diteguk rakus air kosong itu sehingga licin.

Emilia Rose yang baru turun itu ternampak susuk tubuh adiknya do dapur. Terus dia menerpa Emir.

"Macam mana dengan perempuan tu?" soal Emilia mengambil temoat disebelah Emir. Emir menayang senyuman tipis.

"Tak lama lagi sahaja. Kau lihatlah nanti dia akan melutut depan aku" angkuh sahaja ujaran lelaki itu.

"Bagus. Macam mana perkahwinan kau dengan Atalia?" soal Emilia tiba tiba.

"Entah. Yang pasti dia sudah jatuh di tangan aku. Dia tak akan dapat lari sebab tiada lelaki yang mahu perempuan tiada dara seperti dia" ujar Emir sambil menayang wajah selamba. Tersembur air dari mulut Emilia selepas mendengar ucapan adiknya. Melopong mulutnya memandang wajah selamba Emir.

"Apa kau sudah buat? Dia bagaimana?" soal Emilia terkejut. Emir merenggus kasar.

"Dia akan diam. Kau jangan risau dia tak akan berani buka mulut dan kau tak perlu buka mulut. Jangan beritahu hal ni pada sesiapa" ujar Emir. Cepat cepat Emilia mengangguk. Dia risau jika keluarga dia mahupun keluarga Atalia mengetahui hal ini mungkin musnah habis keluarga mereka. Segala aset syarikat pelaburan serta apa yang mereka miliki sekarang ini semuanya hasil dari keluarga Atalia. Disebabkan ini dia takut apa apa yang terjadi pada keluarga mereka apabila mengetahui hal ini. Pasti hancur lebur apa yang diimpikan dia.

"Lagi satu aku akan berkahwin dengan Medusa" ternganga Emilia mendengar ujaran Emir. Sangat tidak masuk akal bagaimana adiknya senang senang mengahwini perempuan sial itu. Memang bala!

"Kau-"

"Ingat! Rahsiakan hal ini daripada pengetahuan orang lain walaupun Atalia" arah Emir lantas Emilia mengangguk walaupun tidak menyetujui. Berat hati hendak setuju dengan keputusan adiknya ini.

"Sudahlah aku nak keluar pergi pujuk Medusa. Nanti kau juga nak menumpang kesenangan aku" ujar Emir. Pantas meninggalkan Emilia yang termangu. Malas mahu melayan kakaknya yang masih dilema perasan. Dia perlu pujuk Medusa untuk setuju mengahwini dia. Atalia sudah tidak berguna untuk dia kali ini masanya untuk mempergunakan Medusa. Hal anak dia tidak kisah sama sekali hanya Medusa sahaja yang dikisahkan.









Any comment? thanks sudi baca. Alang alang baca followlah kita hehe









Ershal Sophia|23.50


𝐑𝐞𝐯𝐞𝐧𝐠𝐞Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang