8

636 61 5
                                    

Emir Uwais tidak puas hati dengan apa yang Medusa lakukan. Dia berang mengapa Medusa perlu mengaitkan sekali dengan tunangnya. Mereka tidak bersalah dia tahu salahnya tetapi syaitan menguasai dirinya. Dia tidak akan memgaku salahnya. Manusia seperti Emir Uwais tidak layak berpijak di bumi Tuhan.

Emir Uwais mencapai telefon pintar yang berada diatas nightstand lalu mendail nombor Medusa. Dadanya berombak laju tanda marahnya tidak dapat dibendung lagi.

"Hello Emir" sapa Medusa galak. Dia sudah dapat agak siapa gerangan yang menelefonnya itu.

"What do you want?" soal Emir kasar. Dia sedang menahan amarah yang membuak buak. Berani wanita ini menyentuh tunangnya.

"Woo woo relax dude. You scared me" ujar Medusa seiring dengan ketawa. Emir mengetap gigi bengang dengan Medusa.

"Betina sial macam kau tak layak sentuh tunang aku" kata Emir dengan kejinya. Medusa mengengam telefon pintar itu erat berdesing telinganya mendengar perkataan 'betina sial'.

"Wow! sekian lama tidak mendengar perkataan tu, jantan sial" balas Medusa. Dia menyilang kaki melihat permandangan malam yang indah itu tetapi sayangnya perkataan yang dia dengar tidaklah seindah malam itu. Sangat menikam tetapi bukan sekarang lagi perkataan itu seperti makanan dia. Sudah lali mahu mendengar.

"Kau jangan sesekali sentuh keluarga aku mahupun tunang aku. Sekali kau sentuh tahu apa akibatnya" ujar Emir memberi peringatan keras. Malangnya, apa Medusa kisah yang pasti dendamnya terbalas. Tidak kisahlah dengan cara apa pun walaupun bunuh dia sanggup. Kerana dirinya dikuasai dendam yang meluap.

"Protective huh? jangan berlagak seperti kau mangsanya bahkan kau syaitan yang menghancurkan hidup seseorang. Tetapi apa salahnya kalau I sentuh sikit tak luak pun" Medusa menyeringai ketawa. Emir mengengam penumbuk mahu sahaja dia layangkan pada wajah wanita itu kalau ada didepannya.

"Jangan berani sangat Medusa. Kau tak tahu apa yang akan aku lakukan kalau kau sentuh mereka. Jaga diri kau Medusa kau tak cukup kuat untuk lawan aku. Kau hanya perempuan yang berlagak hebat tetapi kau lemah" Medusa menayang riak biasa. Ucapan lelaki syaitan itu langsung tidak mengugatkannya.

"Lelaki syaitan seperti kau memang bersifat langit sementara diri berasal dari tanah. Jangan tertalu mendongak kerana bila bila masa hujan mahupun guruh akan menimpa kau" kata Medusa dia mendongak langit gelap itu. Gelap seperti hati lelaki syaitan tersebut. Emir sentap bercampur amarah lantas memantikan panggilan. Medusa tergelak kecil lucu dia melihat sikap lelaki ini. Cuit sahaja sudah mengelabah. Dia kembali menikmati malam indah itu di ruang jendela.

Emir Uwais mencampak telefon pintar diatas katil. Bengang dia dengan sikap Medusa. Dia meramas rambutnya serabut dengan apa yang diperkatakan oleh Medusa sebentar tadi.

Maria menjenguk pintu cermin itu melihat Medusa sedang melayan perasaan. Dia sengih lalu menapak kearah Medusa. Kerusi kayu jati sebelah Medusa menjadi pilihan untuk melabuhkan punggung. Medusa menoleh namun tidak mengatakan apa apa. Dia membiarkan sahaja Maria. Maria memandang Medusa yang diam itu dia mencuit lengan Medusa.

"Oit termenung apa?" tanya Maria. Medusa menggeleng kepala kemudian ketawa kecil. Maria mengangkat kening pelik.

"Kau kenapa? dah kena nasi kangkang si Emir bendul ke apa" tempelak Maria. Medusa memandang Maria kemudian dia senyum.

"Kena nasi kangkang kau. Rawr" ujar Medusa gaya menggoda. Dia gelak melihat reaksi Maria. Maria menampar bahu Medusa.

"Tahulah disakiti lelaki tapi janganlah sampai nak tukar selera pula" perli Maria. Medusa menjuling mata keatas.

"Kau diamlah" marah Medusa. Kadangkala perangai Maria buat dia rasa naik hantu pun ada. Nasib kawan kalau tak dah lama dia terkam.

"Koyak cakaplah" seloroh Maria. Suka dia mengusik Medusa. Medusa menjeling dia malas. Maria masih ketawa melihat riak wajah Medusa yang masam. Sudah lama dia tidak bersembang begini dengan Medusa sejak apa yang berlaku pada Medusa. Mereka hanya bercakap benda penting sahaja jaranglah ada melawak macamni. Bila tengok jauh beza antara Ershal Sophia dahulu dan sekarang. Nama pun ditukar ke Medusa tiada lagi Ershal Sophia. Dia rindu Medusa yang dahulu tetapi apa boleh buat. Perbuatan seseorang membuatkan seseorang berubah.

"Haihh" keluh Medusa.

"Kau ada masalah ke?" soal Maria. Keluh kemain panjang macam masalah negara.

"Raess"

"Kenapa dengan Raess?" tanya Maria pelik. Medusa mengeluh dia mengangkat kaki kemudian lutut dirapatkan ke dada.

"Dia ada tanya pasal siapa ayah dia" Maria mengecilkan mata.

"Lepastu? kau cakap apa?" Medusa memandang tepat wajah Maria.

"Aku diam aku buntu nak jawab. Aku takut kalau dia tahu siapa bapa dia sebenarnya. Aku takut bila aku tak faham perasaan dia" luah Medusa. Dia sayangkan anaknya. Dia takut dia gagal jadi ibu yang baik. Maria mengeluh dia mengusap bahu Medusa perlahan.

"Tak mengapa nanti dia lupalah pasal bapa tu. Kau jangan risaulah bagi aku kau adalah mak yang paling memahami yang penyayang kalau tak dulu kau dah buang dia sebab apa? sebab dia datang dari benih jantan sial yang rogol kau tu tapi kau tetap jaga dia kau tetap sayang dia" ujar Maria. Sungguh dia cakap kalau orang lain yang jadi macam Medusa sumpah akan buang bayi tu. Tak semua orang boleh kuat macam Medusa. Lebih lebih lagi bila orang tu rogol susah untuk kita terima. Tabiklah dia dengan wanita yang macamni kuat menghadapi cabaran ini.

Medusa tidak menjawab malah dia hanya menayangkan senyuman kelat. Maria menepuk perlahan bahu Medusa. Mereka kembali menikmati malam indah itu.

Tanpa mereka sedar Arshal Raess sudah mendengar segal galanya dari awal sampailah akhir. Dia turun mencari maminya tak sangka dia terdengar perbualan itu. Dia menyandar badan pada dinding. Tak sangka sampai begitu sekali maminya mengharungi. Dia mengengam penumbuk erat. Mata hazelnya menunjukkan dia betul betul benci dengan lelaki yang diperkatakan oleh Maria tadi. Dia tak akan sesekali anggap perogol syaitan itu bapanya. Anak kecil itu mula menanam dendam kepada bapa kandung atas perbuatan yang dilakukan keatas maminya.

Arshal Raess berjalan naik ke biliknya dengan penuh rasa dendam meluap. Dulu sengaja dia mempersoalkan siapa ayahnya padahal dia tidak mahu mengambil tahu sekalipun cuma dia keliru kenapa bila dia mempersoalkan benda itu matanya Medusa bertukar seperti tidak suka. Pernah jugak dia curi curi dengar perbulan Medusa dengan Maria tentang lelaki itu seperti berdendam lama. Kini dia sudah tahu apa sebabnya. Dia bukanlah budah yang bodoh untuk memahami benda ini. Cuma dia cuba untuk hidup normal macam budak lain tidak mengambil tahu tentang orang dewasa tetapi itu bukanlah personalitinya lebih lebih lagi mengaitkan maminya. Suatu hari dia akan bunuh jantan itu.













Ershal Sophia|19.45

𝐑𝐞𝐯𝐞𝐧𝐠𝐞Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang