22

527 69 3
                                    

Medusa senyum lebar. Puas hati dia melihat keadaan Emir saat ini. Dia masih ingat pada hari Emir memujuknya untuk berkahwin tiba tiba panggilan dari Atalia berderu masuk malah dia pelik kenapa Atalia bersungguh menelefonnya tetapi dia  tidak rasa untuk mengangkat panggikan tersebut. Dia risau Atalia menganggu rancangannya untuk memusnahkan Emir memandangkan Atalia tunang sah kepada Emir Uwais. Namun terdetik di sudut hatinya ingin mengangkat panggilan tersebut apabila sudah dua hari berturut turut Atalia menelefonnya. Sebaik sahaja dia angkat terdengar bunyi tangisan kecil Atalia. Dia menceritakan semuanya apa yang membuatkan Medusa terkejut apabila masuk tentang rogol serta merta memori buruk tujuh tahun lepas terlayar kembali. Disebabkan itu dia ambil kesempatan untuk membalas dendam. Perkara yang Emir lakukan kepada Atalia membuatkan jalan untuk membalas dendamnya semakin mudah. Dia sudah merancang rapi hal ini dari awal sebelum dia bertindak bersetuju untuk berkahwin dengan Emir. Kerana Atalia sudah memudahkan rancangannya. Tidak perlu dia bersusah payah lagi.

Emir Uwais merenung tajam kearah Atalia. Dia janji suatu hari nanti dia akan balas apa yang Atalia audah lakukan!

Kereta polis berlalu pergi meninggalkan dewan tersebut diikuti anggota polis yang lain.

Hilal muncul di belakang Medusa. Dia berdiri memandang Emir Uwais yang berlalu bersama kereta polis. Tetamu yang menyaksikan adegan itu muka memandang serong terhadap ahli keluarga Emir Uwais. Sudah pasti mereka tidak mempercayai ahli keluarga itu.

"Jom pergi" terkejut Medusa. Dia berpusing belakang melihat Hilal Arshen yang kacak bersut hitam. Katanya ada kerja hendak dibuat disebabkan itulah dia hanya datang bersama Maria.

"Kau dah buat yang terbaik" bisik Hilal. Medusa mengukir senyuman. Tanpa kekuatan yang tersalur dalam dirinya dia tak yakin akan boleh buat sampai ke puncak begini.

"Ada lagi langkah yang perlu aku buat" Medusa senyum senget. Kening Hilal Arhsen bertaut.

"Gunakan kelebihan kau sepenuhnya" kata Medusa. Hilal mengukir senyum sinis.

"Kau bijak menggunakan kepentingan orang. Boleh kita pergi?" perli Hilal. Medusa ketawa. Tak mengapa dia tak kisah langsung kalau orang tu Medusa. Redah lautan api pun dia sanggup. Ceh!

Mereka berdua berjalan seiring berlalu pergi bersama meninggalkan dewan.

Berita tentang kes Emir Uwais tersebar merata. Sesiapa yang tidak mengenalnya habis semua kenal. Sudahlah terkenal kerana membuat jenayah bukan menyumbang baik. Sungguh memalukan saat ini. Ramai netizen meluahkan kata kata kesat  kepada lelaki itu. Media massa penuh dengan berita tentang kes Emir Uwias. Bukan sahaja aplikasi media sudah terpapar wajahnya dengan keterangan gambar yang menaytakan jenayah yang dilakukan. Orang orang yang pernah ditindas serta memusuhi diri Emir keluar bertindak didalam media  mengeluarkan kata kata kasar melalui jarinya yang menari laju diatas papan kekunci.

Puan Sri Natalia sungguh marah dan terkejut atas apa yang dilakukan oleh Emir Uwais bakal menantu tak jadinya. Segala kemarahan mula meruap naik ke puncak kepala. Tidak tahu apa hendak digambarkan tetapi yang pasti dia sangat marah saat ini apabila mendapat tahu tentang ini dari klip video Atalia di dewan itu yang bermain di berita pagi tadi. Kesal dengan tindakan Emir Uwais. Dia janji akan buat apa sahaja demi anaknya. Puan Sri Natalia menelefon pengawal peribadinya untuk menjemputnya berjumpa dengan keluarga Emir.

"Datang sekarang, Baihaqi" ujarnya sambil menahan amarah yang semakin membara. Dania Atalia, dia biarkan dahulu anaknya stabil. Dia tak mahu menekankan sangat diri anaknya yang masih terkesan dengan apa yang dilakukan oleh Emir Uwais.

Baihaqi, pengawal peribadi Puan Sri Natalia sampai di pekarangan rumah agam yang berdiri gah itu. Terlihat Puan Sri Natalia berdiri statik menunggunya dia depan pintu besar. Tanpa membuang masa Baihaqi bertindak membuka pintu setelah Puan Sri Natalia selamat masuk cepat cepat dia memutar stereng keluar dari rumah agam itu membelah jalan raya. Dari raut wajah Puan Sri Natalia dia sudah agak mesti kes jantan tak guna itu. Dia pun tidak berkenan dengan Emir Uwais. Dia ingat lagi semasa Datuk Sri Zayn Haidar  meninggal dan pada hari itu juga lelaki ini tanpa segan silu menyuruh orang menguruskan harta Datuk Sri untuk dipindahkan kepadanya. Tetapi dia malas mahu bersuara kerana waktu itu tidak sesuai dan Puan Sri kelihatan sangat mempercayai Emir Uwais. Dia tidak mahulah jadi perosak hubungan persaudaraan orang lain.

Memandangkan Puan Sri tidak mempunyai anak lelaki jadi dia hanya bergantung pada menantu lelakinya. Namun menantu lelakinya tidak berguna sesen langsung hanya tahu kaut harta sahaja. Baihaqi menggeleng kepala apabila teringat perangai syaitan Emir Uwais. Mereka akhirnya sampai di pekarangan rumah keluarga Tuan Emri.

Baihaqi mengiring Puan Sri masuk ke dalam rumah agam itu. Pintu yang sedia terbuka itu seolah olah mengalukan alukan mereka masuk. Tuan Emri dan isterinya bersiap mahu berjumoa dengan peguam mereka namun sesuatu benda yang tidak dijangka. Alangkah terkejutnya Tuan Emri dan Puan Diandra apabila Puan Sri Natalia berada didalam rumahnya. Wajah mereka kelihatan pucat lesi memandang Puan Sri Natalia yang berdiri didepannya bersama seorang pengawal peribadinya. Di luar dua biji kereta hitam pasti kereta pengawal pengawal Puan Sri. Lagi mengejutnya  sepuluh orang mengawal setiap sudut rumahnya. Nampaknya tiada jalan untuk dia lari. Tuan Emri menarik tangan isterinya dengan tebal muka melutut dihadapan Puan Sri Natalia. Wajahnya ditunduk rasa takut menyerbu dirinya.

"Tak sangka begini perangai orang miskin. Tsk, tsk sungguh menyedihkan" sindir Puan Sri Natalia. Tuan Emri mengetap bibir. Sakit hatinya mendengar wanita dihadapannya mengelar dirinya miskin. Dia trauma mendengar perkataan itu. Sudah lama dia tidak mendengar perkataan itu dan harini perkataan itu kembali kepadanya.

"Maafkan kami, Puan Sri" ucap Puan Diandra dengan penuh getar

"I tak sangka orang yang I percaya akhirnya mengkhianat diri I. Lagi yang I tak percaya seluruh keluarga you boleh tutup mata atas apa yang anak jantan tak guna you buat pada anak  perempuan I! sampai hati keluarga you buat macam tu setelah apa yang suami I berikan segala galanya pada you! you dan keluarga you memang tak guna!" Puan Sri Natalia melempiaskan segala yang dipendamnya sejak tadi. Dengan suami dia bolehlah orang lain pijak tetapi bukan dia. Dia tak akan sesekali bagi orang pijak dirinya mahupun keluarganya. Walaupun dengan melutut di kakinya dia tak akan beri muka. Dia boleh jadi kejam sekelip mata.

"Tolong maafkan kami Puan Sri... Saya minta sangat Puan Sri tarik balik tuduhan itu. Saya janji akan tebus semua kesalahan saya pada keluarga Puan Sri" rayu Tuan Emri sambil tapak tangan disatukan. Wajah dikesiankan memgharap Puan Sri Natalia menerima pujuk rayu dia. Puan Sri Natalia menjeling dia tidak akan sesekali yermakan dengan pujuk rayu sampah seperti keluarga Tuan Emri. Puan Sri Natalia memberi isyarat pada Baihaqi. Baihaqi lantas mengeluarkan satu sampul bersaiz A4 langsung diberikan kepada Puan Sri Natalia. Puan Sri Natalia menyambut baik bibirnya mengukir senyum senget lalu sampul itu dicampak kasar didepan wajah Tuan Emri. Tuan Emri menunduk takut untuk bersua muka dengan Puan Sri Natalia.

"Jangan lupa pulangkan segala galanya yang suami I berikan pada you. Jangan tingal sebesar zarah pun kalau tak I akan gunakan kuasa I sepenuhnya. Jangan cuba cuba cabar diri I, Emri. Mulai sekarang keluarga you dalam tahanan I selagi you tak pulangkan semua yang sememangnya milik I" ujar angkuh Puan Sri Natalia.

"Ahh one more thing I tak akan tarik kembali tuduhan itu. I akan buat anak you merana seperti apa yang dia buat pada anak I" Tuan Emri dan Puan Diandra tergamam. Apakah yang akan berlaku pada hidup mereka?

Puan Sri Natalia berlalu pergi meninggalkan Tuan Emri dan isterinya terkulat kulat di situ. Detak kasut tumitnya kian menghilang.




Any comment? 40 vote unlock new chapter.



Ershal Sophia|21.47

𝐑𝐞𝐯𝐞𝐧𝐠𝐞Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang