20

547 69 2
                                    

Emilia mengerut dahi aneh melihat reaksi yang ditayangkan oleh Emir. Bibirnya asyik melebar senyuman. Apakah berita baik? Emilia tertanya tanya. Emilia berjalan kearah adiknya yang duduk santai disofa. Dia berdehem seketika sebelum memulakan perbualan.

"Melebar senyum kau. Berita baik atau buruk?" tersentak Emir mendengar suara Emilia. Leher dipusingkan memandang Emilia Rose.

"Semestinya berita baik kalau berita buruk aku tak akan melebar senyum begini" ujar Emir. Emilia turut senyum.

"Tak mahu berkongsi ke?" soal Emilia. Cuba mengorek sesuatu dari adiknya yang membuatka lelaki ini tidak berhenti dari senyum.

"Medusa setuju ingin berkahwin denganku" ujar Emir riang. Terpempan diri Emilia. Itukah berita baik? sepertinya berita malang sahaja baginya. Berpasir air liur ingin menelan.

"Kau perlu berbuat baik padanya. Jangan sesekali masuk campur urusan aku dengan dia. Aku tak mahu rancangan aku rosak disebabkan kau. Sudahlah aku pergi dulu" lantas Emir mengorak langkah pergi dari situ. Emilia seperti tercekik tulang. Tidak sangka ucapan itu keluar dari mulut adiknya. Sungguh biadap baginya!

Emilia Rose mengengam erat penumbuk. Medusa, Medusa, Medusa! benci dia mendengar nama itu. Menyakitkan hati sahaja. Kalau bukan disebabkan adiknya yang tergila gilakan perempuan itu sudah lama dia bunuh sahaja perempuan tidak tahu malu itu. Dasar jalang!

Medusa mengeluh apabila Emir tidak henti henti menelefonnya. Sudahlah dia berada dalam bilik meeting tak ke rimas dia. Nasib telefonnya disenyapkan tidaklah menganggu meeting mereka. Seusai habis meeting Medusa menyalakan telefon pintarnya terpapar tiga puluh panggilan tidak diangkat. Medusa merenggus tidak kenal erti penat langsung betul jantan ni.

Medusa mengabaikan panggilan tidak diangkat itu dan tidak rasa ingin menelefon kembali. Buang masa! jam sudah menunjuk pukul lima petang Medusa bersiap siap ingin balik. Tidak lupa kunci kereta didalam laci meja diambil. Sedang dia sibuk membetulkan baju telefonnya berdering kuat meminta untuk diangkat. Medusa mendenggus apabila melihat nama pada skrin telefon itu. Pada mulanya dia malas angkat namun sudah tiga kali di telefon nak tak nak terpaksa dia angkat. Memekik sahaja jantan ni!

"You dekat mana sekarang?" tanya Emir. Nadanya terdengar ceria. Medusa menjuling mata keatas.

"On the way balik rumah" balas Medusa dingin.

"Ohh yeke? I nak bawak you pergi makan-"

"Penat" ujar Medusa sepatah. Malas mahu melayan Emir. Penat lelah masih terasa lagi. Tiga jam meeting hanya duduk tidak berjalan mahu tak kebas punggungnya.

"Takpelah jangan lupa makan tau sayang. I tak sabar nak tunggu kita halal nanti. Lagi seminggu sahaja-" malas mahu mendengar ujaran mengarut Emir pantas jarinya mematikan panggilan. Medusa mencebik. Bermimpi sahajalah mahu berkahwin dengannya!. Bersayang sayang fikir dia akan cair? jangan harap lebih lebih lagi dengan jantan tak guna seperti Emir Uwais.

"Fuck!" Emir memaki perlahan apabila Medusa bertindak mematikan panggilan saat dia sedang bercakap. Tiada adab punya jalang. Sesaat Emir mula mengukir senyuman sinis.

"Tak mengapa... seminggu nanti kau tahulah balasan kau. Aku akan buat hodup kau merana seperti tujuh tahun yang lalu. Aku tak akan biarkan kau hidup bahagia. Kau dan anak kau akan aku hapuskan" Emir ketawa syaitan. Tunggulah kau Medusa!

Medusa merebahkan dirinya diatas sofa. Sejak kebelakangan ini dirinya terasa sibuk sampaikan tubuhnya tidak merasa empuk sofa ini. Harini barulah dia merasa. So heaven!

Arshal Raess melihat lelah penat yang terpancar pada wajah wanita kesayangannya itu membuatkan dia merasakan kesian. Raess berjalan kearah Medusa. Medusa tidak sedar akan kehadiran anaknya sampailah jari kecil itu mencuit lengannya. Medusa mencelik mata lantas tubuhnya bangun dari pembaringan. Bibir Medusa menguntum senyuman apabila melihat wajah anaknya. Rindu ingin menatap wajah kecil ini.

Melihat wanita kesayangannya diam lama membuatkan anak kecil itu pelik.

"Are you okay, mami?" soal Raess perlahan sambil mengusap kekura tangan Medusa. Medusa mengangkat tubuh kecil itu duduk diatas ribanya. Rindu dia ingin menatap putera kecil ini. Raess menyandar kepalanya di dada Medusa. Dia rindu belai kasih Medusa. Dia tahu apa yang menganggu fikiran Medusa saat ini. Lelaki tak guna. Ayat itu selalu meniti di bibir Medusa. Kadang dia rasa mahu sahaja melarikan diri dengan wanita kesayangannya jauh dan jauh dari semua orang. Dia kesian melihat apa yang berlaku pada Medusa. Dia benci orang yang menyentuh Medusa. Kalaulah dia berkuasa saat ini akan dia hapuskan lelaki tak guna itu. Namun apa dia boleh buat dia hanyalah anak kecil semata mata.

"Mami okey je. Awak okey tak? kenapa monyok je ni" ujar Medusa sambil mengusap kepala Raess lembut. Raess mencebik.

"Raess kesian kat mami. Mami selalu balik lewat lagisatu Maria cakap mami selalu skip waktu makan. Raess risau mami jatuh sakit... nanti siapa nak temankan Raess" kendur sahaja suara anak kecil itu. Sudah lama Medusa tidak meluangkan masa dengannya. Medusa ketawa kecil. Kuat mengumpat betul si Maria ni.

"Tak adalah. Mami makan jelah lagipun kalau mami sakit Raess jagalah barulah mami cepat sembuh" senyum Medusa.

"Mami tak akan tinggalkan awak selamanya dan mami tak akan biarkan awak sendirian. Ingat mami sayang Raess sangat sangat. Raess sahaja satu satunya putera mami" Raess senyum. Medusa mengelus lembut rambut Raess. Dia merenung lama wajah anak kecil ini dengan pandangan redup. Tidak boleh dia bayangkan kalau Raess jauh darinya. Tanpa Raess hidupnya bagaikan tin kosong. Raess penguat semangat untuk dia teruskan hidupnya yang penuh cabaran ini.









Any comment? thank you sudi baca. Macam biasa 40 vote unlock new chapter.






Ershal Sophia|22.45

𝐑𝐞𝐯𝐞𝐧𝐠𝐞Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang