23

549 68 4
                                    

Emilia Rose mengejar seorang lelaki.

"Please Alex... bagi aku barang tu. Aku terseksa sekarang ni. Tolonglah" rayu Emilia Rose. Telapak tangan disatukan.  Lelaki itu mengeluh berat.

"Tak ada. No money no barang" kata Alex. Rimas dia dengan perempuan ni. Dulu bolehlah dia layan baik kerana gadis itu pelanggan setia dia. Setiap kali barang sampai sahaja mesti duit pantas namun kini bukan lagi. Gadis itu kerap berhutang kadang kadang barang ambil tetapi duit tak bayar terpaksalah dia hadap bos besar. Merasa jugaklah kasut kulit bosnya masuk dalam mulut.

"Tolonglah Alex aku perlukan benda tu. Aku janji aku akan bayar nanti bila aku ada duit" Emilia mengangkat tangan tanda sumpah. Alex memusing tubuhnya 360 darjah sambil memeluk tubuh menghadap Emilia. Ditatap tubuh Emilia penuh selera.

"Sekarang ni kau ada duit ke? bukan keluarga kau dah muflis ke?" sindir Alex. Emilia terkedu macam mana dia lupa benda itu.

"Tetapi kalau kau bayar 'barang' ni guna body kau... aku akan bagi barang dan gandakan duit" ujar Alex penuh nafsu. Senyuman jahat terukir di bibir Alex.  Bentuk badan Emilia sudah lama menjadi tatapan lelaki di luar sana. Seksi! itu yang dia mahu katakan. Sudah lama dia impikan tubuh perempuan ini.

Emilia meneguk air liur kesat. Bagaimana ni? Dia tidak gila lagi mahu memberi tubuhnya semata mata benda kecil itu.

"Okey takpa kalau kau tak setuju dengan cadangan aku tapi..." sengaja Alex melambatkan ucapannya untuk melihat reaksi Emilia. Emilia seperti tidak sabar ingin mendengar ujarannya.

"Kau boleh hidup ke tanpa barang?" Alex masih bertarik tali dengan Emilia. Emilia mengigit bibir mencari idea. Dia perlukan dadah! seketika fikirannya diracun syaitan. Satu sahaja perkara  yang terlintas di fikirannya iaitu Arshal Raess. Kalau Emir tidak dpaat jadi dia perlu dapat budak itu. Apa dia kisah keturunan atau tidak yang pasti dia dapat apa yang dia mahu.

"Ak-aku bagi budak tapi kau kena kasi barang" kata Emilia tergagap gagap. Dia pun tak tahu kenapa idea ini bermain diotaknya. Alex terkedu. Sudah gilakah perempuan dihadapannya ini?

"Aku tahu sekarang bos kau perlukan organ budak untuk pasaran sekarang" kata Emilia lagi. Alex diam masih dalam fasa tidak percaya. Bagaimana perempuan ini terfikir untuk melakukan benda itu dan macam mana dia tahu tentang ini?

"Kau yakin kau boleh cari?" provok Alex. Sengaja mahu melihat reaksi Emilia. Bibirnya mengukir senyum sinis. Emilia tanpa ragu ragu mengangguk kepalanya laju.

"Aku pasti aku akan dapat. Tapi dengan syarat kau bagi barang itu dahulu" kata Emilia. Alex menolak lidah ke dinding pipi. Geram dengan sikap perempuan ini. Sepeket dadah dikeluarkan dari beg. Dia mengecilkan mata.

"Betul kau boleh cari? kalau kau tak dapat dalam masa seminggu kau orang pertama yang akan merasa dipancung kepala" gertak Alex. Emilia senyum senget.

"Tiga hari. Tiga hari pun aku boleh kasi pada kau" angkuh sahaja Emilia berkata. Alex mengangguk lalu barang itu dibaling kearah Emilia. Emilia pantas menyambut. Dadah itu diusap perlahan seperti mengusap kepala anak kecil. Naik seram Alex melihat. Perempuan gila!

Dia tahu cadangannya tadi sangat risiko baginya. Tetapi dia perlukan dadah untuk teruskan hidup. Nak tak nak dia perlu lakukan demi dirinya.

Alex melihat kelibat Emilia yang semakin menghilang. Bibirnya menguntum senyuman senget. Bodoh betul perempuan ni!. Lantas telefon dikeluarkan dari kocek seluar. Nombor seseorang didail.

Sudah masuk hari ketiga, namun Emilia masih tidak menghubunginya. Alex meringgis pasti perempuan itu menipu dia. Tak guna punya perempuan!

Tiba tiba telefonnya berdering. Alex mencapai telefonnya yang berada diatas meja. Butang hijau dileretkan. Telefon ditekap pada telinga sambil tangan kirinya mencekak pinggang.

𝐑𝐞𝐯𝐞𝐧𝐠𝐞Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang