21

484 73 4
                                    

Medusa termenung memandang langit cerah. Langit cerah tetapi dirinya yang terasa gelap gelita. Fikirannya kosong bangun sahaja dari tidur diingatkan tentang perkahwinan sial dia dengan Emir membuatkan dirinya terasa tidak berguna. Arshal Raess. Sudah dia beritahu tentang perkahwinan ini tetapi Raess seperti biasa hanya diam sahaja. Dia tahu apa yang difikirkan anaknya itu. Dia merenung gaun kembang kahwin dia tersangkut elok di almari itu. Mahu sahaja dia carik carik gaun kembang itu. Ternampak buruk dimatanya walaupun hakikatnya lawa sahaja.

Hilal Arshen berjalan naik keatas namun kaki panjangnya terhenti dek terlihat wanita kesayangannya termenung matanya memandang benci gaun kahwin yang disangkut oleh orang andam keluarga Emir Uwais. Mereka awal awal sudah terpacak di luar rumah menghantar pakaian serta barangan untuk perkahwinan ini. Agak jengkel dimata Hilal. Geli ketiak pun ada dia rasa.

Hilal mengetuk pintu yang sedia terbuka itu sebelum kakinya melangkah masuk mendekati Medusa. Medusa terkejut pantas wajahnya dipaling ke tempat lain. Meluat memandang baju buruk itu. Hilal menarik kerusi lantas diduduk dihadapan Medusa.

"Kau dah bersedia untuk pikul tanggungjawab kau sebagai isteri?" soal Hilal. Wajah redup Medusa ditatapnya. Medusa diam matanya sengaja dilarikan dari memandang Hilal. Perasaannya bercampur baur saat ini. Rasa marah, sedih macam nak gila pun ada.

"Kau perli aku?" bidas Medusa. Hilal senyum nipis. Walaupun Medusa tahu bukan niat Hilal untuk perli.

"Aku ada dengan kau. Akan selalu ada bersama kau" Nada Hilal terdengar serius. Medusa memandang sekilas wajah Hilal. Tak kuat ingin pandang lama lama.

"Sudah, tengahari nanti majlis kau akan bermula. Aku keluar dahulu nanti apa apa bagitahu aku" pamit Hilal. Lama Medusa diam. Hilal mengeluh berat sakit dia melihat wanita kesayangannya ini asyik berdiam sahaja. Baru sahaja dia mahu pergi pergelangan tangannya ditangkap oleh Medusa. Terkejut Hilal terus Medusa melepaskan tangan Hilal. Dia memandang Hilal dengan pandangan redup.

"Janji... yang kau akan selalu ada dengan aku? Seperti apa yang kau ucapkan tadi" Ragu ragu Medusa bertanya. Hilal mengukir senyuman.

"I'm a man of my word"

Berpusu pusu tetamu datang ke majlis ini. Emir betul betul buang duit untuj majlis ini sahaja kerana dia tahu ada orang yang akan menjadi mangsanya seterusnya. Tanpa dia mengetahui dirinya sedang dibodoh bodohkan. Emir melihat tetamu yang ramaj itu membuatkan senyuman terlakar. Hari paling bahagia buatnya.

Tuan Emri pelik sudah masuk pukul 12 tengahari tetapi pengantin perempuan belum sampai untuk upacara nikah mereka. Lagi membuatkan dirinya risau apabila tetamu semakin ramai menyaksikan majlis ini. Terus dia mendapatkan anak lelakinya.

"Emir ada sesuatu berlaku?" soal Tuan Emri. Emir memandang Tuan Emri cemas. Dia sudah banyak kali menelefon Medusa tetapi satu panggilan pun tidak diangkat.

"Dia tak angkat panggilan Emir" sekali lagi Emir menelefon Medusa. Bibir digigit macam mana kalau rancangan dia musnah. Perempuan ni memang mahu makan maki gamaknya. Tuan Emri membiarkan Emir lantas isterinya dicari.

Emilia Rose yang sedang menikmati wine merah mendekati adiknya yang sedah gelisah itu. Dari tadi dia lihat keluarganya gelabah seperti ada sesuatu terjadi. Pasti tentang perempuan jalang itu.

"Apa yang terjadi?" soal Emilia. Emir merenung kakaknya tajam.

"Diam"

"Mesti perempuan jalang itu tak datang kan? aku dah agak-"

"Diamlah sial" marah Emir. Telinganya memerah akibat marah menguasai dirinya. Sudahlah Medusa buat hal sekarang ini kakaknya mula mahu cucuk jarum. Emilia mencebik langsung kakinya diorak pergi dari situ. Malas amhu melayan gila adiknya.

𝐑𝐞𝐯𝐞𝐧𝐠𝐞Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang