13

522 58 2
                                    

Hilal keluar dari bilik air sebaik habis menyucikan badan. Dia mengerut dahi melihat panggilan tidak bernama itu berdering sejak dia dalam bilik air lagi. Tidak penatkah? sengaja dia tak angkat kerana tadi bukanlah masa dia bekerja. Dia tak akan angkat panggilan kerja apabila habis dari waktu kerjanya. Hilal menyarung tshirt polo digandingkan dengan seluar track hitam pada tubuhnya. Terdengar lagi deringan panggilan tidak bernama itu kalau dikira sudah masuk lapan kali panggilan tidak bernama itu menelefonnya. Hilal tertanya tanya dirinya siapakah gerangan itu. Patutkah dia angkat panggilan itu? Hilal menggeleng kepala. Tidak dia tetap dengan prinsipnya waktu kerja, kerja manakala waktu rehat, rehat kecuali kalau hal mustahak yang dia tidak boleh elak.

Hilal membiarkan panggilan itu berdering. Dia membaringkan tubuh diatas katil empuk tersebut. Ahh lega rasanya terasa seperti duduk diatas kapas awan. Hilal berkira kira ingin memejam mata tetapi terdengar bunyi loceng rumahnya. Otot dahinya berkerut siapa yang datang pagi buta begini. Dia menenyeh mata jam diatas nightstand digapai melihat nombor yang tertera pada skrin jam tersebut. 6.30 pagi. Tidak gila?

Hilal dengan malasnya mengesot turun dari katil. Boleh tahu betapa penatnya tubuh dia sampaikan hendak jalan pun kaki tidak menjejak lantai. Dia gagahkan diri untuk berjalan turun melihat gerangan siapa yang datang pagi buta begini. Hilal tanpa ragu ragu membuka pintu seluas yang mungkin. Tak sempat dia melihat gerangan itu pipinya sudah mendapat sebiji penumbuk sehingga terteleng wajahnya ke tepi. Berpijar pipinya apabila penumbuk itu mendarat pada pipinya.

Hilal memengang pipinya yang berpijar sakit itu. Dia mengangkat wajah memandang gerangan itu. Alangkah terkejutnya gerangan itu adalah Emir Uwais. Hilal sempat mengerling belakang Emir ada tiga orang berbadan besar serta sado duduk tegak dengan berpakaian kot hitam. Hilal mengekalkan ekspresi mukanya bersahaja tidak menunjukkan rasa takut berhadapan dengan Emir serta orang orangnya.

Emir senyum senget. Kadang rasa takut bercampur bengang jugak melihat wajah bersahaja Hilal. Makin biadap nampaknya Hilal. Betullah orang cakap terlalu percayakan anjing lama lama anjing yang makan tuan. Emir memberi isyarat pada orang orangnya untuk membelasah Hilal. Hilal yang tahu itu sedia menerima apa sahaja. Hendak kata dia tidak pandai berlawan tidak jugak malah hebat bergusti tetapi dia memilih untuk tidak berbuat apa atas sebab tertentu. Lagipun buang tenaga lawan konco konco Emir sudahlah penat kerja ditambah pulak dengan kekacauan yang dibuat oleh Emir Uwais. Tidak penatkah mereka ini?

Orang orang Emir tersenyum senget mereka mula maju ke depan mendekati Hilal yang elok bersandar pada pintu. Hilal menghela nafas. Salah seorang yang berbadan sedikit besar daripada dua orang itu maju menumbuk wajah Hilal berkali kali. Melihat rakan mereka menumbuk Hilal mereka berdua bertindak memijak perut Hilal serta menyepak tubuh Hilal berkali kali. Hilal  tidak membalas sekalipun dan hanya membiarkan. Emir tersenyum sinis melihat tubuh Hilal yang semakin lemah itu. Dia sanggup cari alamat Hilal  hanya untuk memberi pengajaran pada Hilal. Banyak duit dia taburkan untuk upah orang membelasah Hilal hanya untuk kepuasan hatinya melihat Hilal berlutut dihadapannya. 

Buk! Buk! Buk!

Hilal jatuh melutut didepan Emir. Kedua belah tangannya dipegang kejap oleh dua orang konco Emir. Wajahnya tidak serupa wajah dengan hidung mengalirkan darah tidak henti, matanya lebam kebiruan serta mulutnya sedikit koyak akibat dipijak oleh konco Emir. Emir tersenyum puas melihat Hilal jatuh melutut didepannya.

"Cukup" seru Emir kepada konconya. Dia berjalan mendekati Hilal yang hancur dibelasah oleh konconya. Dia membongkokkan sedikit badan menyamakan ketinggiannya dengan Hilal yang sedang duduk berlutut itu.

"Bangsat!" maki Emir serta mencengkam erat rambut Hilal hingga terdongak wajah Hilal memandang langit terasa bagaikan mahu tercabut kulit kepalanya. Hilal meringgis sakit dia tidak berdaya untuk membalas. Emir menyeringai seram dia suka melihat keadaan Hilal saat ini.

"Kau tahu apa salah kau?" soal Emir. Hilal sengih dia mengulum air liur sebelum diludah pada wajah Emir.

"Kau rasa manusia mana hendak mengaku salah mereka? bodoh" ujar Hilal sinis. Emir naik berang mendengar balasan Hilal terus diangkat kaki menyepak wajah Hilal sehingga terteleng jatuh menyembam asfalt yang kasar itu. Sedikit gorehan pada wajahnya akibat jatuh itu. Hilal sedikit pun tidak rasa gentar dia mengukir senyuman sinis.

"Kau lemah sama seperti dulu. Sayangnya Medusa tidak lemah seperti kau sebab tu kau berani belasah aku tetapi tidak dia. Aku jamin kau akan jatuh melutut sama seperti aku harini dihadapan Medusa nanti" Emir yang melihat itu senyuman Hilal terasa diejek. Dia berang lantas menyepak perut Hilal berkali kali. Leher Hilal dicekik kuat sehingga wajah Hilal membiru. Setelah puas baru dilepas leher Hilal kasar. Tercungap cungap Hilal mencari nafas. Dia memengang lehernya terasa perit dikerongkongnya. Konco konconya naik seram melihat kemarahan yang ditunjukkan oleh Emir Uwais. Hilal sesikit pun tidak membalas namun bibirnya tidak lekang dari senyuman. Dia tahu besar mana pangkat Emir tetapi tidak boleh kalahkan dia. Apa guna kalau belasah Emir yang bangsat ni kalau tidak memberikan apa apa manfaat. Sayangnya dia selamatkan Emir dari mangsa belasah kumpulan samseng tetapi akhirnya dia yang dibelasah. Bodoh betul!

"Kau memang sial! kau tipu aku hidup hidup fasal anak aku. Bangsat macam kau tak layak hidup. Kau tikam belakang aku semata semata betina sundal tu. Asal sedap sangat ke pantat betina sundal tu sampai kau sanggup tipu aku" sinis sahaja ucapan Emir. Hilal langsung tidak terkesan dengan apa yang diucapkan oleh Emir. Lihatlah ucapan sial itu sama dengan siapa empunya yang mengucapkan itu. Jantan tak guna seperti Emir patut tanam je perangai tak ubah syaitan. Dia paling pantang bila maruah perempuan dipijak pijak oleh jantan sial macam Emir ini.

"Kalau aku bangsat kau tak rasa kau lagi bangsat? Mungkin aku lebih baik daripada kau yang bangsat dengan kaum wanita"

"Bangsat sebangsat aku tak pernah aku letak maruah wanita dibawah tapak kaki aku. Aku bukan syaitan seperti kau yang hanya menggunakan wajah manusia untuk menutupi wajah syaitan kau sebaliknya" ujar Hilal. Emir berang wajahnya sudah merah. Hendak sahaja dia menembak Hilal tetapi fikirannya masih waras. Dia mahu melihat sejauh mana Hilal boleh lakukan dengan betina sundal itu. Medusa? dia masih berkira kira hendak menghapuskan atau tidak kerana dia takut hak anaknya pun jugak akan dihapuskan.

Emir membetulkan kot bajunya sebelum meludah air liur pada Hilal yang terbaring lemah itu sebelum pergi bersama konconya. Hilal senyum senget melihat Emir dan konconya berlalu pergi. Jantam kecut macam Emir ini hanya berani bila ada konco sahaja cuba seorang diri tak ubah seperti anak anjing kehilangan mak. Hilal yang duduk terbaring diatas asfalt tersenyum seperti orang gila.

"Tak dapat baring atas katil, atas jalan pun jadilah" sempat Hilal mengomel seorang diri. Langit kian cerah Hilal dengam susah payahnya bangun menampung dirinya masuk ke dalam rumah. Kakinya sedikit melecet akibat tergeser pada asfalt terpaksa dia berjalan terhinjut hinjut menahan sakit. 







Nah saya terlebih rajin nak update. Dont forget to vote and comment!








Ershal Sophia|20.30

𝐑𝐞𝐯𝐞𝐧𝐠𝐞Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang