6

754 63 3
                                    

Dania Atalia mengagau tangannya ke dalam beg tangan mencari kunci keretanya. Tanpa dia sedar ada kereta yang meluncur kearahnya. Tak sempat dia mengelak namun dia dapat rasakan ada satu tangan yang merangkul lengan dan tarik ke belakang. Kereta itu hilang lesap entah ke mana. Macam pelesit sahaja. Dadanya berombak laju dahinya berpeluh nyawanya hampir hilang.

Dania Atalia menoleh kearah wanita yang menyelamatkannya. Wanita itu terduduk dia menepis batu kecil di lengannya dan ada sedikit kesan tergoreh pada lengan wanita itu. Dania Atalia menghulurkan tangan membantu wanita itu bangun.

"Terima kasih" ucap Atalia serba salah. Salah dia tidak melihat kiri kanan sebelum melintas mujur ada hamba Tuhan yang baik hati kalau tidak entah apa yang akan terjadi padanya.

"No problem" kata wanita itu. Dania Atalia bermain jarinya. Resah.

"Awak okey? nak saya bawak ke klinik?" soal Atalia gelisah. Memang luka itu tidaklah teruk tetapi mungkin dengan ini dia boleh membalas jasa baik wanita ini. Wanita itu menggeleng kepala menandakan tidak mengapa.

"Saya Atalia dan awak-"

"Medusa" balas Medusa senada. Dania Atalia mengangguk kepalanya.

"Betul ni awak tak mahu pergi ke hospital? atau awak tunggu disini saya pergi beli plaster untuk awak" kata Atalia. Medusa senyum menggelangkan kepala.

"No need. Luka sikit je nanti I letak minyak okeylah tu lagipun I dah lambat jumpa client. I gotta go" balas Medusa. Baru sahaja Medusa mahu pergi tangan Atalia menghalangnya. Medusa mengangkat keningnya.

"Terima kasih sekali lagi. Saya mintak maaf sebab susahkan awak" ujar Atalia.

"Most welcome" seusai membalas terus dia berlalu pergi. Dania Atalia melihat wanita itu pergi. Dia asyik melihat wanita itu hingga kelibat wanitu itu hilang dari pandangannya. Dania Atalia menepuk dahi hampir terlupa dia tentang temu janji dia dengan tunangnya, Emir Uwais.

Terus dia berlari kearah keretanya sebelum itu dia pastikan tiada kereta yang lalu lalang. Tidak mahu pisang berbuah dua kali. Atalia mengeluarkan kunci kereta lantas membolos diri ke dalam kereta.

Emir Uwais melihat jam tangan beberapa kali. Sudah masuk kali ke-4 dia melihat jam. Pelik dia dengan Dania Atalia yang selalunya menepati masa tiba tiba lewat. Emir menggaru dahinya menyandar badannya pada kusyen kereta. Kalau tidak dia yang pergi menjemput tunangnya tetapi Dania Atalia mengatakan tidak mengapa dia ada hal diluar alang alang nanti dia pergi sahaja pada Emir. Emir mengeluh sudah masuk dua jam keretanya tersadai didepan kafe milik Atalia. Katanya mahu berjumpa didepan kafe miliknya.

Telefon pintar dicapai untuk  menelefon tunangnya. Baru sahaja ingin menelefon tingkapnya diketuk. Emir menoleh melihat gerangan yang mnegetuk itu ternyata tunangnya. Emir membuka picu kereta terus Atalia membolos dirinya. Emir mengambil tisu memgelap dahi Atalia yang sedikit berpeluh itu. Atalia tersenyum dia membetulkan rambutnya yang sedikit serabai akibat tergesa gesa ke sini.

"You masuk pertandingan marathon ke apa sampai berpeluh bagai ni" Emir menggelengkan kepala melihat Dania Atalia senyum menayang barisan gigi putihnya.

"Sorry..." ujar Atalia memuncung mulutnya. Emir tergelak dia mengusap perlahan kepala Atalia.

"It's okay. Okey sekarang you nak pergi makan dulu atau beli barang?" soal Emir. Atalia mengetuk jari seperti sedang berfikir.

"Makan! lepastu baru beli barang" Atalia menayang barisan giginya. Emir menggeleng kepala beberapa kali. Makanan tidak boleh dipisahkan kalau dengan Dania Atalia. Makanan nombor satu katanya walau apa pun keadaan.

𝐑𝐞𝐯𝐞𝐧𝐠𝐞Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang