16

477 55 5
                                    

Dania Atalia memandang lama sampul koko itu. Hatinya mengeluh berat saat membuka sampul yang baru diterima itu. Terdapat beberapa gambar Emir Uwais bersama wanita lain. Ada juga gambar yang tidak senonoh juga dia terima. Gambar Emir Uwais bercium berpelukan dengan wanita di kelab malam. Namun dia menghiraukan dan tidak hairan kerana sudah banyak kali dia mendapat gambar tunangnya dengan wanita lain. Ini masuk kali ke lima dia dapat sampul berisi gambar seperti ini. Kadang dia tertanya tanya pada dirinya adalah dia perlu percaya atau tidak?. Dania Atalia mencebik buang masa dia ambil kisah tentang ni lagipun dia pun tidak kurangnya.

"Sayang" laung Erman Haiden. Kekasih gelap Atalia. Atalia cepat celatmenyimpan kembali gambar itu dalam sampul kemudian mencampak ke dalam kotak tepi almari bajunya.

"Kejap!" laung Atalia dari dalam bilik. Dia meneliti tubuhnya yang tersarung dress ropol ropol paras lutut dikenakan dengan jaket denim. Tanpa buang masa dia melangkah keluar dari bilik.

Erman Haiden yang sedang bersandar di kereta itu tersenyum apabila melihat kekasihnya.

"Cantiknya sayang I ni" puji Erman Haiden. Atalia mencebik mulut manis sebab tu dia jatuh cinta dengan Erman Haiden. Atalia dan Erman membolos diri masuk ke dalam kereta milik Erman.

"You nak pergi mana dulu?" tanya Erman sambil memandu.

"I nak pergi ambil kain dekat kawan I dulu baru kita pergi dating" ujar Atalia sambil sengih. Erman Haiden menggeleng kepala tangannya naik mengusap lembut kepala Atalia.

Seusai sahaja urusan Atalia dengan rakannya mereka berdua menuju ke restoran mewah. Sewaktu menuju ke restoran mewah itu Erman Haiden perasan akan kereta BMW hitam mengikuti kereta mereka dari tadi. Namun Erman menghiraukan mungkin sama haluan Erman cuba bersangka baik. Baru sahaja kereta milik Erman ingin membelok kereta BMW hitam itu berhenti di depan keretanya. Kereta Erman berhenti secara mengejut membuatkan dahi Atalia terhantuk pada beg udara. Erman sempat menahan dirinya dari terhantuk di stereng kereta.

"Sayang are you okay?" tanya Erman cemas. Dia memengang wajah Atalia sambil tangan kirinya mengusap perlahan dahi Atalia yang sedikit merah akibat terhantuk.

"Tak apa I okay. Sakit sikit je ni" balas Atalia mengukir senyuman. Erman memandang kereta BMW hitam itu tidak puas hati. Lantas kaki keluar dari kereta menuju ke kereta BMW hitam. Tingkap BMW hitam itu diketuk. Pemilik kereta itu tidak menurunkan tingkap malah keluar dari kereta tersebut.

"Hei tak reti bawak kereta ke?" ujar Erman bersua muka dengan pemilik kereta itu. Namun bukan jawapan yang dia dapat malah tumbukan yang dia dapat. 

Buk! Buk! Buk!

Tiga kali tumbukan dilayangkan pada wajah kacak Erman Haiden. Tersungkur ke belakang tubuh Erman Haiden. Emir Uwais menyeringai sinis. Lembik! lelaki seperti apa yang kau sangkut ni Dania Atalia, gumam Emir. Emir Uwais menyepak tubuh Erman saat lelaki otu mahu bangkit. Dania Atalia yabg didalam kereta sudah pucat melihat kekasihnya teruk dibelasah oleh Emir. Tanpa buang masa Atalia keluar mendapatkan kekasihnya.

"Hei Emir! You dah gila ke apa?" marah Atalia. Dia membantu Erman Haiden bangkit.

"Erman are you okay?" tanya Atalia pada Erman. Erman meringgis sakit pada bibirnya sambil mengangguk.  Emir meringgis menyampah dia melihat dua pasangan ini buat drama.

"Memang aku gila!"

"Sebab kau aku jadi gila Atalia!" jerit Emir sambil ketawa. Dia sekarang bagaikan psiko.

"Heh! Tak sangka perempuan macam kau ni nampak mahal ternyata murah dari pelacur. Hei Atalia! kau jangan murah sangatlah" ejek Emir. Atalia merenung tajam Emir.

"Kalau I murah you apa kurangnya sama sahaja murah malah raja syaitan segala syaitan. You jangan ingat I tak tahu yang belakang I macam macam jenis perempuan you bawak keluar masuk rumah you. You bertunang dengan I pun sebab harta jelah. You memang jantan tak guna pernah I jumpa! Tak payah acah macam you suci sangatlah!" bidas Atalia. Emir menyeringai memandang wajah bersih Atalia. Tapi takdelah bersih sangat pun. 

"Memang aku tunang dengan kau sebab harta kalau sebab kau memang taklah aku hamak! sebab apa? sebab kau murah jual badan sana sini macam sial!" Sumpah saat ini nak sahaja Atalia hempuk beg mahal dia di kepala Emir. Bercakap seperti lelaki tak guna. Oh dia lupa Emir Uwais memang tak guna!

Emir Uwais berjalan mendekati Dania Atalia. Ditundukan sedikit tubuh menyamakan ketinggiannya dengan Atalia.

"Hei Atalia! dengar sini kalau aku tak dapat kau jantan lembik ni pun tak akan dapat kau. Ingat!" bisik Emir di telinga Atalia sebelum berlalu masuk ke dalam keretanya. Atalia mendengus kasar sambil memandang tajam kereta BMW hitam Emir memecut pergi dari situ. Setelah itu Atalia memapah tubuh Erman pergi ke kereta. Agak teruk juga penangan Emir berikan pada kekasihnya. Bila diingatkan perangai Emir tadi dia merasakan memilih Emir sebagai tunangnya memang salah. Nasiblah mereka belum kahwin entah entah bila dah kahwin teruk dia kena. Atalia menggeleng kepala.






Cer komen sikit... nak tahu gak best ke tak cerita ni. Thank you sudi baca!









Ershal Sophia|05.51

𝐑𝐞𝐯𝐞𝐧𝐠𝐞Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang