10

665 55 3
                                    

Medusa mengeliat kecil. Matanya hampir terkeluar akibat menghadap laptop selama enam jam berhenti pun hanya untuk minum kopi mengelak dari terlelap. Tak sempat dia lihat mesej yang dihantar oleh pembantu peribadinya, Hilal. Medusa mencapai telefon pintar sebelah laptop lalu dileret menekan aplikasi mesej. Dia menekan mesej Hilal.

Medusa mengerut dahi. Dia menekan gambar yang dihantar oleh Hilal. Tak cukup dengan itu dia zoom gambar itu sebesar besar skrin telefonnya. Medusa meringis. Macam pernah nampak perempuan ni tapi kat mana eh?

Medusa membelek lagi gambar itu. Seketika baru dia ingat perempuan didalam gambar inilah yang pernah tolak dia 12 tahun dahulu. Emilia Rose.

Flashback

"Ini ke perempuan jalang yang perangkap adik aku?" tanya Emilia sinis. Dia menolak bahu Medusa. Medusa menunduk perasaannya saat ini hanya satu iaitu takut. Ramai mata mata yang memandang mereka. Suara suara sinis mula kedengaran di pendengaran Medusa. Emilia tersenyum sinis. Dia suka keadaan begini.

"Nama kau apa? Ershal Sophia. Kolot macam tuannya" terlepas ketawa rakan Emilia. Emilia pun tidak ketimggalan mengetawakan perempuan didepannya ini.

"Kau nak tahu tak kau tak layak langsung dengan adik aku. Kau tu dahlah hodoh ada hati nak kat adik aku. Ehh kau sedarlah diri sikit kau tu hodoh, bodoh" cela Emilia sambil menunjal kepala Medusa. Medusa mencebik bibir ingin menangis. Sudahlah dihadapan orang ramai. Semestinya orang kenal silap haribulan dia jadi bahan gelakan orang.

"Kau kenapa diam? Malu? sebab mengatal sampai mengandung" Medusa mengengam erat hujung bajunya. Dia mengangkat wajah berani bersua muka dengan Emilia.

"Adik awak lagi patut malu sebab dah mengandungkan anak orang lepastu tak pandai tanggung-"

Pang!

Satu tamparan Emilia mengenai pipi mulus milik Medusa. Dada Emilia berombak laju. Sakit hatinya mendengar ucapan yang keluar dari mulut gadis kolot ini. Medusa memengang pipinya yang terasa pijar. Emilia Rose maju kedepan lalu menarik rambut Medusa. Medusa menjerit meminta dilepaskan malah konco Emilia memengang erat tangannya. salah seorang konco Emilia merampas beg galasnya lalu membaling sehingga terkeluar isi didalamnya. Medusa tidak berhenti menangis meminta dilepaskan.

Emilia menarik rambut Medusa sehingga dia terdongak keatas.

"Hanna ambil minyak aku nak tuang kat muka hodoh budak tak sedar diri ni" kata Emilia. Hannah mengangguk lalu mengeluarkan minyak petrol dari begnya lantas dihulurkan kepada Emilia. Emilia menyambut lalu menuangkan tanpa rasa bersalah. Sudah pasti mereka sudah merancang untuk membulinya sampai minyak petrol dibawa. Emilia ketawa mengejek melihat wajah Medusa yang penuh dengan minyak petrol baunya sangat menusuk sehinggakan Medusa hampir hilang nafas. Tercunggap cunggap dia mencari nafas.

Emilia melepas rambut Medusa kasar. Badan Medusa rebah ke lantai dia menangis mengenang nasibnya harini. Emilia dan konconya seronok mengelakkannya.

"Berani kau malukan adik aku. Eh sedarlah diri kau tu sudahlah miskin, hodoh, bodoh. Kau ingat kau perangkap adik aku dengan cakap mengandung kau boleh kahwin dengan dia. Tak sayang, kau perempuan murah tak layak untuk adik aku. Miskin! ada hati nak pada orang kaya" seusai berkata begitu Emilia Rose dan konconya pergi dari situ.

End flashback

Medusa mengengam erat telefon pintar itu. Bibirnya bergetar kuat memaki sesuatu. Peristiwa itu membuatkan dirinya dihurung rasa trauma yang memberi impak besar dalam dirinya. Satu satu peristiwa yang dia tak akan  dia lupakan. Medusa meraup rambut ke belakang. Dia cuba menenangkan diri dari berbuat apa apa.

Medusa menaip diatas papan ketik itu. Selepas itu dia mencapai beg tangan lalu keluar dari pejabatnya. Jam sudah menginjak pukul lapan malam. Medusa membolos diri dalam kereta lalu tangannya lincah mengawal stereng keluar dari situ.

Medusa memarkir keretanya di tempat parkir. Dia masuk ke dalam restoran yang dipilihnya untuk berjumpa dengan Hilal. Ternampak susuk tu uh Hilal yang mengangkat tangan kearah dia. Medusa berjalan kearah Hilal lalu kerusi ditarik dan melabuhkan punggung. Hilal meletak satu fail putih diatas meja dan menolak ke depan Medusa.

Medusa mengambil lalu dibuka fail tersebut. Dia membuka sesaat dia menyimpan kembali keratan kertas itu. Hilal mengangkat kening. Medusa meringgis perlahan.

"Thanks. Sorry menyusahkan kau malam malam" kata Medusa. Walaupun dia tahu Hilal ialah pembantu dia tetapi dia bukanlah kejam sangat. Sudah malam semestinya menganggu orang berehat wajarlah dia patut meminta maaf.

"Tak apa. Aku balik dulu" pamit Hilal. Dia menunduk sedikit badan dan berlalu.

Medusa menyandar badannya ke kerusi. Kepalanya cukup serabut harini. Ditambah melihat wajah perempuan jalang bertambah tambah serabut dia. Wajah Emilia Rose masih segar dalam ingatannya. Seluruh keluarga itu sudah membuat hidupnya musnah. Hampir sahaja dia bunuh diri disebabkan mereka. Dia janji akan balas setiap perbuatan mereka.














Ershal Sophia|20.15

𝐑𝐞𝐯𝐞𝐧𝐠𝐞Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang