17

536 52 8
                                    

Emir tekad untuk mengambil anaknya dari hak pengangan Medusa. Dia menunggu dihadapan tadika anaknya. Ketika bunyi loceng menandakan waktu sekolah sudah tamat terus Emir kekuar dari kereta menerpa kearah kanak kanak yang sedang berebut keluar untuk bermain sambil menunggu ibu bapa mereka datang ambil dengan pantauan cikgu tadika.

Cikgu Zetty mengerut dahi. Siapakah lelaki itu? tidak pernah dia nampak. Lantas Cikgu Zetty mendekati lelaki yang menunggu di luar pagar tadika itu.

"Encik cari siapa ya?" tanya Cikgu Zetty. Emir Uwais menghadiahkan senyuman pada wanita tua itu.

"Saya ayah Arshal Raess-"

"Ohh yeke maaflah harini dia tak datang. Encik tak tahu ke?" tanya Zetty. Sengaja dia tipu hal Raess pada lelaki dihadapannya padahal Raess datang sahaja sekolah cuma dia tertidur di dalam tadika. Zetty merasakan aneh terhadap lelaki ni. Setahu dia Raess tiada ayah. Emir mati kata. Tak tahu hendak jawab apa.

Medusa memarkir keretanya dan keluar. Dia sebenarnya sudab terlewat mengambil Raess di tadika kerana ada hal mustahak yang dia perlu buat tadi. Medusa mengecilkan mata melihat susuk tubuh lelaki yang berada di luar pagar tadika itu. Susuk itu macam dia kenal seperti Emir Uwais. Medusa pelik apa yang dibualkan Cikgu Zetty dengan lelaki itu.

Cikgu Zetty ternampak susuk tubuh Medusa jalan kearahnya. Dia mengukir senyuman tipis.

Alangkah terkejutnya Emir melihat tubuh Medusa disebelahnya.

"I tak tahu pulak you ada anak tadika dekat sini" perli Medusa. Emir di sebelah sudah panas hati.

"Sekejap ye Cik Medusa saya panggilkan Raess" beritahu Cikgu Zetty. Emir mengerutkan dahi mendengar ucapan Zetty.

"Kalau you nak ambil hak anak jangan bermimpilah. You tak akan dapat dan memang bukan berpihak pada you. You rasa kalau I buka kisah dahulu di mahkamah hak anak akan menjadi milik you ke? Tak akan jadi jangan bermimpi di siang hari Encik Emir Uwais" ujar Medusa tidak peduli riak wajah yang terhias di wajah Emir. Dia perlu ajar orang seperti Emir Uwais.

Terlihat Raess yang berjalan kearahnya cepat cepat Medusa mengubah riak wajahnya menjadi neutral. Tidak mahu anaknya mengesyaki sesuatu.

"Ni barangnya Cik Medusa" kata Cikgu Zetty. Medusa senyum tangannya memimpin tangan kecil Raess. Baru sahaja ingin pergi Emir menahan bahunya. Medusa menoleh kening dijongketkan.

"Please kita kahwin. I janji I akan berubah. I know Arshal pun perlukan kasih sayang ayah kandung. Dia perlukan I, Medusa" rayu Emir. Medusa meringgis. Menyampah mendengar drama hipokrit yang dilakonkan oleh Emir Uwais.

"Tak perlu. I tak perlu sampah masyarakat seperti you untuk jadi ayah kepada anak I. Dan anak I tak perlukan sampah masyarakat macam you untuk jadi ayah dia. Hadam ayat tu" bidas Medusa kasar nadanya. Arshal Raess menjeling lelaki dihadapannya ini. Bukan dia tak kenal lelaki ini. Malah terlebih kenal lelaki inilah yang membuang ibunya serta dia semasa dalam kandungan. Dia dengar semuanya apa yang diperkatakan oleh Medusa. Sakit hatinya melihat ibunya terpaksa menangung sakit yang diberikan oleh lelaki ini. Hampir setiap malam Medusa akan menangis dalam tidurnya atau mimpi buruk hal tujuh tahun lalu.

Emir mengetap bibir menahan malu. Malu dihadapan anak kecil. Dia melihat sahaja kelibat Medusa dan anak kecil itu masuk ke dalam kereta. Emir meringgis menahan marah. Ditenung tajam Cikgu Zetty sebelum melangkah pergi dari situ. Cikgu Zetty menjeling lelaki itu. Muka macam penagih dadah!

Melihat rata rata manusia menari serta ada yang berpelukan cium tidak sedar diri. Tempat yang bingit itu menjadi pilihan anak muda untuk bersuka ria dan melupakan hal yang buruk bagi mereka. Sama juga hal dengan Emir Uwais yang datang ke sini untuk menenangkan dirinya. Emir Uwais mengusutkan kepalanya. Berbotol botol arak diteguk rakus. Fikirannya serabut saat ini.

Teringat akan ucapan Medusa tadi membuatkan darah dia mecanak naik. Medusa memalukan dirinya dihadapan anak kandungnya. Sungguh dia rasa mahu menembak wanita tidak sedar diri itu.  Terasa maruahnya dipijak pijak oleh seorang wanita.

Nampaknya dia perlu merampas hak anaknya secepat mungkin. Dia tak boleh biarkan perempuan sundal itu mengambil hak yang sepatutnya miliknya. Bibir Emir mengukir senyuman. Senyuman yang menakutkan. Botol terakhir diteguk langsung kakinya mengorak keluar dari kelab malam itu.

Emir Uwais mengetuk kuat pintu rumah Atalia. Dia bersandar mabuk di pintu rumah sambil mengumam sesuatu. Atalia didalam mendengus geram siapalah yang datang ke rumahnya malam malam buta seperti ni. Hendak kata Erman lelaki itu pergi luar negeri atas sesuatu urusan. Dania Atalia membuka pintu alangkah yerkejutnya dia nampak Emir yang sedang mabuk tubuh lelaki itu bau kuat arak. Atalia menutup lubang hidungnya dengan dua jari.

"Emir? ark--" Emir Uwais senyum senget lantas leher Atalia menjadi sasarannya. Dicekik kuat leher wanita itu sehingga tersekat sekat ruang pernafasan Atalia. Ditolak tubuh langsing Atalia sehingga terhentak pada dinding. Atalia meringgis sakit tulang belakangnya terhentak pada dinding. Habis wajah wanita itu memerah akibat dicekik.

"Le-pas s-akit" Tangan Atalia menampar nampar tangan Emir meminta untuk melepas. Tetapi Emir menekan kuat lehernya. Membiru lekas bekas dilehernya.

"Kau ingat aku nak lepas kau macam tu? kau segalanya bagi aku. Kalau tiada kau macam mana aku nak hidup dan macam mana syarikat aku nak hidup. Malam ni aku akan jadikan kau hak aku selamanya..." ujar Emir tidak betul. Nafsu mengawal dirinya saat ini. Syaitan menpengaruhi fikirannya. Atalia menangis meminta untuk dilepaskan namun Emir mencampak dirinya kasar diatas sofa lantas mengoyak kasar dress tidurnya sehingga mendedahkan separuh tubuhnya. Atalia tidak henti henti menangis meminta untuk dilepaskan.

"Emir tolong jangan buat I macam ni. I janji I janji akan bagi semua harta I tapi tolonglah jangan buat I macam ni. I merayu sangat Emir" rayu Atalia separuh mati. Tangan disatukan sambil merayu didepan Emir yang sedang menyetan saat ini.

"Aku tahu kau akan merayu macam ni. Tapi apa salahnya kau bagi aku rasa lagipun kau dengan kekasih gelap kau bukan pernah buat ke?" ujar Emir sambil menyeringai setan. Atalia menangis badannya bergetar takut. Dia mengaku memang dia dengan Erman pernah tidur sekali tetapi tidaklah bersetubuh begini.

Emir meragut leher Atalia kasar rambut Atalia dicengkam kuat sehingga tertarik kulit rambut Atalia. Dania Atalia meraung kuat saat bibir kasar Emir menyentuh kulitnya. Jijik saat ini dia rasakan. Disentuh tanpa rela. Dia pasrah dengan kehidupan dia selepas ini. Meraung, merayu, melutut benda ini sia sia kalau berhadapan dengan raja syaitan.






Any comment for Emir?







Ershal Sophia|05.34

𝐑𝐞𝐯𝐞𝐧𝐠𝐞Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang