14

587 58 2
                                    

Medusa merenggus kasar. Sudah masuk lima kali dia menelefon Hilal namun satu pun tidak diangkat. Kemana perginya Hilal? hatinya mula resah. Sebelum ini Hilal langsung tidak pernah mengabaikan panggilan dia tetapi harini sudah banyak kali dia menelefon tak diangkat. Ada sesuatu terjadi ke? Pelbagai soalan bermain difikirannya. Medusa tidak betah diam lantas mencapai beg tangan serta kunci kereta lalu kaki panjangnya mengorak langkah kearah kereta yang berada di pekarangan rumahnya. Medusa membolos dirinya ke dalam kereta tanpa menunggu lagi dia menekan kuat minyak memecut keluar dari situ menuju ke rumah Hilal.

Dalam perjalanan sempat lagi Medusa menelefon Hilal namun hasilnya sama panggilannya tidak diangkat sama sekali. Pelik bukan?  Hatinya mula memberontak mengatakan ada sesuatu terjadi. Dia menekan minyak sekuat hati  memotong semua kereta yang berada di jalan raya itu. Langsung tangannya lincah mengawal stereng kereta.

Medusa memberhentikan keretanya di depan pekarangan rumah Hilal. Dia melihat kawasan terletaknya rumah Hilal. Rumah banglo keluasaannya kira kira satu ekar dan jarak antara rumah lain agak jauh mungkin kalau jerit jiran sebelah sana dengar tak dengar saja. Medusa memandang ke kiri ada sedikit kawasan hutan tetapi bukanlah hutan belantara hanya hutan sekadar pokok getah sahaja. Kaki Medusa melangkah masuk ke dalam pekarangan rumah Hilal. Dia menekan loceng sekali sekala matanya melilau melihat halaman rumah Hilal. Ini kali pertama dia jejak ke rumah Hilal kerana sebelum ini mereka hanyalah berurusan dalam telefon. Dia tahu alamat Hilal pun disebabkan Maria yang menyiasat tentang Hilal. Kalau dia? tiada masa nak siasat benda remeh begini buang masa.

Medusa mengetap bibir. Dia menatap tubuh Hilal yang separuh bogel itu hanya berseluar sahaja. Baru pertama kali datang ke rumah Hilal sudah mendapat tanyagan percuma. Agaknya kalau tiap hari? Medusa menggelengkan kepala yang penuh dengan fikiran kotor. Hilal mengerut dahi melihat telatah Medusa.

"Macam mana kau tahu rumah aku?" soal Hilal bingung. Agak terkejut dia apabila melihat Medusa terpacak didepan pintu rumahnya. Tidak pernah pulak dia beritahu Medusa tentang ini. Medusa mati kata hanya mampu mengosok tengkuknya. Takkanlah dia nak cakap Maria yang siasat itu sangat mustahil.

Medusa perasan ada bekas lebam pada wajah serta tubuh hilal. Terlihat seperti lebam kena pukul bukanlah lebam jatuh. Matanya terarah pada wajah hilal. Bibir Hilal sedikit koyak mungkin kesan sepakan atau pijak. Mata Hilal pulak seperti ditumbuk atau disepak kerana biji matanya merah dan bawah matanya berwarna ungu kebiruan. Cara dia membuat spekulasi seperti dia seorang yang pro tentang bab sebegini.  Medusa meringis seram dia melihat keadaan Hilal saat ini. Hilal pelik melihat Medusa hanya diam.

"Are you okay Medusa?" soal Hilal lembut. Risau pulak dia melihat Medusa hanya diam. Medusa sedar dari lamunannya.

"I'm okay. Siapa yang buat you ni?" soal Meduaa kembali. Hilal mengabaikan persoalan Medusa dan memberi laluan untuk Medusa masuk. Medusa melihat Hilal yang berjalan terhinjut hinjut lantas memapah bahu Hilal mendekati sofa. Pada mulanya Hilal agak kaget tetapi memandangkan situasinya agak memerlukan pertolongan dia diamkan sahaja.

"Duduk sini. Mana peti ubat you?" Hilal menunjuk kearah almari putih yang terletak di hujung sudut ruang tamu. Medusa mengangguk lalu mendapatkan peti itu. Dia kembali ke sofa. Alatan yang diperlukan dikeluarkan.

"Tahan kejap ubat ni pedih sikit" pesan Medusa. Hilal mengeluh namun diangguk jugak. Hilal ralit melihat wajah Medusa yang tekun meletak ubat ditempat lebam serta luka itu. Sekali sekala dia meringis sakit apabila cecair ubat itu mengena lukanya. Medusa mencapai bandage lalu dibalutkan pada bahu Hilal serta plaster pada dahi Hilal.

"Done" Hilal senyum melihat Medusa. Medusa pelik melihat Hilal yang dari tadi asyik merenungnya.

"Kenapa? terharu sangat ke I sapu ubat kat you" usik Medusa membuatkan gelak Hilal tercetus.

"Pandai jugak kau bezakan antiseptik dengan antibiotik" Medusa menjeling Hilal. Apa fikir dia bodoh sangat ke tak pandai bezakan dua cecair itu. Segala ubat dan alatan itu disimpan kembali didalam peti ubat. Sisa kapas kotor itu dibalut bersama tisu lalu dicampak ke dalam tong sampah. Medusa mengalihkan bantal untuk melabuhkan punggung di kerusi kayu jati.

"You tak bagitahu lagi siapa yang buat you sampai teruk macam ni? jangan tipu" Hilal menghela nafas berat. Medusa menyilang tangan ke dada menunggu jawapan dari Hilal.

"Kalau kau tahu kau nak buat apa?" soal Hilal. Bukan dia tak nak bagitahu tetapi sekali Medusa tahu memang pecah kepala si Emir tu bukan dia tak tahu baran Medusa ni bukan biasa biasa punya baran. Medusa merenung Hilal tajam.

"Mungkin hantar dia ke neraka" balas Medusa selamba sambik meniup kukunya. Hilal ketawa kecil. Itu jelah yang kau tahu Medusa. 

"Emir" ternaik kening Medusa.

"Emir Uwais" ulang Medusa meminta kepastian. Hilal tak teragak agak mahu mengangguk. Diri Medusa mula dikuasai amarah. Pantang betul mendengar nama Emir Uwais membuatkan hatinya mula memanas. Matanya mulai penuh degan kemarahan Medusa kian gelap tangannya mengengam erat penumbuknya.  What the hell you doing Emir Uwais. Nampaknya Emir mula menunjuk belangnya nak tak nak dia perlu memulakan langkah keduanya.

Hilal sudah dapat agak apa yang terjadi apabila dia memberitahu tentang ini lantas memengang bahu Medusa lalu menghadapnya.

"Tenang, tenang Medusa. Jangan biar benda ni buat kau hilang pertimbangan ikut apa yang aku pesan. Tenang jangan biar orang tahu titik kelemahan kau. Tarik nafas dan hembus perlahan cari kelemahan mereka bukan kelemahan kau. Okey?" ujar Hilal lembut menenangkan Medusa yang berada diambang kemarahan. Medusa memejam mata sekejap menghilangkan kemarahan yang membuak dalam dirinya.

"Kau tahukan diri kau berharga sangat jangan biarkan orang pijak kau. Jangan sesekali biar orang hancurkan kehidupan kau. Ingat kawal diri kau jangan biar nafsu yang mengawal diri kau" Medusa diam cuba untuk mengawal dirinya. Hilal senyum bila dia dekat dengan Medusa lama lama dia faham dengan diri Medusa.

"Arshal macam mana?" tanya Hilal cuba mengalihkan topik. Medusa mengeluh berat.

"Masih demam tapi beransur pulih"

Hilal mengangguk. Sesaat baru teringat akan satu fail yang hendak dia beri pada Medusa. Dia cuba gagahkan diri bangun untuk mengambil fail itu. Medusa pantas menghalang.

"You nak pergi mana?"

"Ambil fail"

"Biar I ambilkan"

"No problem aku anak jantan tak nazak lagi masih kuat untuk buat dosa" ujar Hilal seiring dengan ketawa. Medusa menjeling membiarkan Hilal pergi. Anak jantan katakan. Puih! tengah nazak pun masih berfikir nak buat dosa.

Medusa menyilang kaki. Dia melilau mata melihat ruang tamu rumah Hilal. Agak old fashion. Rak buku kayu jati. Boleh dikatakan banyak perabot dalam rumah ini diperbuat dari kayu jati. Medusa mencebik melihat gambar yang terletak elok dalam bingkai gambar itu. Seorang jejaka tersenyum gembira memakai baju graduasi. Dia yang mengambil gambar itu semasa mereka graduasi. Selepas peristiwa hitam itu menghantui dirinya Hilal yang datang menolongnya. Tak sangka dia masih mempercayai lelaki saat itu. Hilal Arshen satu satunya lelaki yang dia percayai.

"Tengah mengimbau masa lalu ke?" tegur Hilal kepada Medusa yang ralit melihat gambar diatas rak buku itu. Dia menghulur fail kepada Medusa. Medusa sedar lantas berdehem sebelum menyambut fail itu.

"Semua yang kau nak ada dalam ni. Apa apa nanti bagitahu aku" Medusa mengangguk.

"I pergi dulu" pamit Medusa. Hilal mengangguk dia menghantar Medusa hingga ke pintu rumah. Sebaik sahaja kelibat Medusa hikang dari pandangannya dia lantas mengunci pintu. Hilal berjalan duduk diatas kerusi kayu jati itu. Dia merenung gambar diatas tak buku itu. Ershal Sophia. Gadis malang yang terperangkap dalam kandang syaitan. Medusa. Wanita yang berkuasa untuk menghancurkan sesiapa sahaja.









Maaf kalau makin bosan. Dont forget to vote and comment.









Ershal Sophia|19.23 

𝐑𝐞𝐯𝐞𝐧𝐠𝐞Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang