Malam dingin yang diselaputi kabus tebal di Parc Mon Rapos terasa sampai ke susuk tulang Fakhrul yang sedang berdiri memerhatikan kegelapan Tasik Lac Leman. Walaupun dia berpakaian trench coat bersesuaian dengan iklim sejuk negara itu, tetapi disebabkan badannya yang sudah bertahun serasi dengan cuaca panas tropika tanah air, suhu malam yang hanya mencecah 10ºC itu sudah cukup membuat tulangnya menggigil.
Isterinya Serina telah ditinggalkan tidur nyenyak di bilik suite President Hotel yang telah ditempah oleh mereka, setelah Fakhrul selesai menjalankan tugas seorang suami membayar nafkah batin kepadanya sebentar tadi. Keluar tanpa pengetahuan isterinya, Fakhrul berjalan seorang diri di Parc Mon Rapos yang terletak tidak jauh dari hotel lima bintang itu.
ʻʻJauh termenungʼʼ tiba-tiba ada suara menegurnya dari belakang.
Fakhrul kenal sangat suara itu. Dia hanya tersenyum sendirian tanpa menoleh ke arah si pemilik suara. Pandangannya masih jauh melihat ke arah tasik yang gelap diselaputi kabus di atas permukaannya.
ʻʻBila kau sampai?ʼʼ tanya Fakhrul kepada lelaki yang kini sudah berada di sebelahnya.
ʻʻBaru sampai petang tadi. Awek aku ada meeting dekat Somerset pasal projek company dia. Aku ambik Ryanair dari London siang tadiʼʼ kata Zulkifli sambil menghulurkan Fakhrul kopi panas Mokafe yang telah dibeli dua sebelum datang bertemu dengan Timbalan Pendakwa Raya yang menunggunya pada malam yang dingin itu.
ʻʻThanks, bro. This is what I really need right now!ʼʼ balas Fakhrul sambil mengambil cawan kertas yang dihulurkan kepadanya.
Mereka berdua menghirup kopi panas masing-masing sambil wap hangat dihembus keluar dari nafas.
Surrpp...! bunyi hirupan air kopi panas itu meluru masuk ke dalam mulut mereka.
ʻʻDah lama kau tunggu?ʼʼ tanya Zulkifli kepada Fakhrul.
ʻʻLama lah jugak... sampai kecut telor aku, sialʼʼ balas Fakrul.
ʻʻYouʼre not alone, broʼʼ balas Zulkifli sambil tertawa. ʻʻWe are just not made for this kind of weather!ʼʼ
Mereka berdua tergelak atas gurauan yang ringkas itu.
Fakhrul kemudian menghirup lagi kopi panasnya. Wap berasap dilepaskan dari mulut dan hidungnya lagi.
ʻʻSo, mana sleeper agent kau?ʼʼ tanya Fakhrul.
ʻʻJust wait for him to show up, bro. He will take his own time, on his own timeʼʼ balas Zulkifli.
ʻʻHarap tak lama lahʼʼ kata Fakhrul. ʻʻAku dah tak sabar nak masuk balik dalam selimut dengan bini akuʼʼ
ʻʻBila kau sampai, Rul?ʼʼ tanya Zulkifli kepada Fakhrul.
ʻʻDah dua hari. Aku ikut Serina attend Geneva Fashion Show dekat siniʼʼ balas Fakhrul sambil menghirup lagi kopi panasnya.
ʻʻBaik punya cover, broʼʼ balas Zulkifli. ʻʻBini kau kan supermodel. Tak de lah orang syak apa-apaʼʼ
Fakhrul tersengeh. ʻʻKau pun sama lah jugak. Ikut awek kan... sambil menyelam minum airʼʼ
Zulkifli tergelak.
Fakhrul menoleh ke arah inspektor itu. Baru pertama kali dia melihat muka rakannya setelah seketika berbual.
ʻʻKau dengan Linda bila nak kahwin?ʼʼ tanya Fakhrul, sekadar menyambung perbualan kosong sambil menunggu masa.
ʻʻAku dah banyak kali ajak dah, bro. Dia jer tak mahu lagiʼʼ keluh Zulkifli.
ʻʻSeriuslahʼʼ Fakhrul mengerutkan dahi. ʻʻSelalunya perempuan yang cepat sangat ajak kahwinʼʼ
YOU ARE READING
Ariana Book One: ʻʻJenayah Keghairahanʼʼ
ActionARIANA NAZIRA Seorang pegawai polis yang muda, baru sahaja ditauliahkan dengan pangkat Detektif Inspektor di Jabatan Siasatan Jenayah, Polis DiRaja Malaysia. Ikuti liku-liku pegawai jelita ini dalam menangani kes pembunuhan beliau yang pertama. Kes...