Ariana kemudian berjalan ke unit forensik pula, berjumpa dengan Doktor Badrul. Sempat berbual satu dua perkara. Badrul pun tak nampak kelibat Hashim di mana.
Kemudian ke CIC. Kader dan Zulkifli berada disitu membincangkan sesuatu. Ariana hanya mengangguk tanda hormat tidak cuba mahu mengganggu perbualan mereka.
Kemudian Ariana menuju ke kantin pula. Sama seperti sebelum ini. Pun tak ada juga nampak batang hidung Hashim.
Ke manakah agaknya menghilang lelaki ini?
Ariana mencekak pinggang dan kemudian berjalan pula menuju ke gimnasium.
Barulah Ariana nampak kelibat anggota bawahannya itu. Hashim sedang tidak berbaju, peluh memercik-mercik dari dada bidangnya, urat-urat tegang jelas kelihatan, ototnya berketak-ketak. Hashim tengah ralik mengeluarkan peluh sambil menumbuk-numbuk beg tinju yang tergantung dari atas siling.
Hashim dari jauh nampak bayangan Ariana masuk ke gimnasium itu. Tetapi dengan pantas dia mengalihkan pandangan seolah-oleh tidak mahu melihat ketuanya itu, sambil tangan masih menumbuk-numbuk beg tinju dengan ligat dan pantas.
ʻʻAbang Has. Nampak macam lepas geram jer?ʼʼ tanya Ariana, cuba berjenaka.
Hashim tidak menjawab. Tangannya masih jitu menumbuk beg tinju itu. Mungkin tidak dengar panggilan Ariana tadi. Mungkin sengaja buat-buat tak dengar.
Ariana cuba menghampiri Hashim, tetapi lelaki itu masih seperti tidak mempedulikan kehadirannya. Mungkin dia sedang ralik bersenam dan berlatih.
Mungkin dia cuba untuk mengelak dari bertembung dengan Ariana. Adakah disebabkan kejadian malam tadi menyebabkan dia bersikap demikian?
Melihat Hashim seperti tidak mengendahkannya, Ariana hanya berdiri seketika melihat lelaki itu masih ralik meninju beg panjang dihadapannya. Kemudian Ariana berjalan menuju ke almari locker-nya. Ariana duduk diatas bangku sambil membuka kasut.
Pintu almari nya dibuka. Dengan selamba sahaja Ariana membuka kemeja dan seluar panjangnya, tubuhnya hampir berbogel tidak ditutupi sebarang kain melainkan bra dan seluar dalam sahaja.
Hashim yang asyik menumbuk itu tidak dapat menghalang matanya dari melihat tubuh separa bogel Ariana dari sudut ekor matanya. Hashim hanya menelan air liur sambil tangan masih menumbuk beg tinju.
Ariana kemudiannya mengeluarkan sepasang pakaian sukan dari lockernya. Dengan pantas Ariana mengenakan sports bra yang bewarna hitam dan ketat menampakkan pusatnya dan seluar legging ketat yang menampakkan seluruh lekuk di tubuhnya. Punggungnya yang pejal dan bulat itu jelas kelihatan dari belakang.
YOU ARE READING
Ariana Book One: ʻʻJenayah Keghairahanʼʼ
AcciónARIANA NAZIRA Seorang pegawai polis yang muda, baru sahaja ditauliahkan dengan pangkat Detektif Inspektor di Jabatan Siasatan Jenayah, Polis DiRaja Malaysia. Ikuti liku-liku pegawai jelita ini dalam menangani kes pembunuhan beliau yang pertama. Kes...