Bab 22: Suami Awak Ke?

6.7K 81 12
                                    

Sejurus sahaja mendapat maklumat yang mengatakan bahawa suspek kes pembunuhan Marshila sudah berada di Perak, Ariana mengambil keputusan untuk terus bergegas ke sana untuk membuat siasatan susulan.

Pada mulanya, Hashim mahu berehat dahulu kerana perjalanan ke Gerik agak jauh, namun Ariana tidak sabar lagi untuk ke sana. Malah, sparring tinju antara mereka di gimnasium pagi tadi dihentikan serta merta. Melihat Ariana yang ghairah dengan petunjuk baru itu, Hashim akhirnya mengalah juga. Hashim tahu dirinya yang akan memandu, namun kerana Ariana, diturutkan jua kemahuan ketuannya itu.

Kes ini pun sudah lama tiada petunjuk, jadi Ariana tidak mahu kehilangan petunjuk baru ini. Ariana mendesak Hashim untuk segera bersiap, jadi mereka hanya terus menukar kembali ke pakaian asal masing-masing semula. Oleh kerana mereka berdua tidak membuat apa-apa persediaan untuk merentas negeri, maka Hashim dan Ariana tidak sempat untuk membawa apa-apa baju persalinan bersama mereka.

Hashim dan Ariana kemudian terus bergegas mendapatkan kereta Honda City milik Ariana. Mereka juga mengambil keputusan untuk tidak memandu kereta peronda, tetapi hanya menggunakan kereta persendirian.

ʻʻNi dah kalut semacam je ni, nak ke mana arah tujuan kita?ʼʼ tanya Hashim kepada Ariana sambil memasukkan koordinat pekan Gerik ke dalam GPS telefon bimbitnya yang kemudian disisipkan pada pemegang yang telah dipasang dashboard kereta itu.

ʻʻSetakat yang kita tahu, hanya pekan Gerik. On the way nanti, Ary akan online dengan Chong dan Fakhrul untuk dapatkan latest infoʼʼ balas Ariana sambil mencapai komputer ribanya dari dalam beg.

Pantang sahaja dengar nama Fakhrul, wajah Hashim terus mencuka.

ʻʻApa kena mengena dengan Fakhrul, pulak? Kan Sarjan Chong yang gather info?ʼʼ tanya Hashim, sedikit mendengus.

Ariana perasan ada sedikit nada cemburu di dalam nada Hashim itu.

ʻʻMaksud Ary... Ary just nak update dekat Fakhrul jer Ary nak pergi mana... tak nak lah dia risauʼʼ kata Ariana sambil hujung anak matanya sedikit dijeling pada Hashim.

Perlu ke nak update Fakhrul kemana awak nak pergi? Perlu ke dia nak risau-risau pasal awak? Siapa Fakhrul tu? Suami awak ke?? Keluh Hashim hanya dilepaskan di dalam hati. Tetapi Ariana dapat meneka apa yang dikeluhkan oleh Hashim itu dari raut wajah mukanya. Ariana hanya menyorokkan senyumannya.

Ariana kemudian menoleh memandang kepada Hashim, cuba untuk menukar topik dan memberi perhatian kepada lelaki itu pula. ʻʻAbang Has orang Perak kan?ʼʼ tanyanya.

Hashim cuba mengekalkan postur tenangnya sambil memandang Ariana dari sudut matanya. ʻʻSaya orang Gerik lah. Kampung Ulu Kenderongʼʼ katanya selamba.

ʻʻLaaa! Ya ke?? Ha ha ha... kebetulan ke ketentuan?ʼʼ gelak Ariana.

ʻʻRezeki awakʼʼ balas Hashim sambil mula tersenyum kembali.

Hashim kemudian memandu kereta Honda City tersebut, sambil inspektor jelita disebelahnya itu menghidupkan komputer peribadi dan berhubung dengan Unit IT. Perjalanan ke Gerik dianggarkan memakan masa lima jam melalui lebuhraya E1 utara-selatan sambil merentasi kesesakan trafik yang sentiasa sibuk pada waktu siang hari.

Sambil Hashim memandu, Ariana ralik memuat turun maklumat-maklumat terkini yang dihantar oleh Sarjan Chong dari Unit IT ke dalam komputer ribanya.

Melepasi sepertiga perjalanan, Ariana kemudian mencapai telefon bimbitnya dan membuat panggilan kepada Fakhrul.

Selepas telefon berdering beberapa kali, ianya dijawab oleh Timbalan Pendakwa Raya itu.

ʻʻHey gorgeous. Kau kat mana ni?ʼʼ tanya Fakhrul di sebalik talian.

Ariana Book One: ʻʻJenayah KeghairahanʼʼWhere stories live. Discover now