Bab 3: Sepuluh Tahun Sepi

10.4K 104 6
                                    

Zzzzzeeerrppp!!

Bunyi zip ditarik ke atas. Tubuh Marshila dibungkus dengan rapi oleh kakitangan forensik ke dalam sebuah beg mayat berwarna hitam untuk dipindahkan ke sebuah ambulans yang menunggu untuk dibawa ke koroner untuk dibedah siasat.

Petugas forensik yang lengkap memakai PPE berjalan mengusung jasad kaku di dalam beg mayat hitam itu. Beberapa polis mengiringi mereka. Bimbang jika sebarang perkara diluar kawalan berlaku.

Ratusan kelipan lampu kamera menerangi kegelapan malam apabila ianya dipetik oleh wartawan-wartawan di luar rumah tatkala mereka melihat beg mayat di atas sebuah katil beroda sedang ditolak oleh kakitangan paramedik untuk dimasukkan ke dalam van ambulans.

Tangisan dari peminat dan penyokong artis terkenal itu mengiringi kerlipan lampu-lampu kamera. Mereka sudah lama berkumpul diluar kediaman rumah Marshila sejak Maghrib tadi apabila menerima berita mengejutkan itu dari sosial media yang telah menular dengan begitu cepat sekali.

Hashim, Ariana turut mengiring pegawai forensik lain yang mengusung mayat Marshila masuk ke dalam ambulans.

Suasana mula kecoh apabila ada peminatnya yang fanatik mula hilang kawalan. Tidak percaya artis pujaan mereka telah tiada bertindak liar cuba mendekati ambulans itu. Mungkin mereka mahu melihat sendiri mayat Marshila dengan mata mereka barulah mereka percaya.

Disebabkan itu beberapa lagi pegawai yang bertugas bertindak dan cuba untuk menghalang dan mententeramkan mereka. Ada yang menangis. Ada yang meraung. Ada yang menunjukkan pelbagai emosi untuk dimuat naik secara live di paparan sosial media seperti Facebook, Instagram, Twitter dan sebagainya.

Ada juga yang bertindak mengekori ambulans tersebut tatkala ianya mula meninggalkan perkarangan rumah banglo tersebut sambil diiringi dengan dua buah kereta peronda. Peminat Marshila berhenti setelah ambulans itu meluncur laju meninggalkan mereka.

Ketiga-tiga kenderaan itu bergerak menuju ke destinasinya, lalu ghaib disebalik kepekatan malam. Wartawan dan peminat Marshila juga turut beransur beredar dari lokasi itu. Keadaan kembali menjadi tenteram.

Berpuas hati dengan operasi yang hampir selesai di tempat kejadian, Hashim dan Ariana juga bersiap sedia untuk pulang ke ibupejabat Jabatan Siasatan Jenayah (CID) di Bukit Aman.

Sepasukan kecil kakitangan forensik berserta dua pegawai polis ditugaskan untuk stay-back agar memastikan tempat kejadian dikawal dan dipagar rapi supaya apa-apa bukti yang belum dikumpulkan tidak diusik atau dipindahkan sebelum ianya direkodkan.

ʻʻAku nak balik HQ duluʼʼ kata Hashim kepada salah seorang kakitangan forensik yang masih bertugas di banglo tersebut. Hashim mencampakkan kunci kereta peronda Proton X70 kepada pegawai tadi. ʻʻKau ambik kereta aku. Aku balik dengan inspektorʼʼ

Pegawai forensik itu mengangguk sambil menangkap kunci kereta yang dicampakkan kepadanya tadi.

Hashim menoleh kepada Ariana yang raut wajahnya sudah menampakkan lelah pada penghujung hari. ʻʻReady to go?ʼʼ tanya Hashim kepada Ariana.

Ariana melihat jam Casio ʻBaby-Gʼ BSA-B100 pada tangan kirinya. Waktu dah pukul 9 malam. Ariana mengeluh sedikit sambil melihat waktu yang sudah lanjut. ʻʻYes. Jom balik. Saya pun dah lambat dah niʼʼ katanya sambil menurunkan jam tangannya.

ʻʻSaya naik kereta inspektor ya? Kereta saya budak-budak CSI tu nak guna nantiʼʼ kata Hashim.

Ariana menyelukkan kunci kereta peronda Honda Civic 1.8 dari dalam poket seluarnya dan kemudian dicampakkannya pada Hashim. Sepantas kilat tangan Hashim menangkapnya dengan kemas. ʻʻAwak drive, koperalʼʼ kata Ariana. Hashim tersenyum sambil mengangguk sekali.

Ariana Book One: ʻʻJenayah KeghairahanʼʼWhere stories live. Discover now