Bab 12: Serbuan di Kelab Malam

6K 76 8
                                    

Fakhrul tersenyum bangga sewaktu dia menurunkan tandatangan pada waran geledah yang baru dikeluarkan oleh Majistret Nur Faizah sebentar tadi. Waran untuk mengeledah premis kelab malam Play @ The Roof diserahkan kepada Ariana yang terus mengambilnya sambil mengangguk sekali kepada Fakhrul sekaligus mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Pendakwa Raya itu.

Dengan waran di dalam tangan, Ariana terus bergegas keluar dari pejabat Jabatan Peguam Negara sambil diikuti oleh Hashim, Julia, Faizal dan Jesinta dibelakangnya. Fakhrul yang sedang membetul-betulkan butang suit hitamnya juga mengekori mereka dengan pantas.

Sebuah kereta peronda polis dan sebuah kereta awam bergegas ke tempat yang dituju. Hashim memandu kereta peronda pertama yang ditumpangi oleh Ariana dan Julia. Manakala Fakhrul memandu keretanya sendiri membawa Faizal dan Jesinta bersamanya.

Dengan menggunakan siren polis, semua kenderaan-kenderaan yang berada di jalanraya terpaksa mengelak ketepi, memberikan laluan kepada dua kereta milik penguatkuasa yang bergerak laju itu memecut sambil memotong trafik kiri dan kanan.

Tidak sampai lima belas minit, mereka tiba ke First Avenue di Bandar Utama, Petaling Jaya. Lampu dan siren polis dimatikan. Kesemua enam-enam mereka bergegas masuk ke dalam First Avenue dan terus menuju ke Play Club.

Disebabkan hari masih lagi siang, pintu Play Club masih tertutup kerana kelab malam hanya dibuka pada lewat petang hari.

Hashim mengetuk kuat pintu utama Play Club dengan menggunakan penumbuk tangannya. Bertalu-talu pintu itu diketuk dan ditumbuknya.

ʻʻPolis! Bukak pintu sekarang! Kami ada waran untuk geledah tempat ini!ʼʼ kata Hashim dengan suara yang sangat lantang sekali. Dia tidak perlu menggunakan sebarang megafon untuk melontarkan suara besarnya.

Hashim mengetuk pintu itu berulang kali dan mengulangi lagi arahannya sebanyak tiga kali.

ʻʻWait... wait!!ʼʼ terdengar satu suara di sebalik pintu itu. Pintu depan Play Club itu akhirnya dibuka dari dalam. Seorang lelaki berketuruan cina berusia lewat 40an membukanya sambil mengerutkan dahi.

ʻʻAda apa hal ni?? Weʼre not open yet, maaʼʼ kata pengurus cina itu, seolah-olah baru bangun tidur.

Ariana menayang waran geledah yang sedang dipegangnya kepada lelaki cina itu. ʻʻKami dari Polis! Kami ada waran untuk geledah tempat ini. Sila bagi kerjasama!ʼʼ

Sebelum sempat pengurus cina untuk meneliti waran yang ditayang kepadanya, Hashim dan Faizal terus sahaja meluru masuk melintasi pengurus itu, tidak mempedulikan tubuh mereka berlaga. Hampir tersandar pengurus itu ke dinding disebelahnya akibat ditolak oleh tubuh sasa Hashim.

Pengurus itu yang sedikit kalut terus sahaja mengejar Hashim dan melintas mereka kembali. Sekarang berada di hadapan mereka, pengurus itu mengangkat kedua-dua tapak tangan cuba untuk menenangkan sedikit keadaan.

ʻʻGentleman, gentleman. Please... letʼs not create any panic, okay? Bagi tahu saya apa yang awak semua nak cari, saya boleh tolong, okay tak?ʼʼ kata pengurus itu cuba untuk bertolak ansur.

Ariana yang mengekori Hashim dan Faizal dari belakang, terus berjalan ke hadapan dan bertemu pengurus itu.

ʻʻNama saya Inspektor Ariana. Iʼm here with Deputy Public Prosecutor Fakhrul Akash. Tolong bagi kerjasama. Kami ada waran untuk geledah tempat iniʼʼ kata Ariana, tegas.

ʻʻOkay... okay... I understand... I understand, maa... my name is Mister Chin. I am the manager of Play Club. Kita masih tengah prepare untuk show malam ni. Please boleh tak jangan buat huru hara? Let me talk to my guys dulu, diaorang boleh bantu maaa... No need to barge in like this. Kita bagi full cooperation maa... jangan risau mehhʼʼ kata pengurus itu panjang lebar.

Ariana Book One: ʻʻJenayah KeghairahanʼʼWhere stories live. Discover now