Bab 7: Senyum Lain Macam

15.3K 89 14
                                    

Suasana awal pagi di pejabat CID mulai hiruk pikuk dengan bunyi panggilan telefon dan perbualan antara staf yang masuk bekerja sejak awal pagi lagi. Bunyi suara manusia berbual jelas kedengaran di bilik utama operasi CID. Panggilan telefon juga ada kala berdering tanpa henti.

Namun tidak bagi seorang wanita jelita ini. Walaupun hari ini adalah hari pertama baginya namun awal lagi sudah berada di pejabat baru. Sepanjang pagi Ariana tersenyum sendiri, kadang kala tersipu-sipu malu raut wajah mukanya, pipi putih dan gebunya itu nampak kemerahan.

Gelagatnya yang mengelamun sendirian itu menarik perhatian seorang lelaki veteran di situ. Sejak dari tadi lelaki itu mencuri pandang melihat gelagat wanita itu.

ʻʻHai inspektor?ʼʼ tegur Hashim tatkala melihat Ariana seperti sedang mengelamun dalam jaga. Asyik dibuai khayalan. ʻʻLain macam jer awak senyum pagi ni?ʼʼ

Teguran Hashim serta merta menyedarkan Ariana dari lamunan. Spontan riak mukanya berubah. Terasa malu apabila ditegur sebegitu.

ʻʻIsshh... abang Has niʼʼ tiba-tiba satu suara gadis lain mencelah.

Kelihatan seorang gadis yang juga anggota CID berjalan ke arah Hashim. Gadis yang bernama Nur Juliana Batsyirah tersengih menuju kepada detektif veteran itu. ʻʻMacam lah abang Has tak pernah tengok senyum yang macam tu. Ni konfirm puan inspektor kita dah dapat dah semalamʼʼ guraunya sambil mengeyitkan sebelah mata kepada Ariana.

ʻʻAmboi, amboiʼʼ tegur Hasim pada Juliana, atau nama panggilan pendeknya, Julia. ʻʻAwak tu belum kahwin lagi. Dah pandai memandai nak tahu bila orang dah dapat ke belum dapat lagi?ʼʼ

Julia kemudian datang menyendeng kepada Hashim. Tangan diletakkan pada bahu lelaki itu, direhatkan dagu atasnya.

ʻʻAbang Has... abang Has...ʼʼ kata Julia sambil menggeleng kepala. ʻʻAbang Has ingat just because kita ni tak kahwin lagi, jadi kita tak pernah senyum pagi-pagi ke?ʼʼ sindir Julia dengan nada yang menggoda.

ʻʻSenyum awak tu senyum-sengaja-cari-pasal, koperalʼʼ balas Hashim. ʻʻSenyum inspektor kita ni, senyum halalʼʼ

Mereka yang berada di dalam bilik pejabat CID itu semuanya tergelak.

ʻʻAwak berdua niʼʼ kata Ariana mengerutkan dahi. ʻʻDari tadi tak sudah-sudah nak mengusik saya!ʼʼ katanya lagi sambil memeluk tubuh. ʻʻHal dalam bilik tidur tak payah nak cerita okayy?ʼʼ

Julia kemudian datang pada meja Ariana, berhenti di hadapan Ariana lalu memberikan tabik hormat.

ʻʻSaya Lans Koperal Nur Juliana Batsyirah, Puanʼʼ laung Julia sambil tangannya kemas memberikan tabik hormat.

Tabik Julia dibalas Ariana. Ariana tidak sempat mengenali Julia dan anggota lain kerana tidak berkesempatan bertemu semalam kerana diarahkan terus ke lokasi kes pembunuhan Marshila.

Hari ini barulah Ariana berpeluang bertemu dengan anggota lain di bawah seliannya.

Julia tersenyum lalu melabuhkan punggung pada bucu meja itu. Dia juga memeluk tubuh, hujung matanya menjeling Hashim sambil mengusik lagi detektif veteran itu.

ʻʻMaaf saya Puan. Saya bukan nak mengusik puan, tapi nak manja-manja dengan abang Has kita ni. Maklumlah... abang Has dah lama tak bayar bil air kannʼʼ usiknya lagi dengan ketawa sinis.

Hashim mengerling ke arah Julia. Nakal anak gadis ini. Harus diberikan sedikit teguran bisik hatinya. Hashim berjalan menghampiri meja Ariana juga. Hashim betul-betul berdiri dekat pada tubuh Julia, hampir tersentuh wanita jelita itu.

Sambil mencekak pinggang, Hashim dengan tenang sahaja berkata, ʻʻNak saya bayar bil air dekat awak ke, Julia?ʼʼ

ʻʻWooooah!!!ʼʼ

Ariana Book One: ʻʻJenayah KeghairahanʼʼWhere stories live. Discover now