Ariana bermain-main air dengan kedua kakinya sambil berendam di dalam kolam infiniti villa Belum Rainforest Resort. Hanya kepala dan paras atas dada sahaja yang berada di atas permukaan air, kedua tangannya menyandar pada tepi kolam. Sambil bersandar berehat di dalam air yang jernih itu, Ariana hanya memakai bra dan panties yang nipis menutupi kulit tubuhnya yang seksi dan terdedah.
Ariana sedang berada di resort terkemuka itu kerana sedang bercuti bersama suaminya, Zarul. Sebagai imbuhan dari kejayaannya memberkas Tajul Ariffin setelah ditawan selama lima hari lamanya, Ariana telah diberikan kelulusan khas cuti selama seminggu untuk berehat dan mengembalikan tenaganya.
Kesempatan itu terus sahaja diambil oleh suaminya Zarul untuk menempah sebuah villa di resort di Tasik Temenggor itu, sebuah kawasan peranginan yang agak terpencil tetapi terletak tidak jauh dari pekan Gerik.
Sama seperti isterinya, Zarul juga memerlukan rehat yang secukupnya juga. Sejak beberapa hari yang lampau, Zarul tidak dapat melelapkan matanya tatkala mendapat berita isterinya telah ditawan penjenayah. Sewaktu kejadian itu berlaku, Zarul masih lagi berada di negara China atas urusan perniagaan. Sejurus sahaja mendapat berita tentang Ariana, Zarul terus membeli tiket penerbangan untuk kembali ke tanah air. Terus bergegas ke tempat kejadian dari lapangan terbang, Zarul bersengkang mata siang dan malam, risau tentang keadaan Ariana.
Tetapi semua mimpi ngeri itu berakhir sudah apabila Ariana dijumpai di sebuah bangsal usang yang terletak di sebuah kebun getah yang lama.
Gembira kerana isterinya dijumpai semula, Zarul terus menempah villa eksklusif itu untuk dia dan Ariana menghabiskan masa bersama setelah dua minggu terpisah.
Dua malam pertama di villa tersebut banyak dihabiskan dengan mereka berdua berehat sambil tidur bersama, sekaligus menggantikan semula waktu tidur mereka yang terhutang.
Masuk hari ketiga, barulah Zarul dan Ariana mula bersiar-siar di kawasan peranginan Tasik Temenggor itu. Mereka menaiki bot mengelilingi tasik, berjalan-jalan berduaan sambil berpegangan tangan di kawasan hutan rekreasi, dan kemudian singgah pula di restoran terapung untuk menjamu selera.
Tiba waktu petang, barulah Zarul dan Ariana pulang ke villa mereka kembali.
Tetapi, harapan Ariana agar dapat mengecapi keintiman yang telah lama tertunggak bersama suami sedikit terbantut apabila Zarul mengambil keputusan untuk mengejar semula masa yang telah tertinggal sejak seminggu yang lalu dengan membuat sedikit kerja-kerja perniagaan menggunakan laptop peribadinya.
Sambil Zarul sedang membuat kerjanya, Ariana pula memalaskan dirinya di dalam kolam infiniti di hadapan villa mereka.
Sambil berendam, Ariana sempat menalifon ibu pejabat Bukit Aman, menanyakan perkembangan terkini.
ʻʻJangan risau lah, puanʼʼ balas Julia disebalik talian telefon. ʻʻWe are handling this dekat sini. Bukan you sorang jer pegawai polis di Bukit Aman ni tau. You enjoy honeymoon dengan hubby okay?ʼʼ kata Julia memberikan jaminan.
ʻʻI just nak tahu latest development jer, Julia. Bila I tengok Facebook dan Instagram, kecoh berita Tajul dah kena tangkap. So tu yang call nak tahu tuʼʼ tanya Ariana.
ʻʻDonʼt worry lah... Yup. Biasalah sosial media, kan? Diaorang kan mahkamah zaman internet sekarang ni? Tuan Fakhrul tengah fast track prepare case sekarang, sebab banyak dapat tekanan dari pihak atasan. Apapun, Iʼll see you bila you habis honeymoon nanti, kay? No need to call office on your holiday tauʼʼ balas Julia.
ʻʻYa lah, ya lah. See you next weekʼʼ kata Ariana. ʻʻByeʼʼ
ʻʻBye, puanʼʼ balas Julia mematikan talian.
Ariana mengeluh, tangan mencampak telefon bimbitnya ke atas kerusi rehat di tepi kolam. Kepala didongakkan ke atas sambil mata dikatup.
Ariana senyap, fikirannya mengenangkan kembali apa yang telah terjadi.
YOU ARE READING
Ariana Book One: ʻʻJenayah Keghairahanʼʼ
AcciónARIANA NAZIRA Seorang pegawai polis yang muda, baru sahaja ditauliahkan dengan pangkat Detektif Inspektor di Jabatan Siasatan Jenayah, Polis DiRaja Malaysia. Ikuti liku-liku pegawai jelita ini dalam menangani kes pembunuhan beliau yang pertama. Kes...