Bab 4: Pandangan Indah di Celah Pintu

11.9K 113 16
                                    

Meninggalkan bilik CIC itu, Hashim membawa Ariana ke ruang Fitness dulu. Pelbagai peralatan gym dan juga gelanggang tinju disediakan untuk pegawai-pegawai polis bersenam. Disebelahnya terdapat bilik mandi dan bilik air untuk mereka membersihkan badan setelah selesai bersenam.

Akhir sekali, Hashim menunjukkan ruang pejabat yang bersebelahan dengan Archives, iaitu tempat simpanan maklumat.

Juga diruang pejabat itu menempatkan sebuah pantry kecil. Ada ruang besar untuk kakitangan biasa, dan bilik-bilik pejabat untuk pegawai.

Hashim membuka satu bilik kecil. Di dalamnya ada dua meja. ʻʻNi office kitaʼʼ katanya mempelawa Ariana masuk.

ʻʻInspektor boleh ambil meja kosong tu... Dah la dia menantikan tuan barunya datangʼʼ kata Hashim berjenaka dan Ariana pula hanya tersenyum.

Ariana mengambil tempatnya di sebuah meja kosong. Hashim pula pergi ke mejanya pula. Ditarik kerusi lalu dilabuhkan punggungnya ke atas kerusi itu.

Ariana membuka beg sukan yang digalasnya tadi. Di ambil sebuah frame gambar dan letak atas meja. Satu senyuman terukir di bibirnya apabila dia melihat gambar itu.

ʻʻSuami ke?ʼʼ tanya Hashim pada Ariana.

ʻʻHa ahʼʼ balas Ariana. ʻʻMy Mister Lucky. Nama dia Zarul. Kerja sales and marketingʼʼ sambung Ariana diikuti gelaknya kecil.

Hashim bangun dari kerusinya lalu datang dan mengambil frame gambar itu untuk melihatnya dari dekat. Gambar itu menunjukkan Ariana dan Zarul dalam busana pengantin mereka.

ʻʻGambar kahwin, kan? Handsome orangnya. Sama cantik, sama padan dengan awak. Macam pinang dibelah duaʼʼ puji Hashim sambil meletakkan frame gambar itu kembali ke meja.

ʻʻHa ah. Kami nikah tiga tahun lepas. Masa tu saya baru grad. Baru umur 22 tahun jer masa tuʼʼ Ariana mula bercerita.

ʻʻMudanya awak kahwin. Zaman sekarang tak ramai yang kahwin muda macam tuʼʼ balas Hashim. Ariana hanya ketawa kecil.

ʻʻEmm... dah ada anak ke?ʼʼ soal Hashim sekali lagi.

Riak wajah Ariana berubah. Terkilan diajukan dengan soalan cepu emas itu.

ʻʻBelum ada rezeki lagiʼʼ jawab Ariana pendek.

Hashim mengangguk. Faham. Sedikit terasa bersalah dihatinya bertanyakan soalan itu.

ʻʻBiasalah tu... Nanti ke depan nanti adalah rezeki awak dengan Mister Lucky tu... Kamu berdua ni... Memang boyfriend dari zaman belajar ker?ʼʼ soal Hashim lagi.

Ariana tergelak. ʻʻTak lah. Panjang ceritanya. Nanti lah saya cerita lain kaliʼʼ

ʻʻBanyak betul cerita awak, Inspektorʼʼ balas Hashim.

ʻʻLiku hidup saya memang complicated, Abang Hasʼʼ keluh Ariana sedikit sambil mengeluarkan sepasang baju evening dres berwarna biru gelap dan kasut tinggi dari dalam beg sukannya.

ʻʻSaya faham. Setiap orang ada kisah hidup masing-masing yang tertulis pasal diri mereka. Ada boleh dikongsi, ada pula rahsiaʼʼ balas Hashim sambil melihat Ariana yang sedang membetulkan pakaian yang dikeluarkan itu.

Hashim tidak mahu lagi bertanya soalan-soalan peribadi kepada Ariana. Kakinya mula mengorak langkah kembali ke mejanya.

ʻʻAbang Hasʼʼ panggil Ariana. Terdengar namanya dipanggil dan segera Hashim berpaling. Mungkin polis baru hendak bertanya lagi.

ʻʻYa Inspektor? Ada apa lagi?ʼʼ soal Hashim.

ʻʻSaya nak mandi lah. Badan dah melekit ni. Dok pakai uniform ni sejak dari pagi tadi tak tukar-tukar lagi. Dekat sini ada bilik mandi kan?ʼʼ soal Ariana.

Ariana Book One: ʻʻJenayah KeghairahanʼʼWhere stories live. Discover now