Bab 6: Ajak Menari 🔞

33.6K 125 14
                                    

Lantai tarian Play masih belum penuh dengan orang ramai. Masing-masing masih lagi samada menikmati hidangan makan malam di restoran atau minuman di bar. Musik perlahan R&B sedang diputarkan oleh DJ Mico T dengan lagu-lagu klassik dari Luther Vandross, Marvin Gaye, Billy Ocean dan ramai lagi penyanyi zaman Motown.

Ariana menarik suaminya untuk ke tengah lantai tarian untuk menari sambil dibawah alunan musik R&B.

ʻʻJom menari, Abangʼʼ pelawa Ariana kepada suaminya.

ʻʻAry... Abang kan tak pandai menariʼʼ Zarul cuba mengelak.

ʻʻAlahh.. Abang ni... joget-joget jeerr kannnʼʼ Ariana cuba memujuk.

Zarul yang sedikit kekok dengan kehidupan sosial, hanya mengikut gerak langkah Ariana di lantai tarian. Zarul memeluk erat pinggang Ariana sambil isterinya itu memeluk lehernya pula. Mereka berdua menari slow-dance sambil Mico T menukar dari satu lagu R&B ke satu lagu yang lain.

Setelah hampir empat lima lagu R&B diputarkan, Ariana merasa tubuhnya sedikit kegersangan. Nafasnya menjadi dalam dan jantungnya berdenyut kuat.

Tanpa perasaan segan dan malu, Ariana terus mengucup mulut Zarul, lidah dihulurkan ke dalam dengan ciuman french kiss yang agak berahi. Aksi pasangan itu serta merta menjadi perhatian orang ramai disitu. Kesemua yang berada di atas lantai tarian itu menjerit ʻʻWooooaaa!ʼʼ sambil bertepuk tangan kepada pasangan muda itu tatkala melihat mereka berkucupan.

Jam menunjukkan pukul 12 tengah malam. Waktu untuk R&B sudah berakhir. Mico T mengubah suasana lantai tarian dengan gubahan lagu-lagu dari Avicii pula. Tarian menjadi semakin rancak apabila ramai pasangan masuk ke lantai tarian sambil meloncat-loncat dengan denyutan beats ciptaan tersendiri dari Mico T. DJ wanita yang popular itu terus menjerit menerusi mikrofon sambil membuat pengumuan ʻʻItʼs time to hit the dance floor, gaaaiiss!!ʼʼ

Langkah tarian Ariana semakin bertenaga. Muzik itu dihayatinya. Dia melonjak-lonjak sambil kedua tangan melambai-lambat di atas kepalanya. Kepalanya digeleng-gelengkan dengan rambut melibas-libat kekiri dan kekanan. Sorakan riang dari semua yang berada di atas lantai tarian menyemarakkan lagi suasana Play @ The Roof.

Zarul sedikit risau melihat langkah Ariana yang semakin liar. Malah, semasa isterinya mengucup mulutnya tadi, Zarul terasa sedikit kesan alkohol.

ʻʻSayangʼʼ panggil Zarul pada isterinya. Panggilannya itu terus tidak dengari Ariana yang sedang ralik berjoget pada musik Avicii yang telah diubahsuai dan mengasyikkan.

ʻʻAryʼʼ panggil Zarul lagi. Ariana hanya gelak gembira sambil melompat-lompat tidak berhenti. ʻʻAry minum apa tadi?ʼʼ tanya Zarul lagi.

ʻʻMojito lah, Abang. Chill lah!ʼʼ jawab Ariana pada suaminya. Suara Ariana sudah menampakkan kesan penangan alkohol dalam darahnya.

Zarul kemudian cuba untuk menarik Ariana keluar dari lantai tarian itu. Tetapi Ariana menepis tangan suaminya. Dia masih belum puas lagi menari. Sedikit raut kesal terpancar di wajah Zarul.

ʻʻAbang pergi ke bar sekejapʼʼ kata Zarul pada telinga Ariana. Zarul kemudian mengundur perlahan-lahan sambil tangan masih memegang tangan Ariana.

ʻʻAlaaaaaʼʼ balas Ariana manja sambil masih memegang tangan Zarul, sehinggalah jarak antara Zarul dan Ariana menyebabkan tangan mereka terpisah.

Melihat Zarul sudah hilang dari lantai tarian dan menuju ke bar, Ariana terus melonjak-lonjak menari bersendirian. Entah kenapa dirinya berasa sangat bertenaga ketika ini.

Zarul menghampiri pelayan bar dan kemudian bertanya kepadanya, ʻʻExcuse meʼʼ

ʻʻYes, sir. What can I get you?ʼʼ tanya pelayan bar tersebut.

Ariana Book One: ʻʻJenayah KeghairahanʼʼWhere stories live. Discover now