2015
ʻʻExcuse me, sir?ʼʼ tanya seorang pramugari berbangsa cina.
Zarul membuka matanya, terjaga dari tidur.
ʻʻSorry?ʼʼ tanya Zarul, sedikit pisat-pisat.
ʻʻSorry to wake you, sir. Would you like something to eat?ʼʼ tanya pramugari cina itu lagi. Dia sedang menolak sebuah troli membawa pelbagai jenis minuman dan makanan.
ʻʻDo you have anything halal?ʼʼ tanya Zarul kepada pramugari itu.
ʻʻCertainly, sir. Our chicken curry is halalʼʼ balasnya dengan senyuman yang manis.
ʻʻIʼll have that, thank youʼʼ
Pramugari itu kemudiannya mengambil sebuah dulang plastik mengandungi nasi berlauk kari ayam, dan kemudian menyerahkannya kepada Zarul.
Zarul mengambil dulang tersebut dan membalas senyuman. Sempat dia melihat tag nama pramugari itu. Namanya dalam tulisan cina, tetapi ada tulisan rumi dibawahnya bertulis ʻʻMei Linʼʼ
ʻʻWhat would you like to drink, sir?ʼʼ tanya Mei Lin.
ʻʻDiet coke, pleaseʼʼ balas Zarul.
Mei Lin kemudian mengambil setin Diet Coke dan membukanya, kemudian menuang ke dalam sebuah gelas plastik dan menghulurkannya pada Zarul.
ʻʻThank youʼʼ kata Zarul sambil mengambil gelas itu dari Mei Lin. Tangan mereka bersentuhan.
ʻʻYouʼre welcome, sir. If you need anything, please let me knowʼʼ kata Mei Lin, tersenyum.
ʻʻWill doʼʼ
Setelah Mei Lin pergi, Zarul membuka bekas plastik makanannya dan bermula menjamah selera.
Sambil menjamah makanan, Zarul memandang luar dan melihat kepulan awan, tekenangkan mimpi yang dialaminya tadi.
Terkenangkan arwah ayahnya yang meninggal akibat kemalangan.
Kemalangan digilis sebuah lori sambil menunggang motorsikal.
Motorsikal milik ayahnya kerana mereka tidak mampu membeli sebuah kereta.
Zarul membayangkan adakah takdir mereka berlainan sekiranya mereka berharta.
Adakah ayahnya mungkin hidup lagi sekarang ini?
Adakah ibunya juga?
Ibunya.
Zarul mengeluh lagi.
Ibunya, Mariam. Kehilangan suami pada usia muda. Hanya bekerja sebagai kerani rendah membesarkan seorang anak sebagai ibu tunggal.
Hidup mereka susah. Kesana kesini hanya menaiki bas sahaja. Kadang-kala Zarul terpaksa berjalan kaki berbatu-batu jaraknya ke rumah. Kasut yang semakin lusuh sukar diganti.
Tetapi berkat gigih Maryam membesarkan Zarul dengan sendiri sepanjang sekolah rendah, akhirnya Zarul diterima memasuki MRSM Muar pada tingkatan satu, seterusnya berpindah ke MRSM Seremban untuk mengambil peperiksaan A-Levels selepas mendapat keputusan kepujian di peringkat SPM.
Dengan menggunakan tiket tajaan Mara, Zarul berangkat ke United Kingdom untuk melanjutkan pengajian diperingkat ijazah, mengambil BSc dan seterusnya MSc in Business Management.
Pulang ke tanah air dengan gulungan ijazah sarjana pada usia 24, Zarul membawa berita yang gembira, kebanggan ibu yang menanti.
Tetapi ibu Zarul telah menyembunyikan satu rahsia dari anaknya - iaitu beliau sendiri sebenarnya telah bertarung dengan penyakit kanser sejak beberapa tahun lampau. Ianya sengaja dirahsiakan agar pembelajaran Zarul di United Kingdom tidak terjejas.
YOU ARE READING
Ariana Book One: ʻʻJenayah Keghairahanʼʼ
AçãoARIANA NAZIRA Seorang pegawai polis yang muda, baru sahaja ditauliahkan dengan pangkat Detektif Inspektor di Jabatan Siasatan Jenayah, Polis DiRaja Malaysia. Ikuti liku-liku pegawai jelita ini dalam menangani kes pembunuhan beliau yang pertama. Kes...