ʻʻApasal lately ni aku tengok muka kau ni kelat semacam jer?ʼʼ tanya Fakhrul yang sedang duduk di bucu meja Ariana. Matanya tajam melihat susuk tubuh wanita di hadapannya itu. ʻʻTuhan dah bagi muka kau cantik macam ni, kau pulak dok asyik tunjuk muka taik ni apehal?ʼʼ
Ariana mengangkat mukanya memandang Fakhrul. Dahinya masih berkerut. Menjuih bibirnya mendengar ucapan kasar dari Fakhrul.
ʻʻKau tu pulak... Tuhan dah bagi kau muka kacak, tapi yang dok keluar dari mulut kau semua bahasa taik ni... tu apehal pulak?ʼʼ Ariana dengan selamba membalas sindiran Fakhrul.
Fakhrul hanya tersengih mendengar jawapan Ariana disebalik satu dengusan kecil. ʻʻMrs Gorgeous... Mulut aku ni entah kenapa aku sendiri pun tak tahu, memang dah tak boleh adjust dah. Semua ni pasal aku kena deal dengan penyamun dan penyangak tiap-tiap hari. Nak aku cakap berbudi-bahasa sopan santun lemah lembut dengan diaorang?ʼʼ
ʻʻAlasanʼʼ balas Ariana ringkas, sedikit tersengih, ʻʻAku dah kenal set-set mamat macam kau ni. Sejak dari sekolah lagi, dah tunjuk kerek namatey kannʼʼ
Fakhrul menunduk sikit. Peluk tubuh. Kemudian memandang Ariana semula.
ʻʻKerek aku ni lain, bertempat. Aku dah muak tengok puak-puak pembuli acah hebat dekat sekolah dulu. Macam lah diaorang yang tu terer sangat. Semua budak-budak kena tunjuk hormat kononʼʼ jelas Fakhrul sambil mengenang zaman sekolahnya dahulu.
Fakhrul sangat nakal di zaman remajanya. Bergaduh, ponteng kelas, mencuri sudah menjadi tabiatnya. Disebabkan satu kesilapan mencuri di sebuah kedai serbaneka, Fakhrul berjaya ditangkap dan didapati bersalah. Hukumannya dirinya dimasukkan ke Sekolah Henry Gurney. Zaman remajanya yang bias dan nakal berakhir di Henry Gurney satu ketika dahulu.
Di sana Fakhrul mulai insaf dan berubah, bertekad menjadi manusia yang berguna apabila melihat suasana yang berat sebelah di antara pelajar di sekolah Henry Gurney itu. ʻʻTu sebab aku end up jadi prosecutor... ʼʼ balasnya lagi, ʻʻ... to get these fuckers off the streetʼʼ
Ariana tersenyum melihat Fakhrul. Dicapai tangannya yang sedang memeluk tubuh itu dan menepuknya perlahan.
ʻʻAku tahu... disebalik mulut lancau kau tu... deep down inside... you are a good guyʼʼ senyum Ariana.
Bertentangan dari meja mereka, satu susuk tubuh lain begitu teliti mendengar perbualan pegawai polis dan pendakwa raya itu. Hashim menjeling dari sudut matanya melihat Ariana memegang lengan Fakhrul. Terus dialihkan pandangannya itu ke tempat lain, tangan cuba berpura-pura sibuk membuat kerja.
Sementara itu, mata Fakhrul masih tidak lekang merenung Ariana.
ʻʻKau punya cerita ni apa kes pulak?ʼʼ tanya Fakhrul dengan perlahan. ʻʻMonyok macam cuka jer aku tengok kau ni?ʼʼ
Belum sempat Ariana menjawab, Julia mencelah dulu.
ʻʻHaai... tak kan tak tahu pulak, Tuan Fakhrul?ʼʼ Julia berkata dengan suara yang nyaring dari meja kerjanya. Matanya merenung skrin komputer dihadapannya. Jari tangan kanan memutar-mutar roda tetikus yang dipegangnya. ʻʻInspektor Ariana kita ni kan dah seminggu tak dapat dari cik suamiʼʼ
Hashim berdehem kuat tatkala mendengar gurauan nakal Julia itu. Seolah-olah memberi amaran kepada Julia agar tidak keterlaluan walaupun secara diam.
Ariana hanya mengerutkan lagi dahinya dan memandang Julia tajam. Julia hanya tergelak mengekek tetapi tidak berani membalas pandangan Ariana. Mata tepat memandang skrin komputernya.
Fakhrul kembali memandang Ariana.
ʻʻOhh... aku lupa... Mister Lucky Guy masih dekat China kan?ʼʼ tanya Fakhrul sambil sendiri cuba menahan gelak.
YOU ARE READING
Ariana Book One: ʻʻJenayah Keghairahanʼʼ
AksiARIANA NAZIRA Seorang pegawai polis yang muda, baru sahaja ditauliahkan dengan pangkat Detektif Inspektor di Jabatan Siasatan Jenayah, Polis DiRaja Malaysia. Ikuti liku-liku pegawai jelita ini dalam menangani kes pembunuhan beliau yang pertama. Kes...