Tok! Tok! Tok!
Ariana terkejut dari tidurnya, tatkala pintu bilik mereka diketuk dengan kuat sekali dari luar.
Badannya mulai kering setelah basah lencun dengan peluh akibat bersetubuh sebentar tadi, dan tubuhnya masih terbaring di posisi meniarap di atas tubuh Hashim.
Tok! Tok! Tok!
Kuat lagi ketukan dari luar bilik itu.
ʻʻAmboi hangpa ni! Dah nak masuk tengahari dah ni! Aku tau lah hangpa ni baru menikah! Tapi tak kan sampai nak beromen dalam bilik sampai ke sudah!ʼʼ kuat sekali suara Johari menjerit dengan nada sindiran kepada penghuni di dalam bilik tersebut.
Ariana terus bangun dari katilnya dalam keadaan pisat-pisat. Dia menyelak rambutnya yang basah. Kemudian dia melihat Hashim yang masih tidur nyenyak terlentang.
ʻʻAbang Has!ʼʼ kata Ariana sambil menggoncang-goncang tubuh Hashim. ʻʻBangun, Abang Has! Dah nak masuk tengahari dah ni!ʼʼ panggilnya dalam bisikan.
Hashim perlahan-lahan bangun dari tidurnya. Digosok-gosok matanya satu dua kali.
Tok! Tok! Tok!
ʻʻDuhai pengantin baru.... bangunlah cepat. Hangpa ni tak reti nak mandi kaa? Bau busuk hang berdua ni dah boleh bau sampai ke dapoq nu haaaʼʼ kata Johari lagi.
ʻʻPak Leju!ʼʼ laung Ariana sambil dia bangun dari katil. ʻʻMaaf kami terlajak tidur ni! Ni haa dah bangun dah ni!ʼʼ
Ariana kemudian mengambil tuala dan mengelap peluh dari tubuhnya. Kemudian dia mencapai kain batik Pam yang diambilnya semalam dan menyarungnya ke badan. Kain batik diikat pada dada dalam sarungan berkemban.
Ariana kemudian mendapatkan Hashim semula, dan mengoyang-goyangkan tubuh lelaki itu.
ʻʻAbang Has! Bangun lah! Dah nak masuk tengahari dah ni!ʼʼ kata Ariana sambil mengoyang-goyang tubuh Hashim.
ʻʻHmmm.... apaa....??ʼʼ tanya Hashim masih pisat-pisat.
Ariana terus mencapai tuala kedua dan mencampakkannya menutup batang zakar Hashim.
ʻʻKoperal Hashim Idris! Saya arahkan awak bangun sekarang!!ʼʼ jerit Ariana pada telinga Hashim.
Barulah Hashim tersentak dengan arahan suara ketuanya itu. Terus dia terduduk atas katil.
ʻʻAr.... yehh.... Inspektor.... ehhh.... Puan!ʼʼ kata Hashim sedikit melalut. ʻʻEhh.... dah pukul berapa dah ni??ʼʼ
ʻʻDah lewat! Kita ni tak buat kerja satu pun. Cepat bangun dan pergi mandi. We have work to do!ʼʼ kata Ariana sambil menyidai tualanya ke bahu.
Ariana terus berlari anak ke arah pintu dan membukanya pantas. Terpacak Johari Aleju di muka pintu itu. Terus sahaja Johari mengetap hidungnya sendiri menggunakan dua jari.
ʻʻTengit nya bau hang ni! Hangpa ni tak reti-reti nak mandi kaa?ʼʼ kata Johari sambil mengundur setapak dua kebelakang.
ʻʻMaaf Pak Leju. Kami nak pi mandi laa nii. Dok terlajak tidoq tadiʼʼ kata Ariana dengan cubaan untuk bercakap dengan loghat utara.
ʻʻBaguih lah lagu tuu.... ni suruh laki hang pi mandi sekali. Jimat air kalau mandi berdua ni haa.... Lepaih tu, mai makan.... kakak hang dah buat sarapan bihun sejak pagi tadi dah wei niiʼʼ kata Johari lagi.
ʻʻTerima kasih Pak Leju. Susah-susah jer Pak Leju buat sarapan untuk kamiʼʼ balas Ariana kembali dengan bahasa ibundanya.
Ariana kemudian menoleh pada Hashim yang sudah berdiri melilit tuala pada pinggang.
YOU ARE READING
Ariana Book One: ʻʻJenayah Keghairahanʼʼ
AcciónARIANA NAZIRA Seorang pegawai polis yang muda, baru sahaja ditauliahkan dengan pangkat Detektif Inspektor di Jabatan Siasatan Jenayah, Polis DiRaja Malaysia. Ikuti liku-liku pegawai jelita ini dalam menangani kes pembunuhan beliau yang pertama. Kes...