Bab 1

1.7K 57 3
                                    


"Balik nanti bawa abang ipar tau." usik Zarah Qistina pada kakak kembarnya. Bukan lah mengharap si kakak membawa pulang abang ipar tetapi sudah lama kakaknya itu bergelar traveler jadi mustahil lah tak terpaut hati lansung pada seseorang?

Sarah Qasrina, kakak kepada kembarnya itu menepuk bahu Zarah kuat. Ada yang makan luggage ni karang.

"Sakit la kak!" Adu Zarah menggosok bahu dia yang sakit. Sarah tersengih lihat kembar dia. Bukan dia tak tahu adik kembarnya saja mengusiknya.

Yang dapat membezakan mereka adalah senyuman mereka. Sarah senyum menampakkan gusi ataupun digelar 'gummy smile' manakala Zarah miliki senyum kotak atau lebih dikenali sebagai 'box smile'

"Jaga diri kau tu." kali ni seorang lelaki dalam lingkungan 30-an memeluk bahu Sarah. Sekadar menasihati gadis itu walaupun sudah berapa negara telah dilawati.

"Sarah kan anak bonda. Pandai berdikari," aku menolak tangan Abang Zahid dan berlari anak menuju ke arah Bonda. "Kan, bonda?" Aku geselkan kepala di bahu Puan Maria. Bermanja lah dulu sebelum ada suami, kan kan?

"Ish kamu ni. Betul la kata abang kamu tu. Sarah tu nak pergi itali. Apa nama tempat nya tu?" Soal Puan Maria pada anak perempuan sulungnya. Walaupun Sarah bukanlah anak sulungnya, tetapi gadis itu adalah anak perempuan pertamanya yang hanya awal seminit sebelum Zarah.

Sarah melepaskan lengan Puan Maria dan mengeluarkan IPhone 12 pro max lalu mencari nama tempat itu di google.

"Venice!" Aku menunjukkan gambar bandar Venice yang menjadi tempat impian pelancongan aku selama tiga tahun aku bergelar traveler.

Puan Maria hanya geleng kepala melihat anaknya yang seperti budak riang yang baru dapat gula-gula dari penculik. Lompat sana sini, suka dapat ke tempat impian itu.

"Hm...ye la. Janji kamu balik dengan selamat. Dua hari satu malam je tau. Bonda risau la lepaskan kamu pergi negara orang lama-lama." ujar bonda berbaur kerisauan. Katakan la ini firasat ibu pada anaknya. Tetapi Puan Maria cepat-cepat membuang perasaan itu.

"Alaa Maria. Sarah ni macam awak. Jumpa penculik pun, dia bijak atur strategi. Dia ikut awak. Dia dah besar. Dah 25 tahun. Lagi bagus dia bawa balik menantu untuk kita!" Ujar Tuan Khalid memeluk bahu  erat meredakan risau bonda. Dia yakin anak gadisnya seorang ini akan menjaga diri dengan baik, menjaga maruah diri dan keluarganya.

"Ish dah la bonda ni. Buat drama air mata pulak. Ni kakak dah kena pergi ni, nanti dah selamat sampai, kakak call bonda dulu, ya?" Ujar aku bila bonda mula mahu menangis. Kadang kala aku bahasakan diri aku dengan kakak, kadang itu bahasakan dengan namaku. belum pernah lagi aku berkasar bahasa dengan syurgaku ini.

Macam ni la bila aku nak melancong ke luar negara. Masa pergi Bangkok pun sama. Padahal negara jiran je pun, nak buat drama air mata. Masa nak pergi Seoul pun sama. Siap selit suruh bawak menantu oppa korea balik malaysia. Hai... Bonda bonda. Ingat senang ke nak dapat calon orang luar negara ni?

Eh mana tahu nanti dalam flight terjumpa jodoh orang itali kan? Ceh berangan je lebih kau ni Sarah. Kau cantik pun tak ni kan orang itali pun takkan pandang kau.

Aku berjalan ke barisan gate yang ditulis pada tiket flight  dan menoleh sekali pandang bonda. Lahhh dah menangis dekat dada Abi. Haihh kesian Abang Zahid kena pujuk Bonda. Aku tergelak kecil. Itulah keluarga kecilku. Walaupun berstatus Tan Sri dan Puan Sri, Abi dan Bonda lebih selesa dengan apa saja panggilan yang orang ingin panggil. Panggil pakcik pun Abi tak kisah.

Aku melihat abang Zahid yang berpakaian uniform TLDM dengan penuh segak. Riak muka yang kerek itu masih terselit kerisauan. Aku tergelak kecil. Dah risau tu cakap je la ini cover line pulak. Abang Zahid yang baru sahaja habis daripada ops terus disuruh membawa kereta hantar aku, terlihat jelas wajah penatnya. Kesian pulak, tapi ada aku kisah? Hahahah.

ZAYAN'S : THE BEAST  [Hold]Where stories live. Discover now