Bab 11

565 29 0
                                    


Zayan's Penthouse

Sebaik saja Zayan selesai bersarapan di rumah tunangnya, dia kembali ke Penthouse dia. Malangnya dia tidak dapat menghantar tunang kesayangan ke tempat kerja.

Kunci kereta Porsche warna hitam yang dia pandu tadi diletakkan di kotak kunci atas meja kecil. Kemudian langkah dia menuju ke sofa hitam milik dia.

Terus dia baring dan menutup mata dengan lengan di atas kepala.

"Did you meet her, signor?" Soal Mark yang baru muncul dari tingkat dua.

Rambut serabai yang baru bangkit dari tidur diramas kasar. Sesekali dia menguap disebabkan tidur lewat kerana kerja yang bertimbun di restoran semalam.

"Yeah. I met," Zayan menurunkan lengan dia dari kepala ke mulut dia.

"Her." sepatah Zayan sambung.

Mark garu kepala lihat Tuan dia yang tersenyum sendiri memandang siling rumah. Dia turut memandang tempat yang Zayan lihat. Kosong. Mark geleng kepala lihat Tuan dia yang dah tak waras.

"Folle." (crazy) gumam Mark perlahan lalu kembali masuk ke dalam bilik dia semula. Mahu sambung tidur.

Restoran Zayan yang ke-31 akan dibuka tidak lama lagi, jadi Zayan memberi cuti satu hari pada Mark biar dapat rehat.

"Keluar la setan! Pergi la cari perempuan kat luar sana! Tiap kali cuti je mesti kau tidur sampai tengahari." laung Zayan dari ruang tamu. Dia tahu Mark akan mendengar.

"Lazy!" Zayan geleng kepala dengar respon Mark. Usia juga dah masuk series tiga. Sama seperti dia.

Zayan bangkit dari baringan dia dan naik ke tingkat dua dengan lif. Apabila sudah sampai, dia segera masuk ke dalam bilik bacaan.

Bilik bacaan dia tidak ubah seperti perpustakaan. Hobi dia sememangnya membaca sejak dua tahun lepas. Segala buku ada. Buku melayu, buku English, buku agama, buku tentang perniagaan dan sebagainya.

Laci di meja kerja dia dibuka luas. Zayan tersenyum tipis lihat barang asing yang satu-satunya menghuni penthouse dia.

Beret merah wain Sarah

Beret wanita itu dia dibawa ke bawah hidung dan menghidu. Terubat rindu dia setiap kali teringat akan wanita itu. Itu la rutin setiap kali dia rindu Sarah Qasrina.

Mata dipejam dan beret merah itu dibawa ke pipi kanan dia. Walaupun bau wangian wanita itu sudah hilang, bagi Zayan dia masih dapat menghidu wangian wanita itu. Satu butir air mata jatuh ke pipi Zayan.

"I'm sorry for being selfish." gumam Zayan perlahan.

Selama dua tahun wanita itu tinggalkan dunia dia, dia sudah jatuh cinta dengan wanita itu. Tetapi disebabkan faktor kerja silam yang dia telah lakukan, dia takut Sarah tidak dapat menerima apa yang dia telah lakukan. Jadi dia setuju apabila Puan Sri Maria ingin menyatukan dia dan anak bongsunya, Zarah Qistina.

Atas faktor ingin melindungi Sarah Qasrina dari jarak dekat. Musuh dia masih berlegar di dunia kejam ini.

Bila-bila masa sahaja Sarah boleh berada dalam keadaan yang bahaya. Dia tahu Sarah dapat lindung diri sendiri tapi tetap hati dia tidak tenteram.

Dia ingin berikan kejutan pada Sarah saat majlis pertunangan dia semalam tapi akhirnya dia sendiri dapat kejutan.

Zayan tersengih kenangkan apa yang jadi semalam.

"Oh my lady... you know you can't lie to me," gumam Zayan perlahan bersama senyuman sinis.

Beret merah wain tadi dia simpan balik dan kunci dengan rapi. Itu adalah treasure dia sekarang. His tesoro. Zayan's tesoro.

Zayan bangkit dari duduk dia dan melangkah perlahan ke tingkap. Pemandangan pagi KLCC jadi santapan dia. Tangan dia diseluk ke dalam seluar.

"You know i hate liar. But at last, you lie to me again," kata Zayan sendirian.

"But i love your liars. And..."

Zayan menarik langsir hitam dan bilik bacaan dia menjadi gelap. Hanya lampu belajar saja menghiasi meja kerja dia.

"...since you came into my world, you can't run anymore. You're mine. Only mine!" Zayan menghentak meja kerja dia kuat.

"And Costello...need to disappear." Kata Zayan dengan dada naik turun kembali ingat pengkhianatan yang Costello lakukan.

"Aku tak setuju yang akhir tu,"
suara Mark dari luar pintu pintas kata Zayan. Pintu itu ditolak perlahan sehingga Mark yang tidak berbaju menampakkan abs berketul-ketul terpancar pada pandangan Zayan.

Zayan menjeling.

"Pakai baju la Mark. Your signora will be here in five months. So you need back to your place," kata Zayan dalam nada serius.

Mark tidak bergerak atau bersuara. Zayan juga sudah biasa dengan kehadiran Mark di penthouse dia.

"Kau nak hapuskan Costello?" Kata Mark dengan tangan disilang pada dada dia. Zayan meraup muka sekali lalu duduk di sofa yang ada di tepi tingkap. Kepala ditundukkan.

"Kau tau kan. Dia orang dah janji takkan kacau Marcello lagi." kata Mark lagi bila Zayan tidak membalas.

"Bukan anak dia. Anak Gabriel Costello tak pernah berdiam diri." kali ni Zayan bersuara tinggi.

"James?"

Zayan diam. James. James Costello. Dia tak pernah duduk diam sejak kematian isterinya. Dia menuduh Zayan pembunuh isteri dia, Medina. Medina itu sepupu belah keluarga ayah Zayan.

"Marcello tetap dalam bahaya kalau James tak berbaik dengan kau, Zayan." Mark bersuara datar dengan riak wajah Zayan yang sudah sebak.

Dada Zayan menjadi sebak mengingatkan sahabat sejak kecil dia, Medina. Yang bermata biru cair membuatkan James Costello jatuh cinta dengan gadis itu. Pada mulanya Zayan sendiri ragu-ragu mahu lepaskan sepupunya ke tangan musuh dia.

Tapi disebabkan Medina juga, Costello dan Marcello pernah berbaik sebelum terjadinya tragedi tragis yang membuatkan dendam James tidak luntur. Sekarang dendam James beralih pada Sarah Qasrina saat dia lihat kemesraan Sarah dan Zayan.

Zayan pasti seratus peratus yang James akan buat benda yang sama pada Sarah. Demi wanita yang dia cintai, dia sanggup hapuskan Costello.

"Mark," Zayan bangkit dari sofa dan kaki diatur perlahan di hadapan wajah Mark.

"Please protect your signora. I'm begging you."

Zayan mencengkam kedua bahu Mark dengan kepala ditunduk. Hanya Mark orang yang dia paling percaya.
Mark terkedu dengar permintaan signor dia. Seumur hidup dia, Zayan tidak pernah meminta sesuatu dari dirinya. Nampaknya Zayan benar-benar sudah jatuh cinta dengan Sarah.

"Don't worry, signor. As long as i still alive, I'll protect her. She's my signora," Mark naikkan bahu dia bila ayat akhir dia dikatakan.

Zayan menatap mata Mark mencari kebenaran kata-kata Mark. Hujung bibir Zayan naik dan kepala ditundukkan. Bahu kiri Mark ditepuk perlahan sebelum berlalu keluar dari bilik bacaan.

"Just don't die, Mark." kata Zayan lalu melangkah turun ke ruang tamu. Dia ingin berjumpa orang tua Sarah.

Memandangkan Sarah masih dalam mod penipuan dia, Zayan juga akan ikut sama. Sekali sekala main game, apa salahnya.

"I can't guarantee that, signor." kata Mark perlahan.

ZAYAN'S : THE BEAST  [Hold]Where stories live. Discover now