Bab 26 (unedited)

356 18 0
                                    


"Stop it Andrea Zayan." Mata dipejam rapat. Menahan geram dan malu yang datang serentak.

Tangan Zayan masih tidak berganjak. Tidak endahkan amaran isterinya. Tangan kanannya tetap berada di stereng kereta manakala tangan kirinya...

Pap!

"Aduh! Sakit la sayang..." Zayan meniup sedikit tangannya yang sakit dipukul oleh Sarah. Nak sikit sikit pun tak boleh.

"Fokus bawa kereta tu. Sarah nak tidur jap." Sarah melentok kepala perlahan ke kiri. Berbantalkan tingkap.

Tangan kiri Zayan merayap lagi sekali ke atas peha Sarah.

"Tidur je la. Abang tak kacau pun." Zayan picit sedikit peha Sarah yang berlapik dengan jeans.

"Besarnya..aum!" Makin berkerut dahi Sarah. Ni dah masuk berapa puluh kali dia pukul tangan suaminya. Berbuih mulut dia nak marah lagi.

"Jaga perangai eh. Kat tengah highway ni." Penuh amaran Sarah marah dengan mata masih ditutup.

"So kalau abang berhenti sekarang dapat lebih ke?" Saja mahu mengusik si isteri. Memang tak la dia nak bahayakan nyawa isterinya.

"Sekali lagi abang buat perangai, lima hari ni jangan sentuh Sarah." Bidas Sarah pantas. Suka sangat kan duk raba peha orang. Ha sekali bagi red light terus. Padan muka.

"Ada abang kisah? You're my wife. You're mine. I can touch you whenever i want." Tangan kiri Zayan makin menjalar raba peha isterinya. Jangan jeles.

Gulp

Sebenarnya Sarah sendiri dapat rasa rama-rama terbang dalam perut dia bila Zayan tetap sentuh dia begitu. Setiap sentuhan suaminya itu amat dia suka. Tipu la kalau Sarah kata Sarah tak suka.

Mata dibuka dan pandang Zayan yang tetap fokus di lebuh raya. Alis kening kanan Sarah naik ke atas. Oh tak nak alihkan tangan tu kan? Jap eh jap.

Buk!

Luas mata Zayan dengan perbuatan Sarah. Menjeling ke arah isterinya yang sudah sengih macam kera.

Siapa suruh duk asyik pegang peha orang. Kan dah mendapat seluruh kaki aku. Senang sikit nak tidur. Muahahaha.

Zayan geleng kepala. Haih..nak marah tapi tak boleh. Nanti tak pasal-pasal kena tidur luar. Zayan menarik kaki Sarah supaya jadi lebih selesa.

Tangan kiri mengambil sesuatu di tempat duduk belakang. Lalu menghulurkan pada Sarah yang sudah bersedia untuk teruskan rutin dia.

"Use this. I'll kill that door if kepala isteri aku sakit." Sarah menyambut bantal yang berbentuk bintang.

Sarah senyum lalu geleng dengan perangai suaminya. Sejak kejadian dia hampir diperkosa semalam, dia sedar suaminya ini semakin protective. Sikit-sikit ugut nak bunuh. Macam budak kecil.

"Abang suka bintang ke?"

"No."

Berkerut kening Sarah. Aik. Habis kucing kat rumah tu nama 'Stellina'. Lepas dia tahu ada kucing parsi di penthouse Zayan, terus dia kaji semua mengenai cara-cara nak jaga kucing parsi. Dan tak lupa juga cari maksud nama kucing itu. Dan hasilnya, nama kucing tu 'star' dalam English.

Well...not bad la. Sebab comel sangat! Dan sekarang kepalanya yang dialas dengan bantal bentuk bintang buatkan dia tertanya-tanya yang Zayan ni suka bintang ke?

"Then kenapa nama kucing tu 'star'? And bantal ni pun bentuk bintang."

"perché lei è la mia stella" (because you're my star)

ZAYAN'S : THE BEAST  [Hold]Where stories live. Discover now