Bab 17 (unedited)

527 30 0
                                    


Zayan membetulkan posisi duduknya sebelum bercerita tentang diri dia. Nafas dalam di ambil sedalam mungkin.

"I used to drink. I used to be in club. Hidup aku bebas tanpa dikongka. Perempuan keliling pinggang, arak seperti minuman biasa, club malam itu dah seperti rumah kedua. Aku liar dulu. Sangat liar hingga satu tahap aku sanggup bunuh sesiapa saja yang cari pasal dengan aku. Bunuh sana sini tanpa perasaan. Senjata di markas ibarat perkara biasa di mata aku. Tiada benda baru." Zayan memejam mata sambil bercerita kisah silam dia.

"Aku nekad berubah saat ibu aku tinggalkan aku selamanya. Dia titip suruh jaga Marcello dengan baik. Jaga agama dengan baik. Dari saat itu juga la aku berubah seratus peratus. Betul la orang kata. Bila kita kehilangan orang yang tersayang, baru nak menyesal. Baru terhegeh-hegeh cari Allah saat aku tumbang."

Badan Zayan sedikit mengigil. Mungkin menahan nangis bila kenangkan arwah ibunya.

Sarah faham sangat. Saat arwah tok ma tinggalkan dia, rasa sedih itu sama seperti hilang tempat bergantung.

"Alhamdulillah. Aku berjaya tinggalkan segala habit lama aku yang minum, clubbing kepada seorang chef yang kacak lebih bergayaaa!" sempat Zayan memuji dirinya di akhir ayat.

'hm menyesal aku dengar sampai habis' bisik dalam hati Sarah meluat.

Kepala Zayan kembali ditundukkan. Bermain semula dengan jemarinya.

"Are you hate me?" Soal Zayan dengan suara dia kedengaran bergetar.

Sarah pandang sisi kanan dia di mana Zayan berada. "Why? Awak dah tinggalkan. Jadi buat apa nak ingat benda lama." kata Sarah memandang Zayan yang menunduk.

Luas mata Sarah saat Zayan angkat kepala dia mengejut. Dengan itu, mata hijau kebiruan milik jejaka itali itu bertembung dengan mata brown milik Sarah.

"Will you marry me, Sarah Qasrina?"

"Huh?" Mata Sarah dikelip beberapa kali.

Bagai baru sedar, dia terkejut dengan lamaran yang secara tidak terduga. Benda dah jadi tunang baru nak lamar?

"Be my wife, Sarah Qasrina. Let me protect you from now on." kata Zayan serius dengan debaran di dada.

Terkaku Sarah dengan lamaran mengejut Zayan. Senyuman ditahan dari naik.

'Seriously? Masa aku tengah terlantar kat hospital kau propose aku?' soal Sarah dalam hati.

"No,"

Jawapan Sarah itu mengejutkan Zayan kerana tidak menyangka Sarah akan menolak lamaran dia.

"Propose me again next time." kata Sarah penuh geram. Orang geram ni dia propose masa orang sakit!

"Say it again?" Soal Zayan tidak faham.

"Seriously Andrea Zayan? Kau lamar aku kat hospital?? Aku tak kira minggu depan kau lamar aku balik. Kau nak aku ingat balik cara kau lamar lepas tu cerita kat anak cucu cicit cara suami aku lamar ni kata hospital masa kena serang? Hell nah!" Panjang lebar Sarah marah Zayan dalam satu nafas.

Zayan pada mulanya tidak faham akhirnya terbit satu senyuman tipis. Lalu Zayan ketawa besar dengar ayat Sarah. Aduhai Sarah Sarah.. tak pernah orang suruh lamar semula.

"Eh apa gelak gelak? Taknak lamar sudah la. I terima je siapa yang lamar i minggu depan. Tak kisah la dia bangla jual karpet ke pakistan kerja kilang ke janji ada romantik dia tu." Bebel Sarah geram dengan cara lamaran Zayan yang dianggap tak romantik.

Zayan hanya senyum tipis mendengar celoteh Sarah.

"Bukan mafia dia romantik nak mampos ke? Kok mafia ni gak romantis langsung? Malu i nak cerita kat orang yang i dilamar dalam hospital masa kena serang. Belum kat anak-anak i lagi tau." kata Sarah dengan penuh drama swasta dia.

Zayan lega Sarah seperti dapat menerima kekurangan diri dia dan pekerjaan asal dia. Sekarang fokus dia hanya pada restoran dan bakal isterinya.

"Dah fikir anak nampak? Nak dapat cepat ke?" Kata Zayan bangkit mendekati Sarah.

Sarah yang terkejut itu terus terdiam dari celotehnya. "Diam pun. Ingatkan kena kiss dulu baru diam mulut tu." terus Sarah kemam bibir dia rapat.

Sarah dapat rasa pipi dia sudah merah bila Zayan tertawa kecil.

"Kalau nak cepat, minggu depan malam lepas i propose you, kita boleh terus nikah. Kalau you tak sabar sangat." ujar Zayan berbisik. Sengaja mahu mengusik Sarah.

"No! Jangan nak miang sangat eh. Nanti report kat.."

"Kat siapa? Abi? Abi lagi suka kalau dapat cucu cepat."

Belum sempat Sarah habiskan ayat dia, Zayan menyampuk. Sarah mencebik.

'ceh Abi tu pun satu sibuk duk dengan bola dia dua puluh empat jam! Ni nak cucu? Macam Bonda je yang suka bukan Abi heh' monolog Sarah mengutuk ayah sendiri.

Zayan tersenyum memandang wajah bengis Sarah. Ditatap penuh kasih sayang.

'thanks sayang for accepting me. I'll take a good care of you. I'll run to you if you need me.' kata Zayan dalam hati berterima kasih Sarah dapat menerima dirinya.

Ting!

Satu mesej dari whatsapp Joey buatkan wajah Zayan kembali dingin. Malah bertukar tegang.

"We got him. Should i start it?"

"No I'll do it." Zayan membalas mesej Joey itu dalam senyap.

Zayan bangun dari duduknya di katil hospital lalu bersiap sedia mahu keluar.

"Nak pergi mana?" Soal Sarah.

"Nak bagi buaya makan." kata Zayan selamba lalu hadiahkan senyuman manis pada Sarah.

"Nanti ada orang nama Eric datang, nanti dia jemput sayang tau." Kata Zayan dengan perkataan 'sayang' tu ditekankan.

Merah wajah Sarah bila suara lembut Zayan menyebut perkataan 'sayang' itu. Berdetak laju jantung dia lihat cara Zayan memakai jam Rolex Daytona di pergelangan tangan kirinya.

'uish ni ke mamat yang lamar aku tadi? Kena kena kena' bisik suka Sarah lihat Zayan sudah bersiap.

'macam nak pergi kahwin je aku tengok. Jangan sampai aku ajak dia kahwin sekarang sudah. Dah la panggil orang sayanggg arrgghhhh' lagi sekali Sarah monolog.

'hot betul bakal suami aku. Nasib aku sempat rembat. Muahahaha' Sarah bangga sempat ikat dulu dengan Zayan dengan pertunangan ini walaupun dengan nama Zarah tapi itu bukan satu masalah.

"Hey. Termenung apa tu? Nak kahwin sekarang eh? Sebab i terlalu hot hah?" Luas mata Sarah bila fikiran dia dapat dibaca.

"It's okay sayang. Aku faham kenapa kau nak aku lamar semula. Semoga ini satu-satunya lamaran yang kau akan ingat sampai kita tua." kata Zayan sebelum keluar. Sempat dia mengenyit mata pada Sarah.

Bila Sarah pastikan Zayan sudah keluar, dia sembamkan muka pada bantal dan menjerit riang.

'Bonda! Orang dah cair sangat ni argghhhh' jerit hati Sarah Qasrina.

Zayan menjawab panggilan telefon daripada Joey itu.

"metterlo in gabbia." (put him in the cage) arah Zayan lalu mematikan panggilan telefon itu.

ZAYAN'S : THE BEAST  [Hold]Where stories live. Discover now