Bab 35 (unedited)

285 18 0
                                    


Selepas aku dan Zayan makan tengahari bersama, Zayan tidak membenarkan aku pulang sendirian. Malah dia larang aku keluar daripada pejabatnya.

Aku pula hanya patuh memandangkan aku tiada kerja nak buat. Siapa kata owner cafe kena pergi kedai dia hari-hari?

Jadi Zayan memberi aku sebuah Ipad nya untuk aku isi kebosanan aku. Manakala dia kembali serius dengan kerjanya.

Ada masa dia memarahi pekerjanya walaupun di depan aku. Bila aku cuba menarik perhatian dia, dia tidak memberi sebarang respon.

Betul-betul fokus laki aku ni.

Aku kembali duduk di sofa dan membuka akaun Instagram aku. Tiada yang menarik pun nak dilihat. Story pun kebanyakan kawan-kawan aku dan artis kpop.

Iya saya seorang peminat kpop. Sekian.

Pintu bilik pejabat Zayan diketuk dua kali sebelum orang yang mengetuk itu masuk. Caroline.

Dia memberikan jelingan tajam pada aku sebelum berjalan ke arah meja Zayan.

Aku macam...apa masalah minah ni? Aku tak buat apa-apa pun dijeling.

"Ini failnya, Tuan." Caroline meletakkan dua fail warna biru tua di hadapan Zayan.

"Hm."

Badan Caroline terlihat membongkok sedikit ke hadapan. Aku mula pelik kenapa minah ni bongkok macam sembilan puluh darjah?

Caroline menarik rambutnya ke sebelah kiri bahunya.

Dari belakang aku perhatikan dirinya. Pakaian dia jangan dicakap, macam pelacur kat dalam drama tv3.

Sakit mata aku tengok kain bajunya yang sangat singkat sehingga hampir nampak bahagian yang tak patut.

Wait asal makin lama makin pelik aku tengok minah ni. Aku tengok Zayan pula tidak layan si Caroline ini.

Aku mula bangun dan berjalan ke arah meja Zayan. Mahu terkeluar biji mata aku apa yang aku lihat sekarang.

Caroline seperti pura-pura sedang tunjuk sesuatu kepada Zayan dengan sengaja membiarkan belahan dadanya jelas kelihatan.

Agak tergamam tapi ini Caroline. Tapi aku Sarah Qasrina la. Kau cuba nak goda suami aku dengan dada kau eh? Kau tunggu. Kau tunggu.

Caroline sengih apabila dia perasan wajah aku yang sedang naik angin. Memang tengah naik angin!

Aku menarik kerusi Zayan kuat sehingga dia hilang fokus. Tanpa sempat Zayan buka mulut, aku duduk di atas pehanya.

Bukan itu saja, aku dengan sengaja menindih dan mengesel dadaku pada dada bidangnya. Aku merangkul leher Zayan erat.

Reaksi Zayan? Sudah semestinya dia terkejut.

Aku jeling Caroline yang terkejut dengan perbuatan aku. Apabila Zayan ingin memandang Caroline, dengan pantas aku menarik wajahnya tepat ke arah wajahku.

Tengok aku!

Kepala Zayan yang aku pegang dibenamkan pada bahu aku. Dan aku memeluk dia erat. Lagi sekali aku menjeling Caroline.

Tersenyum puas aku apabila Caroline menghentak kaki dan mendengus kasar melihat kemesraan aku dan suamiku.

Kau cabar aku kan?

Apabila Caroline sudah tiada, aku menolak kepala Zayan dan bangun dari pangkuannya. Wajahnya bingung.

"What was that? What are trying to do?" Zayan mula soal aku.

Ha sudah nak jawab apa!

Kata aku sebenarnya jealous sebab perempuan lain tayang dada kat depan dia walaupun dia tak tengok pun? Eh no no hell nah!

ZAYAN'S : THE BEAST  [Hold]Where stories live. Discover now