Bab 18 (unedited)

498 30 0
                                    


The Zayan's

"bentornato signor

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"bentornato signor." (welcome back sir) sapa Eric yang menanti kedatangan Tuan dia di pintu masuk.

Pintu itu tersangat ketat kawalannya. Zayan menggunakan cop jari dia untuk akses ke markas dia. Beberapa anak buah dia yang lain diberikan cara yang lain untuk dapat akses ke dalam markas dia iaitu dengan scan mata. Sekali sistem ralat, penggera keselamatan akan segera berbunyi menandakan ada penceroboh masuk.

Zayan menunduk balas sapaan Eric dengan wajah yang ketat. Mata dia juga kosong tanpa sebarang perasaan.

Zayan mengetuk meja bar sekali dan anak buahnya menghulurkan secawan jus epal. Disisip sedikit jus epal itu sebelum duduk bersilang kaki di sofa kulit.

Eric setia menunggu arahan Zayan di sisi kanan Zayan manakala Joey...

"Gaiss Abe Markee udah nyampee!" keluar loghat bahasa Indonesia Joey yang muncul bersama Mark yang berada di belakangnya lalu menutup wajah dia kerana malu.

Tajam Zayan dan Eric memandang Joey. Joey yang polos itu hanya naik kening apabila hampir seluruh bilik itu menatap dia tajam. Bahu dia di angkat. Mengendahkan pandangan masyarakat sekalian itu.

'tau la aku hensem hari ni. Maluww kiteww' kata hati Joey.

Zayan hanya geleng kepala dengan perangai Joey. Pening kepala aku hadap budak ni hari-hari.

"Uyooo ada mangsa baru laaa." Joey melompat kecil di sekitar badan Aqif Azizul. Andrea Zayan hanya pandang lelaki itu kosong.

"Makanan Gary ke ni? Gary pun dah lama tak makan. Asyik daging ayam je dia makan. Mesti Gary boring kan." ujar Joey menunduk pandang muka Aqif.

"Aku kata letak dia dalam cage kan. Asal terletak helok jantan ni depan aku?" Zayan bersuara dengan mata masih tajam pandang Aqif Azizul.

"Cage rosak." kata salah seorang anak buah dia. Wajah sudah resah jika tuan dia marah.

"Hm. Nampaknya takde rezeki la Gary dapat makan sedap." Zayan selamba bangun dari duduk dia dengan tangan kanan masih pegang gelas kaca.

Gelas yang masih diisi dengan ais berbentuk bola itu digerakkan perlahan. Zayan bergerak ke atas meja pingpong dan duduk bersilang kaki. Dagu dia diletakkan di atas tapak tangan kanannya.

Baru Zayan perasan hujung bibir Aqif Azizul sedikit berdarah. Kepala Zayan menolek ke kanan sedikit memanggil Joey yang sedap makan aiskrim magnum dia.

'asal mamat ni panggil aku time aku tengah menikmati masa dengan honey aku ni'

"Kau buat?" Zayan menunjuk hujung bibir kiri dia pada Joey. Joey yang perasan hujung bibir Aqif Azizul berdarah menggeleng.

ZAYAN'S : THE BEAST  [Hold]Where stories live. Discover now