Bab 23 (unedited)

418 23 1
                                    


Starbucks di tangan Yasmin Delilah jatuh apabila seseorang yang dikenali datang menghampiri mereka bertiga.

Sarah Qasrina yang perasan badan Yasmin mengigil saat orang tersebut datang menghampiri pegang tangan Yasmin. Memberi kekuatan kepada sepupunya itu.

"Hey gorgeous." sapa suara lelaki itu bersama seorang wanita seksi dirangkul.

'ceh miskin sangat ke sampai pakai baju lubang sana sini?' perli Sarah dalam hati.

"Kau nak apa setan." tanpa tapisan, Tiara Airin melangkah ke depan melindung Yasmin dari pandangan lelaki itu.

"Woah woah we just coincidence meet here okay. Just relax ladies." lelaki itu mengelus rambut perang Tiara tapi ditepis kasar.

"Kepala otak kau la ladies. Kau ingat kau gentleman sangat? Eh Fakrul kau apasal tak henti muncul depan Yasmin?!" Tengking Tiara pada bekas suami Yasmin Delilah. Bukan dia tak tahu yang bekas suami dia ni dayus?

"Eh Fakrul berhambus la kitaorang tak kacau kau pun." Kali ni Sarah menolak badan Yasmin ke belakang. Sudah lima bulan sejak perceraian sepupunya itu namun Yasmin tetap tak dapat move on lagi.

'aku pun pelik apa pasai dia boleh jatuh cinta dengan jantan muka hauk ni. Dah la buka dompet keluar lalat ada hati nak perempuan cantik? Eh pergi mati la cantik dia tu!'

"You siapa semua perempuan sundal ni?" Perempuan tadi geselkan dadanya di lengan kiri Fakrul.

Tiara dan Sarah berpandangan sesama mereka sebelum berkerut dahi. Ingat kau sorang je ada buah tu?

'entah entah boobs buatan. Bukan main besar lagi. Aku punya lagi ori dari kau la betina sial' kutuk Sarah dalam hati. Dah lama dia tak kutuk orang. Sekali keluar semua.

Sarah hanya senyum tipis sebelum..

"Cakap kat cermin ke? Nak i belikan you cermin?" Tiara angguk setuju dengan kata Sarah. Simple dan padat.

Sarah mengeluarkan segala gambar bukti kecurangan bekas suami Yasmin dari beg tangan dan melemparkan ke atas udara. Semua yang lalu lalang menyambut gambar yang dibaling oleh Sarah.

"Uish lain macam hujan kat mall ni." sinis Tiara perli pada Fakrul.

Fakrul yang sudah memerah tahan marah gepalkan tangannya. Pelukan gadis yang bernama Caroline ditepis kasar.

Mata mata yang memandang Fakrul mendapat senyuman puas Sarah Qasrina.

"Akhirnya dapat juga aku buang sampah dari beg aku ni. Berbulan juga aku simpan tau sebab nak buat hujan depan kau and then....kau sendiri datang." Sarah kembali memerli bekas suami sepupunya, Fakrul.

"Kau jangan cabar baran aku, Sarah" kepala Fakrul ditunduk memandang kasut dia.

"Laaa nangis ke bang? Nak bagitau mak ke? Opsiee shworry la kitaorang sengaja buat macam tu HAHAHAHA." Tiara gelakkan puas sengaja mahu malukan Fakrul.

Dia tahu Fakrul pantang bila di malukan depan orang ramai.

Pang!

Tiara terteleng ke kanan akibat tamparan Fakrul. Orang ramai disitu sudah berbisik dengan perlakuan Fakrul.

'dayus punya laki patut pun dia ceraikan bini dia tu'

'dah la muka macam longkang dia ingat dia hensem sangat macam Shah Rukh Khan? Eee please la'

'wujud lagi rupanya lelaki dayus ni'

'kalau aku jadi bini dia pun aku minta fasakh terus tak payah tunggu cerai'

ZAYAN'S : THE BEAST  [Hold]Where stories live. Discover now