Bab 25 (unedited)

361 21 0
                                    


Sarah meletakkan dagunya dalam kedua-dua tangannya memerhati belakang badan Zayan. Bahu bidang yang terdedah tanpa seurat benang. Bentuk badan Zayan yang cukup sempurna di mata Sarah. Tidak terlalu kurus tidak terlalu berotot. Cukup la tu lepas nak angkat Sarah.

"come here my lady." Zayan memanggil Sarah tanpa memandang  wajah Sarah.

Tanpa Sarah bantah, kaki mencecah lantai mozek yang sejuk dan berjalan ke arah Zayan yang sudah menghidangkan makan malam. Terpinga-pinga Sarah berdiri di sisi kanan Zayan. Dah kenapa panggil orang ni? Makanan dah siap takkan la nak suruh tolong masak sekali.

"help me untie this apron"

Berdiri tegak Zayan di hadapan Sarah. Menunggu tangan Sarah mula bekerja.

Gulp

Bukan apa...kalau tali apron tu kat belakang tak apa la juga. Ni dia ikat kat perut dia.

"hurry up dolcezza. The meals will get cold." Sarah menelan air liur bila suara Zayan kedengaran sensual di telinganya.

Kedua-dua tangan Sarah menyeluk dalam antara lengan sasa Zayan. Seperti back hug. Disebabkan badan tegap Zayan itu buatkan Sarah hampir memeluk badan Zayan ketika hendak membuka ikatan apron itu.

Apabila terasa ikatan apron itu sudah terlerai, Sarah mahu menarik keluar tangannya dari terus memeluk badan Zayan tapi tangan Zayan lebih pantas meragut tangan Sarah.

Tanpa hiraukan Sarah yang mencuba tarik tangannya dari genggaman Zayan, jemari Zayan mula menyulam lembut ke dalam jemari Sarah. Menarik tangan Sarah memeluk badannya dari belakang.

Sarah hanya membiarkan apa yang Zayan lakukan. Malah dia sendiri tak mahu lepaskan pelukan mereka. Masih dalam mod pengantin baru.

"I'm sorry."

Sarah menjarakkan kepala dia yang diletakkan Di belakang badan Zayan. Kening hampir bertembung. Berkerut dengan ayat Zayan.

"for leaving you alone."

Sarah senyum. Jelas kedengaran Zayan menyesal tinggalkan dirinya sendirian pada pagi ini.

Kepala kembali diletakkan di belakang badan Zayan dan memeluk dengan lebih erat.

"takpe la...kerja dah siap?"

"dah. And now sayang pilih tempat."

Sarah kerut dahi. Tempat apa pulak ni?

Zayan meleraikan pelukan mereka dan memusing pandang wajah Sarah yang keliru.

"for our honeymoon."

"ooohhhh." Zayan mencuit hujung hidung Sarah. Comel!

"overseas?" teka Zayan.

Sarah geleng. Kening Zayan naik sedikit. Our Mrs traveler tolak tawaran ke luar negara?

"Sarah penat la asyik lawat negara orang aje..malaysia ni pun tak habis jalan lagi.." Sarah muncung bibir.

Hujung bibir Zayan naik. Dah muak la tu dengan negara orang.

"kan hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri. Lebih baik di negara sendiri!"

Zayan tergelak dengar peribahasa yang tiba-tiba keluar dari mulut Sarah.

"bukan negeri ke sayang? Hm?" Zayan mengelus lembut tangan Sarah.

"oh ye ke? Bukan sama je ke?" Lagi sekali Zayan tergelak kecil dengan wajah polos Sarah.

"anyway..let's eat." Zayan menarik tangan Sarah yang ada di dalam genggaman dia ke meja makan yang sudah terhidang makan malam mereka.

Zayan menarik kerusi lalu menyuruh Sarah duduk terlebih dahulu. Zayan tersenyum lihat Sarah yang terkaku dengan makan malam yang dia sediakan.

ZAYAN'S : THE BEAST  [Hold]Where stories live. Discover now