Bab 39 (unedited)

285 18 2
                                    


Sebaik saja kami berdua sampai di dalam rumah, Zayan mendukung aku dengan gaya bridal secara tiba-tiba.

"Sambung balik apa yang tertangguh tadi," Senyuman sinis diukir pada bibir Zayan.

Aku menggeleng dan mengeluh pada masa yang sama. katanya dia nak tunjuk skil baru.

Sampaai saja di destinasi Zayan, aku diturunkan secara lembut dan penuh dengan berhati-hati.

Aku pandang dia dan dia pandang aku. Sama-sama faham maksud itu.

"Ready?" Zayan bersuara.

"Always, cepat! Sarah tak sabar ni!" kataku teruja. Ada aktiviti yang seronok nak dilakukan.

____________________________

"No! bukan kat situ! tepi sikit pastu pusingkan perlahan-lahan." Suara Zayan naik sedikit. Salah teknik memang kena marah la.

"Ish asyik salah je malas la nak buat. abang je la yang pandai buat." Aku meletakkan cawan yang penuh dengan susu di atas meja. Malas nak buat dah.

Zayan bercekak pinggang memandang isterinya. dia yang tak sabar nak belajar, sekali tak sampai 10 minit dah mengalah.

"Abang ni semua benda pandai buat. latte art ni pun pandai buat. apa je kelemahan abang, hah?" Aku mendongak pandang Zayan yang lebih tinggi daripada aku.

"Kan dah cakap, abang reti buat sebab abang pernah ambil kelas buat latte art dulu dengan Zyan. Bukannya lahir je abang dah tau buat latte art ni." Zayan menunduk sambil bercekak pingang.

"Yang abang pergi ambil kelas tu dah kenapa? saja nak tunjuk yang abang orang kaya?" aku membalas tidak puas hati.

Walaupun aku ada cafe, tak bermakna aku tahu semua benda pasal coffee. At least aku tahu basic mengenai kopi dan jenis dessert di kedai aku. Bagi aku, nak mulakan perniagaan mulakan dengan minat.

Yes aku memang minat latte art tetapi tangan aku bukan tangan orang berseni, jadi aku lebih suka minum berbanding buat.

"Suka hati abang la nak pergi kelas apa pun duit abang."

"Your money is my money. My money is my money!" Aku pandang dia tajam. Memang saja cari gaduh kan?

"Eh eh sesedap hati dia aje kata duit kita duit dia. Orang ni yang penat lelah kerja siang malam, sedap hati je kata tu duit dia. Cubit kang!"

"Cubit la ingat orang takut?" Kaki aku dijingkit cuba menyamai tinggi aku dengan tinggi dia.

Alis kening kanan Zayan naik ke atas. Seiring itu, dia senyum sinis memandang Sarah yang cuba menyamai tingginya.

Zayan meletakkan tangan kanannya di atas kepala isterinya. "Orang handsome mana boleh gaduh dengan orang pendek."

Riak wajah Sarah terkedu. What? Orang pendek dia panggil kita?

Aku menunding jari telunjuk tepat pada matanya. "Jangan pandang rendah pada orang macam Sarah eh."

Zayan menjingkit sengaja menunjuk yang dia lebih tinggi daripada Sarah.

"Tapi memang abang pandang sayang rendah pun. Mana ada abang pandang sayang tinggi. Sayang yang selalu mendongak bukan abang." Zayan menahan gelaknya.

Buk!

Sarah menghadiahkan satu tumbukan padu pada perut suaminya. Zayan meraung kesakitan sambil memegang perutnya itu.

Buk!

Sekali lagi, Sarah sepak kaki kanan suaminya dan membuatkan Zayan terduduk melutut di hadapannya.

"Sekarang siapa yang mendongak pandang siapa?" Kata Sarah bangga.

ZAYAN'S : THE BEAST  [Hold]Where stories live. Discover now