Bab 12 (unedited)

581 28 0
                                    


1 bulan kemudian

Kotak tisu yang kedua aku buka. Tong sampah di sisi kaki aku juga penuh dengan tisu. Bila sudah buka, segera aku ambil sehelai dan menghembus hingus aku dengan kuat. Dan buang di tong sampah.

Nasib baik pelanggan di Cafe tidak ramai, jadi dia tidak perlu risau kalau pelanggan dia rasa kurang selesa dengan kotoran yang dia lakukan.

"Selsema lagi ke?"

Dania datang dari dapur dengan apron masih di pakai. Aku hanya senyum tipis. Tidak larat nak senyum selebar mungkin.

"Biasa la tengah musim sakit sekarang ni," ujar aku kembali ambil sehelai tisu lalu menghembus lagi hingus aku.

"Bos balik la. Nanti lepas selsema, kepala sakit lepas tu mula la demam seminggu dia. Macam la saya tak tahu." kata Aina yang baru saja muncul dari melayan pelanggan.

Sarah menayangkan senyum tipis.

"Tak ada apa la...sikit je ni. Saya bos ke awak bos? Nak ke tengok carta jualan minggu lepas?"

Tertawa kecil Sarah melihat Dania dan Aina yang gelabah meninggalkan dia sendiri. Memang hanya dia dan Zarah saja yang menguruskan kedua Cafe di Damansara dan Mid Valley. Hari ni giliran aku uruskan di Mid Valley dan Zarah di Damansara.

Sarah menutup rapat mulut dia yang menguap luas. Pasti ini kesan ubat selsema yang dia ambil tadi. Laptop jenama Apple MacBook itu dia turunkan sedikit dan menolak sedikit ke hadapan bagi dia merehatkan badan dengan tidur yang singkat.

Adam yang melihat bos dia sudah lena melangkah perlahan ke hadapan Cafe. Niat ingin mengemas meja yang baru saja ditinggalkan oleh pelanggan terbantut apabila lelaki kedai sebelah berdiri tepat di hadapannya. Langsung Adam angkat kepala pandang lelaki itu.

Kening Adam naik. Uish hensem. Tak pernah nampak pulak lelaki ni.

"Yes? Apa yang saya boleh bantu?"

Belum sempat Adam ingin bantu lelaki itu, satu cawan panas diletakkan di meja yang sedang Adam lap.

"For her." kemudian lelaki itu berlalu masuk ke dalam kedai sebelah semula.

Adam garu kepala yang gatal itu. Maklum la dah tiga hari tak basuh rambut. Rambut pula kalah dengan rambut perempuan. Nasib Sarah benarkan Adam bekerja dengan dia walaupun rambut Adam panjang.

Adam ambil cawan itu dan buka penutup. Menghidu air itu.

"Ginger tea?" Gumam Adam sendiri. Setahu Adam teh halia ni sesuai untuk orang yang selsema.

Kemudian baru dia teringat yang bos dia sedang sakit. Terus dia meletakkan cawan berisi air halia tadi di sebelah laptop Apple MacBook Sarah. Tidak terlalu dekat kerana takut tumpah di atas laptop tu pula.

Adam pelik. Bos dia pakai cincin tapi bos dia tak pernah cerita dia tunang ke atau dah ada kekasih. Setahu Adam bos nya memang memilih bab lelaki sebagai suami dia. Sama macam memilih makanan.

Dan siapa pula lelaki tu? Oh baru dia teringat yang ada restoran baru dibuka pagi ini. Pasti itu bos restoran nya. Apa hubungan mereka?

Adam sudah senyum senget. Idea gila seperti Zarah bermain dalam fikiran dia. Kemudian dia sambung mengelap meja di luar kedai.

Setelah 30 minit Sarah tidur, dia akhirnya bangun. Kurang sedikit sakit di kepala dia. Kepala dia dipicit perlahan kemudian mata dia tertumpu pada cawan panas yang ada di sebelah laptop Apple MacBook.

Dia ambil dan membuka penutup cawan lalu menghidu air itu. Mata dia dipejam rapat menghidu wangian air itu.

"Teh halia." gumam aku sendiri. Aku meniup sedikit dan minum sekali merasai teh halia.

Terbuka luas mata aku.

"Sedap.." terus aku kembali menghirup teh halia itu. Adam yang kebetulan lalu di hadapannya dihentikan oleh dia.

"Dam. Siapa bagi? Sedap la." kata aku teruja. Kurang sikit selsema aku.

"Entah. Macam boss sebelah bagi. Dia suruh bagi kau. So aku letak kat sebelah MacBook kau." kata Adam selamba lalu kembali sambung kerja.

Boss sebelah? Kata Sarah dalam hati dia. Baru teringat yang sebelah sekarang ada restoran baru.

Tiba-tiba wajah Sarah memerah teringat siapa yang bagi teh halia ni. Dia tahu siapa yang bagi. Kemudian dia sambung menikmati kelazatan teh halia itu dengan senyuman. Harum teh halia menenangkan minda dia.

Dari luar kedai, sepasang mata hijau kebiruan memandang Sarah yang menikmati teh halia pemberian dia tiga puluh minit yang lepas. Senyuman lega hadir bila Sarah sudah kembali senyum sedia kala.

Dia menyeluk tangan di dalam poket seluar. Selama sebulan ini, dia hanya menjaga Sarah dari jauh akibat kerja yang bertimbun. Dan kerja yang tidak dapat dielakkan.

Zayan juga buat keputusan untuk memilih di sebelah Cafe Sarah menjadikan cawangan restoran dia yang ke-31. Dan mungkin dalam tempoh empat bulan lagi, dia akan sering datang ke restoran baru dia.

Sarah berpaling ke luar kedai dan melihat seorang lelaki dalam sut hitam dengan dua butang baju dilonggarkan.

Sarah menghadiahkan senyuman manis pada Zayan dan mengangkat cawan air tadi menandakan dia berterima kasih.

Zayan yang terpaku berpaling ke belakang dari memandang Sarah. Lalu dia kembali masuk ke dalam restoran dia. Sarah yang lihat dari dalam Cafe berasa pelik. Dah kenapa dengan tunang dia itu?

Zayan menutup separuh muka dia dengan tangan kanannya. Tangan kiri dia menarik kolar baju dia sedikit mencari angin.

"Damn..her smile so cute." gumam Zayan perlahan dengan tangan masih di muka. Mark yang dari dapur pelik melihat tingkah laku signor dia.

"Signor?" Mark menarik lengan kanan Zayan yang menutup mukanya. Terbuntang mata Mark lihat muka Zayan.

"Woah! You're blushing so hard, dude!" Mark ketawa besar lihat muka Zayan yang sudah merah bak tomato.

Bertambah merah muka Zayan bila Mark tertawakan dia. Kali ni sebab malu. Zayan berdehem sebelum buka mulut.

"Sambung kerja atau tak kau kena potong gaji setahun." kata Zayan lalu berjalan masuk ke dalam restoran.

"Dude! A year?! Aku nak makan apa nanti dude!" Protes Mark bila signor dia sebut tentang gaji dia.

Sudah masuk sebulan dia berpindah kembali ke rumahnya setelah beratus kali kena paksa halau dari penthouse Zayan. Kalau setahun tak dapat gaji, mahu makan rumput dia esok hari.

Sarah masih dengan lakonan dia sebagai Zarah Qistina. Dia fikir mahu berterus terang sebulan sebelum majlis pernikahan berlangsung.

Selama sebulan ini, Bonda dan Abi sudah tidak tersilap antara aku dan Zarah. Sejak aku pakai cincin tunang ini, Bonda akan langsung ingat aku adalah Zarah dan Zarah adalah Sarah.

Senyuman Sarah jatuh saat teringat penipuan dia. Hati sudah mula sayangkan lelaki bernama Zayan itu. Tetapi lelaki itu milik Zarah. Dia patut buang jauh-jauh perasaan ini. Dari awal dia berkata pada diri dia, yang dia takkan menaruh perasaan pada Zayan. Walaupun Zayan bersikap sangat baik sekali pun.

Kepala Sarah kembali disembamkan di meja dengan kedua tangannya.

'lagi empat bulan je. Bertahan Sarah. Jangan bagi hati ni kuasai diri kau. Zayan tu milik Zarah. Kau tak patut sukakan dia.' kata sisi baik Sarah.

'kau betul ke nak lepaskan Zayan kat adik kau, wahai Sarah? Kau sanggup bayangkan Zayan tu berjalan dan bergelak sakan dengan adik sendiri?' kata sisi jahat Sarah.

'tak baik kalau kau rampas hak adik sendiri, Sarah' lawan sisi baik Sarah.

'kau tak ingat ke yang semua ni jadi sebab idea gila Zarah tu? So kau berhak ada perasaan pada Zayan. Teruskan Sarah!' lawan sisi jahat Sarah.

Sarah geleng kepala dia berkali-kali membuang gangguan tadi. Tapi betul juga kata sisi jahat aku tu. Zarah yang buat aku dalam posisi dia. Wajar la kalau aku ada perasaan pada Zayan?

Sarah sendiri tidak mahu perkahwinan dia tanpa ada rasa cinta. Dia mahu perkahwinan dia bahagia seperti pasangan lain. Tapi sekarang dia rasa bersalah kalau mula menaruh perasaan pada Zayan.

ZAYAN'S : THE BEAST  [Hold]Where stories live. Discover now