Bab 14 (unedited)

509 31 2
                                    


Sebulan kemudian selepas kejadian

'Seriously? Balik ke Venice lepas dia bagitahu yang dia mafia?? Dah sebulan dia menghilang, sekarang ni Bonda kata dia balik Venice??' marah Sarah dalam hati.

Sarah duduk di beranda bilik bertemankan sinaran bulan. Selama sebulan juga dia ambil masa fikirkan tentang kerja lain milik Zayan itu. Selama itu juga la dia mencuba untuk bencikan lelaki itu. Tetapi setiap kali dia mahu benci lelaki itu, setiap itu juga la bayangan lelaki itu hadir dalam fikiran dia.

Zarah yang baru naik dari tingkat bawah mengeluh lihat kakak kembar dia yang selama sebulan bertingkah seperti itu. Macam orang tengah broken. Zarah ambil tempat di sebelah kanan Sarah.

Sarah yang sedar kehadiran Zarah diam membisu.

"Akak jadi macam ni sebab Zayan?" Soal Zarah memulakan percakapan. Sarah cuma diam. Diam lebih baik daripada dia cakap benda merepek.

"Ke sebab dia mafia?"

Sarah yang terkejut memandang ke sisi kanan di mana Zarah berada. Mata dibulatkan tak percaya. Zarah senyum tipis dengan reaksi kakak dia.

"Jangan risau. Dia bagitau Zarah je. Dia tak bagitahu Bonda dan Abi. " Kata Zarah mendapat keluhan lega dari Sarah.

"Zarah nak tanya akak," Zarah berubah serius memandang kakak dia di sisi kiri. Sarah hanya membalas pandangan mata Zarah. Sekali meneguk liur kerana tahu apa yang dia akan katakan.

"Akak cintakan Zayan? " Sarah tidak beriak malah diam membisu pandang Zarah. Selepas itu dia kembali pandang langit di atas.

Zarah kembali mengeluh lihat reaksi kakak kembar dia. Sarah sendiri tak sedar dengan perasaan dia yang sudah terpaut dengan lelaki mafia tu.

"Tapi dia mafia.." kata Sarah perlahan.

Langkah Zarah yang baru saja mahu masuk, terhenti bila terdengar kata Sarah.

"Itu bukan sebab untuk akak benci dia. Yes mafia kerja dia membunuh orang. Tapi tak semua mafia sama, kak. Mungkin ada sebab kenapa dia tak bagitau akak. Tapi yang pasti kak..." Zarah menarik nafas sebelum sambung kata.

"...jangan hukum dia melulu. Kerja menghukum ni hanya Allah saja berhak. Zarah boleh jamin yang Zayan betul-betul ikhlas dengan akak. Lagipun akak tak bagitahu dia lagi yang akak pernah jadi atlet taekwondo dulu." Kata Zarah lagi.

Sarah meraup wajah dia sekali. "Tu lain, Zarah. Lain." Sebaris ayat Sarah membalas kata Zarah.

"Jangan tipu perasaan sendiri tu, Sarah. Kau cintakan dia. Kau tahu tu. Cinta itu mengajar menerima kekurangan seseorang. Zayan banyak kelebihan dan kekurangan. Semua ada kisah silam. Kau pun ada, aku pun ada. Yang pasti jangan hukum tanpa dengar cerita keseluruhan dia." Zarah kembali masuk ke dalam dan menutup lampu tidur, bersedia untuk masuk tidur.

Sejak Sarah bertunang dengan Zayan, rumah dia sudah dijual. Sarah sekarang berasa lebih selesa tinggal di rumah keluarganya.

Sarah kembali memandang langit yang gelap tanpa bintang. Satu sinaran kecil di langit mengalihkan pandangan Sarah. Satu bintang kecil. Little star.

Tanpa dia sedar, air mata dia mengalir. "I miss you.." kata Sarah sayu.

Benar kata Zarah. Dia tak patut nilai dan hukum kisah silam Zayan tanpa tahu kisah keseluruhan dia. Zayan juga islam, jadi Sarah pasti Zayan tak akan membunuh orang tanpa sebab.

Sarah sudah tidak menafikan perasaan dia pada Zayan lagi. Dia rindukan jejaka itali itu. Dia rindu dengan senyuman sinis dia, rindu dengan wajah dingin dia seperti ais batu.

ZAYAN'S : THE BEAST  [Hold]Where stories live. Discover now