Bab 24 (unedited)

444 26 0
                                    


Zayan mencempung tubuh Sarah walaupun wanita itu sudah sedar dari tidur. Butang lif di hadapan Zayan ditekan sebelum masuk dan menekan butang naik ke tingkat atas.

Sekilas Zayan lihat wajah Sarah yang kosong termenung. Hati dia resah lihat Sarah yang bukan dirinya seperti selalu. Ceria, periang.

Sampai saja di bilik utama mereka, Zayan meletakkan badan Sarah perlahan di katil sebelum menyuruh Sarah mandi.

" Sayang pergi mandi dulu ya? Nanti turun abang masakkan untuk sayang ya" Zayan genggam erat tangan Sarah dengan keadaan melutut di hadapan Sarah.

Sarah hanya senyum nipis sebelum bangun ambil tuala dan masuk ke dalam bilik air dengan keadaan lemah.

Zayan menghantar kelibat Sarah dengan pandangan sayu. Kalaulah dia tak letak dalam mod silent tadi, pasti dia takkan lambat. Kedengaran air dari bilik air memastikan Sarah sudah mula mandi.

Perlahan Zayan bangkit dari melutut sebelum menanggalkan jam tangan dan dompet. Langkah Zayan mahu keluar dari bilik terhenti apabila terdengar tangisan dari dalam bilik air.

Zayan memejam mata sebelum menarik nafas dalam-dalam. Langkah dia mahu ke tingkat bawah terbantut. Zayan menyeluk tangan ke dalam poket seluar sebelum berjalan perlahan ke tepi pintu bilik air. Belakang badan Zayan bertemu dengan dinding lalu menundukkan kepala.

Tangisan Sarah kecil tapi pendengaran tajam Zayan membuatkan dia dapat tahu yang Sarah sedang menangis sambil mandi. Ataupun..dia terpaksa mandi sambil menangis.

Semakin kuat tangisan Sarah semakin kuat rahang Zayan diketap. Mata dia kosong dan fikiran dia hanya ada Sarah saja sekarang.

Setelah lebih lima minit dia bersandar di sebelah pintu bilik air, tangisan Sarah sudah tidak di dengar. Pintu bilik air yang terbuka luas mengejutkan Zayan.

Sarah yang berkemban dengan tuala hingga paras peha di pandang. Riak wajah dia yang kosong berubah warna. Di pandang pada tubuh dia yang hanya beralaskan tuala.

Zayan hanya pandang Sarah yang rambut basah dan badan yang masih basah. Lima minit je kau dah siap mandi? Biar betul kau ni

Zayan mengeluarkan tangan nya sebelum mendukung tubuh Sarah. Terjerit kecil Sarah dengan tindakan suaminya.

"Ab..abang" Zayan kembali masuk ke dalam bilik air dan meletakkan Sarah di dalam tub mandi yang kosong.

"A..apa abang bu..buat ni" memerah wajah Sarah apabila Zayan membuka tuala yang membaluti tubuhnya.

Zayan tidak menghiraukan Sarah dan terus memandikan Sarah. Disebabkan malu menyerang dalam diri Sarah, dia hanya diam apabila Zayan tidak memberi respon.

'macam mana dia tau aku mandi gitu gitu je? Sabun syampu semua tak terusik'

" Hiss " Sarah berdesis pedih apabila sabun badan di sapu oleh Zayan pada belakang tubuhnya. Itu salah satu kenapa dia tak mahu lama lama dalam bilik air. Sakit kena libas masih berbisa.

Sarah menunduk apabila dia dapat lihat Zayan mengetap rahangnya kuat. Dia marah ke? Mesti lah dia marah sebab aku tak pandai jaga diri. Mesti dia jijik dengan aku. Mesti dia taknak sentuh aku

Takungan air mata Sarah penuh tanpa dia sedar.

Perbuatan Zayan yang bertindak mencium peha Sarah buatkan Sarah terkedu. Setitis air mata Sarah mengalir di pipi. Tidak menyangka Zayan akan berbuat begitu.

" Is it still hurt? " Soal Zayan mengusap lembut peha di mana disentuh oleh lelaki dayus itu. Sarah geleng.

Syampu rambut diletakkan di tapak tangan sebelum di sapu pada rambut panjang paras pinggang Sarah.

ZAYAN'S : THE BEAST  [Hold]Where stories live. Discover now