Bab 5

654 35 0
                                    


Aku mengikut langkah Zayan dari belakang dengan berhati-hati. Risau mereka masih ada di situ.

Zayan menghala ke arah satu superbike warna hitam dan mula menghidupkan enjinnya.

Dia menghulurkan topi keledar pada aku. Aku terpinga-pinga lihat helmet di tangan dia. Lepas tu aku kembali lihat superbike dia. Tiada extra helmet. Dia kembali paksa aku ambil helmet dia. Aku tolak.

"Habis awak macam mana?" Soal aku perlahan. Bukan apa. Aku mana pernah tunggang superbike. Lagi-lagi dengan bukan mahram aku. Kalau aku jatuh nanti macam mana? Huwaaa.

"Just take it. Kalau kau tak nak tudung kau tercabut, baik kau pakai." Zayan melepaskan helmet dia di dalam tangan aku.

Betul juga kata dia. Dah buat dosa, bertambah lagi dosa aku.

Beret yang aku pakai itu dicabut dan letak di atas beg tangan aku. Nak masuk dalam beg, tak muat sebab banyak barang. Sekilas tangan Zayan ambil beret aku dan letak di atas kepala dia.

"Ni sebagai helmet aku," kata Zayan bila aku mahu ambil semula beret aku. Mendegus kasar aku bila aku tengok dia pakai beret aku. Dia pakai, jadi besar la nanti!

"Sini. Aku pakaikan." Zayan pegang helmet yang sudah tersarung dalam kepala aku bila aku struggle nak pakai.

Dah katakan tak pernah naik motor sebelum ni. Mata aku sempat lihat wajah dia yang masih ada darah.

Nak aje tangan aku lap darah tu. Tapi tu la haram. Tapi darah tu tak mencacatkan langsung wajah kacak dia malah makin aku tertarik pada dia. Nampak lebih kacak.

Aku berdehem bila dia sudah siap pakaikan aku helmet. Langsung dia naik ke atas superbike dan menepuk tempat duduk belakang dia. Menyuruh aku duduk di belakang dia.

Teragak-agak aku mahu naik. Satu kalau aku naik, pasti badan aku akan terdorong ke belakang badan dia. Tu dah satu lagi dosa bertambah. Dia nanti kalau dia bawa laju, aku kena pegang dia kalau tak aku jatuh nanti.

Dia mengeluh perlahan bila lihat aku masih ragu-ragu. "Beg kamera kau dan beg tangan kau tu bagi aku," kata dia memusingkan badan ke arah aku.

Tanpa aku bantah, aku berikan pada dia. Dia memanjangkan tali beg tangan aku dan pakai di leher dia. Kemudian dia pusingkan ke belakang. Dan menjadi seperti beg galas.

"Kau naik dulu. Lepas tu kau pegang beg kamera kau. Letak kat tengah-tengah. Jadi kau takkan dekat dengan aku." Kata dia lagi.

Dia ibarat tahu apa keraguan yang bermain dalam kepala aku. Idea itu saja dah masuk akal bagi aku. Sekurang-kurangnya ada benda yang menjarakkan aku dan dia. Nanti aku boleh pegang beg kamera aku je.

Jaket kulit dia aku tarik sedikit saat aku mahu naik di belakang dia. "Pegang beg galas tu kuat sikit. Aku bawa laju." kata dia sebelum bersiap sedia.

Tanpa aku bantah, aku pegang tali beg aku tu kuat.

"Ba..bawa slow sikit. Aku tak pe..pernah naik mo.. motor." Sarah bagitahu Zayan yang dia tak pernah naik superbike selama dia hidup. Gementar juga sehingga fikir segala benda yang boleh terjadi. Kemalangan, terjatuh la.

Dari cermin sisi, dapat Sarah lihat Zayan tersenyum senget dengar ayat dia yang tergagap. Terus dia mula bawa superbike dia sedikit laju.

Sarah terjerit sedikit bila Zayan bawa superbike dia laju dan pegang tali beg galas tu kuat dengan mata tertutup. Seketika itu, Sarah perasan kelajuan superbike Zayan semakin perlahan walaupun jalan raya itu lenggang tiada kenderaan.

Dengan kelajuan perlahan itu, aku melonggarkan pegangan tali beg galas itu. At least dia dengar cakap aku. Aku pejamkan mata dan menikmati udara segar Venice pada malam hari.

ZAYAN'S : THE BEAST  [Hold]Where stories live. Discover now