Bab 31 (unedited)

332 16 0
                                    


Tok! Tok!

Aku membuka pintu dan apabila wajah orang yang aku rindu terus aku peluk erat.

"Kalau ya pun jemput la kita orang masuk dulu." Tiara bercekak pinggang melihat aku dan Zarah berpelukan.

"Ceh sebenarnya kau jealous kan aku tak rindu kau." aku menjemput Zarah, Tiara dan Yasmin ke dalam rumahku.

"Hm not bad design rumah kau," Tu dia dah mula analisis interior rumah aku.

Aku buat-buat tak kenal kawan sendiri bila satu ruang tamu dia analisis.

"Sarah," Panggil Yasmin.

Aku angkat kening sebelah seakan bertanya 'kenapa?'

Yasmin terlihat gelisah dan dahinya mula berpeluh.

"Apa dah jadi dengan Fakhrul?"

Aku jeling ke atas dengar nama lelaki tak guna tu dari mulut sepupuku.

"Entah aku tak tau. Yang kau cari dia dah kenapa? Lepas apa yang dia dah buat kat aku, kau ingat aku nak jumpa dia lagi?" Tanpa aku sedar, aku ungkit kembali kejadian itu.

Yasmin menundukkan kepala memandang kakinya. Berasa serba salah membiarkan sepupunya diperlakukan sebegitu bila dia sedikit pun tak membantu. Tapi dia tetap perlu cari bekas suaminya.

"A...aku.." belum sempat Yasmin habiskan katanya, bunyi loceng rumah kedengaran.

Pada masa yang sama, Zayan baru saja siap masak makanan tengahari selepas tahu mereka akan datang lawat aku. Aku memandang Zayan dan pandang pintu rumah sekilas. Menyuruhnya buka dan lihat siapa yang datang. Mana tahu ada tetamu lain yang datang.

"Bro!" baru saja Zayan membuka pintu, Joey lompat memeluk tubuh Zayan. Kalah perempuan ni.

Zayan menepis tangan Joey kasar. Bukan saja ada Joey bahkan Eric, Mark dan Ilham juga ada.

Aku bangun dan sertai mereka berlima. Saja menyapa tetamu Zayan.

"Hai guys! apa korang buat kat sini? Zayan ajak ke?" Soalku pada mereka berempat.

Eric sibuk bermain dengan telefon, Mark dan Ilham hanya senyum apabila mereka lihat kehadiran aku.

"Ada benda penting nak bincang dengan husband you. I pinjam dia kejap okay." Ilham mewakili mereka bersuara tujuan mereka ke sini.

"Oh...masuk la buat macam rumah sendiri."

Joey terus membuka kasut dan merayau di ruang tamu tanpa dia sedar tiga orang gadis lain perhati dirinya.

Betul-betul buat macam kat rumah sendiri.

Joey yang terasa ada tiga mata memerhati dirinya terus terhenti. Memandang Zarah, Tiara dan Yasmin yang sudah berasa kekok dengan kehadiran empat lelaki asing.

"Hey ladies, this is my friends. Sorry if they make you feels uncomfortable." Zayan perkenalkan mereka kepada tiga orang gadis ini.

Aku melihat Ilham dan Mark gembira berkenalan dengan kawan-kawanku. Kawan ke kalau Tiara seorang je kawan aku kat sini?

Tidak bagi Eric. Dia terlihat merenung Yasmin yang sedaya upaya larikan mata supaya tidak bertembung dengan mata tajam Eric. Aku pandang Zayan dan dia juga pandangku.

Mesti ada benda berlaku ni!

"How's your baby?" membulat mataku bila Eric bertanya begitu.

Bukan aku saja yang berikan reaksi begitu bahkan semua yang ada terkejut. Lagi mengejutkan bila Eric sendiri yang bertanya!

ZAYAN'S : THE BEAST  [Hold]Where stories live. Discover now