Bab 37 (unedited)

254 17 0
                                    


"Okay abang tanya Sarah jawab." Aku bangkit daripada lengannya. Duduk bersila. Dia juga ikut duduk.

"Okay. Hm...nama apa?" Zayan ketawa dengan soalan yang dia tujukan.

Aku pukul lengannya kuat. Orang tengah serius dia main-main pulak.

"Jawab je la.. cepat!"

Aku mengeluh. Ada-ada aje soalan dia ni.

"Sarah Qasrina Binti Mohd Khalid,"

"Umur?"

"27 tahun,"

"Kerja?"

"Full time cafe owner and part time photographer."

"Nama suami?"

Alis kanan aku naik ke atas. Muslihat apa yang dia cuba buat ni?

"Andrea Zayan Marcello atau Andrea Zayan Bin Abdul Rahman." Zayan angguk puas dengar jawapan aku.

"Pekerjaan suami?"

"Abang interview kerja ke sekarang ni?" Soal aku tidak puas hati.

"Pekerjaan suami?" Dia hiraukan aku. Aku mendengus kasar.

"A cef and ada syarikat sendiri."

Lalu Zayan diam sebentar selepas soalan tadi. Hanya pandang aku penuh dengan kasih sayang.

"Apa yang abang cuba buat ni?" Aku bertanya lagi. Keliru dengan apa yang dia cuba lakukan.

"Sayang pernah bagitahu yang past sayang teruk kan? That's for your reminder yang i'm your husband. Seteruk mana pun kisah silam sayang, jangan pernah terlintas dalam fikiran yang mengatakan abang akan tinggalkan sayang."

"Dah kenapa Sarah nak fikir macam tu pulak?"

Tangan kanannya mengusap lembut tangan kiri aku.

"Saja nak ingatkan sebelum sayang cerita. Ingat abang tak tahu yang sayang sebenarnya rasa kurang yakin dengan diri sayang?"

Zayan masih ingat bagaimana reaksi Sarah apabila Sarah bercerita pasal kucingnya dulu yang mati kena langgar kereta. Selama dia bercerita, tak habis-habis dia salahkan dirinya sebab cuai.

Jadi berkemungkinan juga kalau Sarah buka balik kisah lamanya, dia berikan reaksi yang sama. Zayan saja tanya soalan-soalan itu supaya mengingatkan Sarah yang kini dia tidak keseorangan. Zayan ada bersamanya. Jadi kalau Sarah rasa kurang yakin, cuma yakin pada Zayan.

"Abang...tau semua benda pasal Sarah kan?" Aku meletakkan kepala aku pada pangkuannya.

Zayan mengelus halus rerambut Sarah yang menghalang mukanya.

"Because you're mine. So i know everything about you."

Sarah berdehem sambil membetulkan posisi baringnya. Apabila aku mendongak sedikit, mata aku bertembung dengan matanya. Zayan mengerdip mata sekali seolah memberi kekuatan untuk aku bercerita.

"Waktu Sarah umur 15 tahun, Sarah dapat join satu competition antarabangsa yang mewakili Malaysia. Dan itu adalah impian Sarah sejak kecil. The competition buat kat Los Angeles. Sarah berlatih macam orang gila. Oh ya Sarah dulu adalah atlet taekwondo. Belt hitam."

"Disebabkan waktu tu Sarah bawah umur, satu family ikut Sarah pergi LA. Best juga sebab hotel, flight dan keperluan lain pihak organisasi yang uruskan. Dan kejadian hitam ini berlaku," aku meneguk liur laju sebelum sambung cerita.

"Abi dah larang tak boleh keluar malam sebab bahaya. Tapi Sarah keluar juga dengan Zarah. Biasa lah waktu tu kita orang nakal. Kita orang saja keluar nak jalan-jalan sebelum hari pertandingan esok."

ZAYAN'S : THE BEAST  [Hold]Where stories live. Discover now