Bab 27 (unedited)

358 20 0
                                    


Hari kedua kami di Port Dickson, Sarah dan Zayan sama-sama bermain aktiviti air yang ada. Yang paling Sarah suka semestinya banana boat. Zayan pula hanya layan isteri dia yang seronok bermain. Gembira hati dia lihat isteri yang gelak gembira.

Selepas penat bermain semua aktivit air, Sarah buat keputusan untuk bermain pasir dengan kanak-kanak yang ada di pantai. Zayan yang memakai kemeja corak batik hanya biarkan tidak berbutang menampakkan segala bentuk badannya. Bercekak pinggang pandang Sarah yang tak ingat usia dah lanjut masih main pasir macam budak kecil.

Jadi Zayan hanya berbaring di kerusi malas dengan ray-ban di pangkal hidung. Berjemur di bawah matahari. Zayan juga tidak putih dan gelap sangat. Berkulit tan.

"Weh cer kau tengok mamat tu. Sexy doh!" Sarah tertarik bila dua perempuan dalam lingkungan belasan seperti terkinja-kinja.

Sarah yang mahu tahu apa yang buatkan semua wanita seperti terpegun langsung tinggalkan kanak-kanak yang rancak bermain.

Meluas matanya lihat suaminya sedang berjemur dengan menayangkan otot perut secara percuma. Woi tu aku punya!

Kaki laju melangkah apabila seorang wanita mat saleh mula mahu mendekati Zayan. Secara drastik, Sarah duduk di atas peha Zayan.

Menayang cincin nikahnya pada wanita itu sebelum dia sempat buat apa-apa. See this? Berambus la. Dia aku punya.

Wanita mat saleh itu berkerut. Sarah buat muka. Oh tak nak mengalah juga ke?

"Hey handsome. Are you alone?"

Sarah macam...hello? Kau buta ke? Aku atas peha dia kut? Jangan la jadi perempuan buta pulak depan laki aku.

Tangan kasar Zayan melingkari pinggang Sarah. Mendekatkan wajahnya di leher Sarah yang dibalut dengan tudung.

"Are you done, Darling?" Zayan bersuara dengan dagu diletakkan di bahu Sarah. Sekali gesel jambang dia di pipi kiri Sarah. Bermanja.

Wanita mat saleh itu masih terpegun. Nak kena tunjuk kad kahwin kitaorang ke?

"Let's find some food! I'm hungry!" Kataku memusingkan badan hadap Zayan. Dia sudah senyum senget. Lantak la nak kata aku jealous ke tak. Ya aku jealous.

Tangan aku bekerja sendiri menutup perut Zayan dari pandangan syaitan. Haram. Halal untuk aku. Hahaha

Belum sempat Sarah mahu bangun, Zayan terlebih dahulu cempung badan Sarah. Mendukung balik ke bilik mereka. Hiraukan wanita mat saleh yang sudah melopong itu.

Lagipun jam sudah mahu masuk waktu maghrib. Selepas Sarah dan Zayan makan malam di kedai yang berhampiran dengan hotel, mereka terus masuk tidur.

Hari ketiga, Sarah mengajak Zayan keluar shopping cenderamata untuk keluarga mereka dan kawan-kawan. Sarah masih sama seperti semalam, cemberut lihat ada perempuan curi-curi pandang suami dia. Pada malamnya pula, mereka ulang seperti semalam. Makan dan tidur.

Hari keempat. Hari terakhir mereka menginap di hotel itu. Sarah cuma mengajak Zayan jalan-jalan di tepi pantai pada waktu petang. Mahu lihat sunset bersama. Itu antara bucket list Sarah. Mahu melihat sunset bersama suami. Dan sekarang dia dapat capai.

Sarah pegang kuat topi yang hampir terbang akibat angin. Sekarang dia dan Zayan duduk menyebelah di sisir pantai. Sesekali air laut terkena kaki mereka. Kepala Sarah disandarkan pada bahu Zayan.

Dalam fikiran Sarah tiba-tiba bermain lagu 'A Thousand Years' by Christina Perri. Sesuai dengan keindahan alam yang mereka sedang nikmati.

Diam

Hanya sunyi dan bunyi ombak meneman Sarah dan Zayan. Kanak-kanak pula sudah ramai yang pulang bersama parents mereka.

Lima hari empat malam. Malam ini malam terakhir mereka di Port Dickson dan esok mereka bakal kembali ke realiti. Alangkah indahnya jika masa terhenti sekarang. Hanya mahu berdua bersama tanpa gangguan.

ZAYAN'S : THE BEAST  [Hold]Where stories live. Discover now