Bab 7

554 27 0
                                    


2 tahun kemudian

"Bye, boss!" Lambai Aina yang baru saja mengunci pintu Cafe pada boss dia.

Sarah hanya lihat Aina yang gembira disambut oleh suami dia yang baru dikahwini selama 8 bulan. Bahagia terpancul di wajah Aina saat suami dia jemput dia pulang. Aku juga gembira melihat mereka berdua.

Sarah pula? Usia dah masuk 27 tahun pun tetap tiada yang mampu buat dia jatuh cinta lagi.

Ada juga la beberapa pilihan Bonda yang selalu berkepit dengan aku. Kata bila boleh masuk meminang. Buat semak je la jantan yang tak reti nak mengalah ni.

Aku buat keputusan untuk ke Cafe yang kedua di kawasan Mid Valley. Cafe pertama aku dibuka di Damansara. Berdekatan dengan kawasan rumah Bonda.

Honda civic yang berwarna silver itu dipandu perlahan menuju ke Mid Valley. Dengar kata di sana ada beberapa kerosakan yang berlaku. Jadi aku yang baru saja tutup Cafe di Damansara, baik lihat apa yang aku patut baiki.

Sebaik saja aku sampai, aku turun dan mengunci kereta aku. Tapi firasat aku seperti kata ada orang perhatikan aku. Sekali aku menoleh ke belakang, kiri dan kanan. Tiada orang. Mungkin ilusi aku aje kot.

Aku membetulkan kot baju warna pink itu sebelum berlalu ke Cafe aku. Sekarang pemakaian aku lebih matang dari dua tahun lepas. Aku sekarang lebih fokus pada kerjaya aku sebagai usahawan dan seorang photographer.

Sebagai traveler? Sudah aku berhenti sejak tahun lepas lagi. Sebab? Hilang minat. Entah sebab apa tapi hati aku rasa kurang atau kosong bila melancong ke luar negara. Seperti ada benda yang aku terlepas.

Kasut tumit tinggi itu tiba-tiba patah saat aku mahu melangkah. Nasib baik aku sempat tahan diri aku pada kereta sebelum jatuh. Kaki aku melemparkan kasut tumit tinggi itu dan berkaki ayam.

Keluhan berat dilepaskan. Aku pakai kau pun sebab hari ni ada meeting dengan client dari Klang je tau. Kalau tak, tak ingin aku pakai kau.

Aku sambar kasut tumit tinggi itu dan membuka bonet kereta lalu letak ke dalam bonet. Kasut converse warna putih diambil dan pakai. Agak sukar nak pakai sebab ketat sedikit.

Ni kasut converse tahun bila entah abang Zahid hadiahkan. Pakai pun berapa kali je. Dah ketat jadinya. Aku pakai aje janji ada kasut. Pasti nanti kaki aku akan melecet nanti. Hm.

Aku bangun dan tutup bonet itu lalu kembali mengunci kereta. Langkah aku perlahan disebabkan oleh kasut yang ketat itu. Balik ni aku tuntut kasut baru kat Abang Zahid.

"Sarah! Datang pun kau," ujar Adam berlari dapatkan Sarah bila dapat lihat dari jauh. Sarah berkerut kening.

"Dah kenapa ni?" Soal Sarah pada Adam yang dah macam ada masalah.

Sejambak bunga ros merah dihulurkan pada aku. Terus muka aku naik meluat. Dari bunga pun aku tahu siapa.

"Si Fariz lagi ke? Kau buang. Satu bunga dari dia sekali pun aku taknak tengok! Aku tak suka bunga. Kau cakap macam tu kat dia!" Kata aku berbaur marah pada Adam. Terus Adam sorok bunga itu dari pandangan aku. Bukan niat hendak marah si Adam tapi hampir setiap hari, ada aje bunga yang dihadiahkan untuk aku. Bukan tak suka bunga, cuma meluat dan tak nak bagi harapan palsu.

"Lagi ada apa-apa masalah ke?" Soal aku bila bunga tadi dah tak ada. Tenang sikit nak kerja.

"Papan tanda yang kita letak kat depan kedai tu patah. Aku nak betulkan tapi tak pasti sebab kau yang buat papan tu. Kau punya skil tukang tu lain dari aku. Lepas tu lampu bulat tu terbakar. So aku tukar la. Yang tinggal papan tanda tu je. Kau tolong eh?" Ujar Adam panjang lebar.
Mata dia bersinar penuh harap aku setuju. Tergelak kecil aku dengan si Adam.

ZAYAN'S : THE BEAST  [Hold]Where stories live. Discover now