Bab 33 (unedited)

326 16 0
                                    


Tuala yang ada di atas rambut basah itu diramas perlahan. Kaki menuju ke arah meja soleknya. Segala skincare dan makeup yang disusun rapi itu semestinya milik Sarah.

Bermula dengan toner dan diikuti dengan serum dipakai pada wajahnya. Beberapa saat menunggu serum untuk meresap, moisturiser pula dipakai dan diakhiri dengan sunscreen.

Selain dari skincare, Sarah juga menjaga tangannya dengan baik. Jadi dia tidak pernah skip memakai lotion setiap hari.

Lotion jenama Nivea itu digoncang yang sudah tinggal sedikit dan ditekan pada belakang tapak tangan. Akibat tertekan banyak, terdapat lebihan lotion yang ada di tangan Sarah.

Kebetulan Zayan yang baru saja keluar dari walk in wardrobe, Sarah mendapat idea.

Punggung diangkat dari bangku dan menghala ke arah suaminya.

Zayan yang keliru dengan isterinya menaikkan kening ke atas. Kenapa?

Tanpa banyak soal, Sarah mencalit sedikit lotion itu di atas tangan suaminya. Dia meratakan lotion di atas tangannya sebelum mengurut tangan Zayan.

Halkum Zayan bergerak ke atas dan bawah apabila dapat rasa betapa lembutnya tangan isterinya ketika mengurut tangan dia.

"What're you doing?"

Sarah mendongak pandang Zayan.

"Sarah tertekan lebih lotion ni tadi pastu abang datang on time. So i'll give you a little bit of lotion." Sarah masih mengurut lembut tangannya.

Zayan menutup mata nikmat dengan urutan lembut di tangannya.

"Done!" Sarah melepaskan tangan suaminya dan kembali duduk di depan cermin sedia untuk make up pula.

Zayan tidak puas. Dia mahu lagi dan lagi.

Tanpa amaran, tubuh isterinya diangkat dan diletakkan di atas meja solek.

"Kenapa?" Sarah sudah tidak terkejut. Sudah mula biasa dengan kebiasaan suaminya yang suka angkat dan letakkan di atas meja.

"You seduce me just now." Suaranya penuh seksual.

"Sarah buat? Mana ada. Sarah bagi abang lotion sikit je, tu pun sebab terlebih letak. Kalau buang membazir la." Terang Sarah.

Tangan Sarah merangkul leher Zayan erat.

"Really? Then i want more." Zayan mendekatkan wajahnya di leher Sarah meninggalkan kesan.

"Meh sini Sarah urut lagi sebelah."

Baru saja Sarah ingin ambil lotion yang dipakai tadi, Zayan mengangkat Sarah dan melilitkan kaki isterinya pada pinggangnya.

Sarah dan Zayan senyum nakal.

"Kata nak lotion lagi?"

"Itu nanti boleh, now give me my breakfast." Matanya turun ke bibir Sarah yang baru saja dicalit dengan lip balm.

Sarah mencium lama bibir suaminya.

"Cukup tak breakfast ni?"

"Itu baru nasi, nak ayam pulak."

Belakang badan Zayan dipukul.

"Orang bagi betis nak peha ya?"

Senyuman nakal Zayan muncul.

"Don't you know i like your peha?" Tangannya naik usap peha Sarah yang dililit pada pinggang.

Bibirnya dikemam merasa sesuatu.

"Hm cherry."

"Memang la sebab Sarah pakai lip balm perisa cherry hari ni."

Muka Zayan dirapatkan kepada muka isterinya.

ZAYAN'S : THE BEAST  [Hold]Where stories live. Discover now