Bab 4

663 37 0
                                    


Mulut aku terbuka kecil memandang wajah lelaki di hadapan aku. Kening sebelah dia naik sedikit. Tak percaya jejaka itu berada di hadapannya.

"Close your mouth or I'll do it for you." ujar dia perlahan sambil membuka Macbook milik dia. Oh mesti kerja la tu.

Terus aku kemam bibir aku rapat. Kalau dia yang tutupkan, risau jadi lain. Tak mahu aku dapat dosa free.

Hidangan makanan dan minuman yang aku pesan tadi selamat sampai di hadapan aku. Bersinar mata aku melihat betapa menyelerakan makanan itu. Ee tak sabarnya nak makan!

Wajah Isabella sedikit terkejut melihat Zayan. Zayan mengenyit mata sebelah pada Isabella sekali dan dia faham isyarat lelaki itu. Terus Isabella tinggalkan mereka berdua.

Dua pekerja yang sambut Sarah tadi menarik Isabella dan mula bergosip.

"Cosa fa il nostro capo con lei?"
(Apa yang bos kita buat dengan perempuan tu?) Ujar Eric pada Isabella. Isabella naik bahu dia. Mana lah dia tahu, dah itu hal peribadi bos dia.

"Non lo so. Forse sarà sua moglie."
(Tak tahu la. Mungkin bakal isteri dia kut.) Kata Isabella pada Eric.

Wajah Eric dan seorang lagi pekerja yang dipanggil Joey terkejut dengar kata Isabella. Joey pula bertanya.

"Il mio capo non ha mai conosciuto una donna, Vero?"
(Bos kita tak pernah jumpa mana-mana perempuan, kan?) dalam bahasa ibunda dia. Eric dan Isabella angguk.

", non ce n'è bisogno anche se ci sono molte donne, ma lui stesso è venuto da lei."
(Betul, ramai je perempuan cuba dekat dengan dia, tapi kali ni dia yang dekat dengan perempuan tu dulu.) Kata Eric mendapat tanda setuju Joey.

"Penso che il nostro capo abbia trovato la sua partner."
(Aku rasa bos dah jumpa pasangan dia la.) Ujar Isabella sebelum berlalu teruskan kerja dia semula. Eric dan Joey angguk setuju dengan ayat Isabella.

Ada juga mereka bertiga memuji Sarah seorang wanita yang cantik dan elegan. Sesuai dengan imej restoran mereka.

"Buat apa kat sini?" Soal Sarah pada Zayan yang tidak pandang dia lansung. Dah duduk kat meja orang, tak reti nak tengok muka ke? Sibuk sangat ke? Penting sangat ke kerja dia? Kau kerja presiden negara ke bang?

"Kerja. As you can see. I'm working." ujar dia memusingkan laptop dan paparkan aku carta jualan. 

Mulut aku bulatkan kecil. Ohhh betul la kerja presiden. Entah presiden apa entah. Aku pun selalu tengok carta jualan ni setiap bulan bagi Cafe aku.

Tanpa aku hiraukan dia, tangan ditadah dan membaca doa makan sebelum mulakan tugas penting aku. Tugas apa? Apa lagi, makan la!

Baik saja aku amin kan bacaan doa makan, sudu dan gardu aku sambar laju. Menari kecil aku memutarkan spaghetti aglio olio yang ada di hadapan aku. Aku meniup sedikit bila lihat masih ada wap panas. Lalu terus masuk ke dalam mulut. Tergamam aku seketika.

Terus aku kunyah laju dan menelan. Ayam yang dimasak bersama spaghetti itu, aku cuit sedikit dan ambil sedikit spaghetti tadi. Tertutup mulut aku dengan tangan kanan.

"Why? Tak sedap?" Soal Zayan di hadapan aku. Pandangan dia serius pada wajah aku. Aku geleng laju. Ibu jari diberikan pada dia.

"Sedap! Sedap sangat! I never taste a dish like this!" Ujar aku teruja selepas habis mengunyah.

ZAYAN'S : THE BEAST  [Hold]Where stories live. Discover now