Bab 3

749 46 0
                                    


Terjingkit-jingkit aku mahu mengambil beg tangan aku. James pula dah keluar terlebih dahulu. Dah la dia letak bukan main dalam lagi!

Satu tangan kekar memintas tangan aku dan mengambil beg aku. Aku memusingkan badan dan hampir tercium dada dia. Cuba mencari gerangan yang membantu aku.

Zayan

Terkaku aku di dalam dakapan dia. Aku terkepung antara kerusi dan badan dia. Dia menghulurkan beg tangan aku tadi. Aku cepat-cepat ambil dan menunduk lari dari dakapan dia di bawah lengan dia.

Dia ni memang suka buat jantung aku nak meletup ke apa? Suka muncul tiba-tiba? Langkah aku berhenti dihadapan pintu masuk Venice Marco Polo Airport.

Mata aku mencari seseorang untuk bantu aku ambilkan gambar aku di situ. Kena lah update pada ma'am besar kat KL tu

Tubuh tegak yang berbaju sut biru tua itu menjadi perhatian aku. Aku kemam bibir aku. Bibir bawah aku gigit sedikit.

Nak pergi ke tak? Tapi kat sini aku tak kenal sesiapa pun. Muka pun lebih kurang sama je dengan dia. Ah lantak la janji bonda dah tak risau. Kita tebalkan muka. Perasaan malu dibuang jauh. Kau boleh, Sarah.

"Zayan," panggil aku sekilas bila dia mahu melintasi aku. Langkah dia berhenti. Berpaling menghadap aku. Kening sebelah dia naik. Bibir bawah aku gigit lagi.

"Stop biting your lips. Just say it." Ujar dia lagi. Aku berhenti menggigit bibir aku.

"Tolong ambilkan gambar saya, boleh?" Aku senyum manis pada dia. Ya la kan bila minta tolong tapi muka masam macam dia, tak jadi dia nak tolong aku.

"Phone," lamunan aku terhenti."Huh?" Soal aku keliru. "The phone." gelabah aku bagi dia telefon aku di tangan dia.

Aku berlari anak menuju ke tempat yang cantik dan menampakkan papan tanda 'Venice' itu. Dan aku buat posing banyak sedikit di hadapan kamera. Ada gaya 'peace' ada juga gaya senyum manis sambil pegang beg tangan dan banyak lagi.

Lalu aku pergi ke arah Zayan yang sudah habis mengambil gambar aku. Terus aku lihat hasil tangkapan dia. Aku bulatkan mulut aku. Ibu jari aku tunjukkan pada dia.

"Good shot, Zayan. Thanks!" Ujar aku dengan senyuman tak lekang dari bibir aku. Lalu aku masuk ke dalam Airport meninggalkan Zayan di belakang.

"se c'è un destino, ci rincontreremo." ( Ada jodoh, kita jumpa lagi.) Zayan gumam seorang diri dengan hujung bibir naik sedikit melihat Sarah di hadapan dia.

🥀🥀

Aku turun dari teksi dan pemandu teksi itu bantu aku mengeluarkan bagasi kecil aku. Aku mengucapkan terima kasih dalam bahasa itali.

"Grazie." (Thank you) Ucapku sepatah dengan senyuman manis.

Aku sempat belajar beberapa ayat seperti hai, bye dan terima kasih. Yang selebihnya aku hanya akan bercakap dalam bahasa Inggeris.

Bangunan yang besar itu aku lihat dengan kagum. Sangat besar dan cantik. BW Premier Collection CHC Continental menjadi hotel yang aku pilih.

Bagasi tadi aku tarik bawa masuk ke dalam hotel. Check in sebentar dan dapat saja kunci hotel aku, terus naik ke tingkat 10.

Turun dari lif, aku melangkahkan ke kanan. Mencari nombor bilik aku, 1015. Bila nombor itu menangkap pandangan mata aku, terus aku masukkan kad yang diberikan tadi dan terus aku menolak bagasi apabila pintu bilik aku sudah buka. Tidak lupa juga aku tutup pintu itu semula.

ZAYAN'S : THE BEAST  [Hold]Where stories live. Discover now