🌸 : prolog

8.2K 595 25
                                    

PRANGGG!!!

Bunyi pinggan yang sudah pecah terhempas ke lantai itu bergema diseluruh pelusuk rumah.

"Kau nak bunuh aku ke?!" terhinjut bahunya saat suara itu melengking kuat.

Kepala digeleng kuat. Menafikan apa yang berlaku.

Wajah bengis itu menatapnya tajam. Mata turun menatap lantai mamar yang sedang dipijak. Tidak sanggup bertentang mata dengan manusia yang sedah mengamuk di depannya ini.

"Kau sini...Kau sini" panggilnya garang.

Teragaj-agak kakinya melangkah. Berhenti sahaja kaki di sebelah meja makan,rambutnya terus dicengkam kuat sehingga kepala terdongak ke atas.

Mata dipejam rapat. Menahan segala rasa perih dan sakit yang datang serentak menyerang diri.

Rahangnya dicengkam kuat.

"Kau makan apa yang kau masak ni!" gumpalan nasi tadi ditonyoh masuk ke dalam mulutnya.

Dada terasa sempit. Matanya juga sudah mula mengeluarkan buliran jernih. Ingin sahaja dirinya menjerit. Memohon agar perbuatan kejam ini dihentikan.

Namun,apakan daya. Dirinya tidak mampu mengeluarkan walau sepatah aksara.

Terbatuk-batuk dirinya akibat tersedak.

"Aku suruh kau masak makan tengah hari aja. Itu  pun susah ke?!" amuknya lagi.

"Payah betul la jaga kau ni bisu" badannya ditolak kasar sehingga terjelopok jatuh ke atas lantai.

"Kemas balik semua ni. Aku taknak tengok secalit makanan pun yang kau masak ada dalam rumah ni" arahnya.

"Dasar menyusahkan..." dengusnya sebelum meninggalkan ruang makan.

Nafas dihela lemah. Perlahan-lahan tangan mencapai serpihan kaca yang bertaburan di atas lantai. Satu per satu dikutipnya.

Begini lah kehidupan seorang Lyla Ayarra. Dijadikan seorang orang gaji di dalam rumah sendiri. Diseksa di dalam penjara yang dicipta oleh ibu tiri sendiri. Hidupnya tiada beza dengan Cinderella.

Cuma bezanya,Cinderella dapat penamat yang bahagia. Sedangkan Ayarra? Entahlah...

Dia sendiri tidak tahu bagaimana hidupnya di masa akan datang. Mungkin bahagia dan mungkin juga bertambah derita.

Hidup yang dahulunya hancur berkecai saat ayah kandungnya sendiri memilih untuk mendirikan keluarga baharu dengan seorang janda. Perkahwinan yang awalnya nampak seperti menuju ke arah keluarga bahagia hanyalah angan-angan semata.

Semuanya hanya lakonan. Layanan baik dan penyayanh sebelum ini hanya lakonan demi menambat hati si ayah untuk berkahwin.

Bahkan sekarang,Ayarra sendiri hilang kasih sayang dari seorang ayah. Yang tinggal hanyalah dirinya seorang diri yang masih mencuba untuk bertahan di dalam neraka dunia ini.

Mahu bersuara pada si ayah,sudah tentu lelaki itu tidak akan percaya. Kerana ibu tiri Ayarra sendiri melayannya baik hati ketika ayah berada di sisi.

Namun siapa sangka,sebenarnya badan kecil itu sudah banyak menerima kesan parut yang kekal terselindung.

Ayarra masukkan sisa makanan yang dimasaknya tadi ke dalam tong sampah. Seekor ikan goreng sahaja yang diambil dari saki baki tadi.

Pintu belakang rumah dibuka. Selipar disarung ke kaki. Sebuah lubang kecil pada celahan pagar pintu belakang dihampiri.

"Meoww..."

Ayarra tersenyum kecil mendengar bunyi itu. Ikan yang diambil dari dalam rumah tadi diletakkan di hadapan haiwan berbulu itu.

Memang setiap hari Ayyara akan memberi kucing jalanan yang selalu datang ke rumahnya sisa makanan lebihan.

Selesai memberi makan pada kucing,Ayyara masuk semula ke dalam rumah. Kaki diatur naik ke tingkat atas di mana biliknya berada.

Pintu ditutup rapat lalu dikunci. Badan jatuh melorot ke lantai. Kaki ditarik rapat ke arah dada dan kepala dibenamkan di situ.

Semakin lama esakkannya semakin kedengaran. Inilah realiti hidup Ayyara.

Kelihatan kuat dihadapan semua orang namun tewas saat bersendirian.

AESTHETIC OF LOVE [HIATUS]Where stories live. Discover now