Kepalanya diletakkan ke atas meja. Bibir dimuncungkan sedepa.
Serabut.
"Sejak bila benda ni start?" Ashfi mencapai cebisan-cebisan kertas yang berselerak di atas meja.
Dicamtum cebisan-cebisan itu menjadi sekeping kertas besar yang mempunyai tulisan.
Kau tak akan aman selagi aku hidup.
Itu yang tertulis di dalam kertas tersebut.
"Dah nak dekat sebulan" jawabnya perlahan.
"Baru harini kau nak bagitau kitorang?" suara Ezra naik seotaf.
Gila. Arjuna memang gila. Bagaimana mungkin perkara besar begini disorok?
Kalau tidak disebabkan mereka datang ke restaurant milik Arjuna terlebih awal dari lelaki itu, sampai ke sudah mereka tidak akan tahu tentang perkara ini.
"Aku ingat aku dah cukup bebal. Rupanya kau lagi benak" Harraz gelengkan kepala.
Makin muncung bibir Arjuna dibuatnya.
"Asal kau rahsiakan benda ni?" Harraz sudah bercekak pinggang.
"Aku taknak susahkan korang. Lagipun kalau benda ni tersebar ALOS yang dapat padahnya nanti" jawab Arjuna.
"Itu main reason dia. Dia memang nak ALOS jatuh. Lebih tepat dia nak kau jatuh" Harraz tundingkan jari pada dahi Arjuna.
THE ALOS.
Sebuah restaurant terkemuka yang Arjuna bangunkan sendiri dengan hasil titik peluhnya tanpa bantuan orang lain. Sebuah restaurant yang bertaraf lima bintang dan terkenal di tengah bandar Kuala Lumpur.
Dan untuk saat ini,ada manusia yang ingin jatuhkan Arjuna dengan gunakan The ALOS.
Arjuna berdecit sebal. Kepala ditoleh kesebelah kanannya. Memandang Que dengan wajah meminta simpati.
Que buat wajah blur. Kepala ditoleh ke arah lain. Melihat Ezra yang dari tadi menghadap laptop kesayangannya.
"Anything?" soal Que sepatah.
Ezra lepaskan nafas kecil. Kepala digeleng kecil.
"Aku tak faham la siot. Kerja diorang sumpah clean gila. Tak tinggal jejak langsung"
Ezra kuak rambut ke belakang.
"So,kita nak buat apa?" Ezra pandang semua yang ada di dalam office milik Arjuna.
"Kita buat cara kita" jawab Que mudah.
Cukup hanya jawapan itu mampu buatkan semua orang tersenyum senget. Tahulah mereka apa yang Que maksudkan.
"Anythinng else? Aku dah lapar ni?" Harraz menyoal.
"Korang nak makan apa?" soalan dari Arjuna buatkan senyuman mereka semakin melebar.
"Benda paling mahal dekat restaurant kau" Arjuna jatuhkan kepala.
Bukan masalah besar baginya untuk menyediakan makanan sedemikian. Tambahan lagi ini bukan kali pertama semua sahabatnya buat muka tebal malas nak bayar bila makan di sini.
"Turun" arah Arjuna.
Serentak itu kesemua mereka bangun dari duduk masing-masing dan menuju ke arah bilik makan VIP. Manakala Arjuna pula menuju ke arah dapur.
Lengan bajunya disinting hingga ke siku. Kaki dibawa mendekat ke arah singki. Tangan dibasuh. Bahan-Bahan yang diperlukan untuk menyediakan makanan dikeluarkan.
Tangannya lincah memotong sayur-sayuran. Sekejap-sekajap Arjuna bergerak ke sana. Kemudian ke sini pula. Segala pergerakannya dilakukan dengan pantas. Sekejap sahaja makanan yang dimasak tadi sudah hampir siap.
"Eh? Chef Tuah buat apa dekat sini?" soal salah seorang pekerja Arjuna saat melangkah masuk ke dalam dapur.
Arjuna tidak menjawab. Fokusnya masih ditumpukan untuk menyiapkan sentuhan terakhir pada makanan yang disediakan.
"Bawa ni pergi bilik VIP please" arahnya kepada beberapa orang pekerja selepas semua hidangan sudah siap disediakan.
Pekerja-pekerjanya hanya mengangguk patuh sementara Arjuna melepaskan apron dan menukar pakaian sebelum menyertai rakannya yang lain.
YOU ARE READING
AESTHETIC OF LOVE [HIATUS]
Любовные романы[3.0 UNDER HIS SERIES] [KNOWN AS HIS OBSESSION] ARJUNA X AYARRA Arjuna Qutuah. Sebut sahaja sebaris nama itu,pasti semua orang mengenalinya. Pemilik sebuah restoran terkemuka di pelusuk negara. THE ALOS. Dibalik seorang chef yang terkenal,adalah ses...