Ayarra masih menyembamkan wajah sendiri di dada bidang milik Arjuna. Sejak dari hospital tadi lagi Arjuna tidak membenarkan dirinya memijakkan kaki ke tanah. Padahal, kaki Ayarra sudah mula pulih setelah hampir dua minggu terkandas di hospital.
Arjuna dan sikap overprotectivenya tidak akan pernah berpisah!
Tubuh genit Ayarra dibatingkan di atas katil dengan penuh berhati-hati.
"Tunggu sini. Orang turun ambil beg kejap" Ayarra jatuhkan kepala.
Duduknya diselesakan di atas katil. Matanya tunak memandang ke arah pintu. Menanti ketibaan Arjuna dengan penuh sabar.
Tidak sampai beberapa minit kemudian, Arjuna sudah masuk semula ke dalam bilik bersama dengan beg yang Ayarra gunakan di hospital.
Aktiviti mengasingkan baju kotornya terhenti saat dipanggil oleh Ayarra.
"Awak..." Arjuna angkat wajah sendiri.
Kakinya dibawa melangkah ke arah Ayarra.
"Kenapa? Malishka nak apa-apa ke?" rambut ikal Ayarra dibelai lembut.
Ayarra pandang tangan sendiri. Nak minta tapi malu. Nak minta tapi rasa macam membebankan pula.
"Kenapa ni malishka? Malishka sakit?" Arjuna mula naik risau melihat Ayarra yang hanya diam membisu.
"Saya..." Ayarra kembali diam.
Akhirnya Arjuna labuhkan duduk di birai katil. Tangan kecil Ayarra digapai dan diusap.
"Kesayangan orang ni nak apa hm? Cuba cakap. Orang tak akan marah. Kalau orang mampu, orang tunaikan apa yang kesayangan orang ni nak" lembut Arjuna memujuk.
Ayarra muncungkan bibir. Ini yang lemah ni!
"Saya... Nak cadburry" ucapnya perlahan.
"Pardon me?" Arjuna kejipkan mata sendiri.
Jangan cakap dia salah dengar?
"Nak cadburry boleh?" ulang Ayarra sekali lagi.
Nak cadburry je? Tapi gaya takut nak tanya macam minta belikan sebiji rumah. Alahai Ayarra....
"Boleh ke?" Ayarra panggung kepala.
Berkerut dahinya melihat wajah Arjuna yang seperti sedang menahan tawa. Kenapa? Ayarra ada buat lawak ke dalam ayatnya tadi?
Dahinya yang dikucup secara mengejut membuatkan Ayarra semakin kehairanan. Arjuna tengah pujuk Ayarra sebab tak boleh makan cadburry ke?
"Nak cadburry?" laju Ayarra angguk.
Bukan apa, tapi cadburry yang Arjuna hadiahkan sebagai hantaran mereka sudah habis dan selamat masuk ke dalam perut kecil Ayarra.
"Kejap" smartphone di dalam poket dikeluarkan.
Nombor seseorang didail. Matanya setia memandang ke arah Ayarra sewaktu melakukan panggilan tersebut. Ayarra gengam erat-erat selimut yang menutupi sehingga ke paras pinggangnya.
"Nak ikut turun bawah tak?" soal Arjuna.
Belum sempat Ayarra menjawab Arjuna terlebih dahulu memotong.
"Tak payah lah. Malishka rehat je dekat bilik. Kesian pula malishka kena jalan naik turun tangga"
Ayarra mengeluh kecil. Kalau asyik terperap atas katil sahaja, gemuk lah Ayarra nanti! Ayarra mahu berjalan. Sudah hampir dua minggu sendi-sendinya tidak digerakkan.
Semakin panjang mulut muncung Ayarra selepas Arjuna sekali lagi meninggalkannya seorang diri.
Laju kaki Arjuna menuruni anak tangga ke tingkat bawah.
"Ar? Pergi mana?" tegur Puan Harlina yang berada di ruang tamu.
"Keluar kejap ambil barang. Ibu tengok Ayarra kejap tau. Jangan kasi dia turun" Puan Harlina gelengkan kepala mendengar pesanan anak yang satu itu.
Arjuna berjogging kecil ke arah pintu pagar utama. Ada sebuah lori di sana sedang menunggunya. Lebih tepat lagi lori cadburry.
"Yo,chef Tuah!" pemandu lori tersebut menyapa Arjuna.
Nasib sahaja ada salah seorang kenalannya yang tahu dari mana hendak mendapatkan stok cadburry. Jadi tidak perlulah Arjuna pergi ke kedai untuk mendapatkan apa yang Ayarra mahu.
"Nak ambil semua ke?" soal pemandu lori tersebut selepas membuka pintu belakang lori.
Terpampanglah segala jenis cadburry yang ada.
"Tak...Nak ambil sikit je" Dan ketahuilah perkataan sedikit di mata Arjuna bukanlah sedikit yang kita fikirkan.
"Chef nak buat apa banyak-banyak ni? Dessert untuk tetamu ke?" Arjuna menggeleng.
"Ni semua untuk kesayangan saya" jawabnya bersama sengihan hingga ke telinga.
YOU ARE READING
AESTHETIC OF LOVE [HIATUS]
Romance[3.0 UNDER HIS SERIES] [KNOWN AS HIS OBSESSION] ARJUNA X AYARRA Arjuna Qutuah. Sebut sahaja sebaris nama itu,pasti semua orang mengenalinya. Pemilik sebuah restoran terkemuka di pelusuk negara. THE ALOS. Dibalik seorang chef yang terkenal,adalah ses...